Wednesday, 17 November 2021

LG MS-192W microwave repair

Hari ini saya dirujuk sebuah ketuhar mikro (microwave) berjenama LG, model MS-192W dengan masalah boleh dihidupkan namun tidak panas.

LG MS-192W

Setelah dibuka serta diperiksa, masalahnya ialah pada 'timer switch' dan cara membaikinya pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

DWD60SL II/2D2

Nombor rujukan untuk 'timer switch' tersebut ialah DWD60SL II/2D2 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah timer diselengara...

Setelah 'timer switch' tersebut diselengara dan diuji, microwave boleh panas namun kadang-kadang kedengaran bunyi geganti (relay) berulang-ulang dan memerlukan masa yang lama untuk panas.

0.1uF = 100nF

Pemeriksaan seterusnya pada papan litar mendapati sebiji kapasitor 0.1uF, 275v seperti boleh dilihat pada gambar di atas perlu diganti sebab bacaan nilainya cuma tinggal 47nF sahaja.

47nF sahaja...

Masalah kadang-kadang bunyi geganti berulang-ulang selesai setelah kapasitor di atas telah diganti dan microwave ini berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.