Monday, 3 January 2022

ASTRO DMT890 decoder

Minggu lepas saya dirujuk sebuah decoder ASTRO NJOI model DMT890 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Decoder DMT890

Ini merupakan kali pertama saya dirujuk dekoder astro model ini dan pemilik pada awalnya memberitahu saya bahawa TVnya tidak mengeluarkan suara melalui telefon.

Model: DMT890

Namun beberapa hari selepas itu pemilik datang dengan membawa sebuah decoder astro meminta untuk dibaiki sebab tidak mengeluarkan suara.

Jika dibuka tiada warranty lagi...

Pemilik memberitahu saya bahawa dia telah membuat pemeriksaan dan masalahnya bukan pada TV namun decoder astro.

Pastikan sambungan betul ikut warna...

Dekoder tersebut kelihatan baru dan dipendekkan cerita, saya sambungkannya ke TV untuk diuji namun tiada masalah bisu seperti yang dikhabarkan oleh pemilik.

Kad ASTRO...

Jika decoder astro anda mempunyai masalah tidak mengeluarkan suara, berikut adalah beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk mencari punca masalahnya:-

  1. Periksa kabel RCA (cabel dengan penyambung bewarna merah putih & kuning)
  2. Periksa kabel HDMI (jika anda menggunakan HDMI)
  3. Pastikan sambungan RCA betul mengikut warnanya (input pada TV dan output pada dekoder)
Testing...

Dekoder astro ini dikembalikan kepada pemilik tanpa dibaiki sebab tiada kerosakkan seperti yang dikhabarkan.

Checking point

Selamat mencuba...

1 comment:

  1. Salam admin..saya ada masalah lampu indikator hijau langsung tidak hidup walaupun dah tekan power..hanya indikator merah sahaja yang menyala dan kadang-kadang berkelip. Model DMT 890

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.