Sunday, 9 January 2022

Return/Refund - shopee

Sebelum ini saya pernah kongsikan cara membuat tuntutan 'lain yang dibeli, lain yang di hantar' di sini.

Request for refund...

Hujung tahun lepas saya ada membeli 20 set (4 biji setiap set) 'rechargeable battery' di shopee namun penjual hanya menghantar 5 set sahaja kepada saya.

Jika anda ada masalah sedemikian, perkara pertama yang anda harus lakukan ialah menghubungi penjual untuk cara penyelesaian.

Pada mulanya saya minta penjual menghantar 15 set semula kepada saya tetapi penjual sebaliknya mencadangkan 'refund' namun saya menolak sebab saya terpaksa membayar kos penghantaran jika membeli semula.

Return/Refund reason...

Perbincangan dengan penjual berakhir dengan menerima cadangan saya meminta 'refund' sebanyak RM92.85 dan harga tersebut juga perlu saya bayar jika membeli semula 15 set di shopee.

Setelah kata sepakat dicapai, saya klik 'refund/return' dengan alasan seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Proses 'refund' hanya akan diproses oleh pihak shopee setelah penjual bersetuju dengan jumlah tuntutan kita dan status akan bertukar ke 'request accepted'/'return request approved'.

Beli semula 15 set - RM92.85

Saya beli semula 15 set dengan harga RM92.85 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Ini adalah kesilapan penjual dan kita ada 'bargaining power' untuk mendapatkan apa yang kita telah bayar.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.