Saturday, 16 October 2021

Life fitness integrity series summit trainer repair

Pagi ini saya dipanggil lagi untuk memeriksa sebuah lagi mesin senaman berjenama Life Fitness dengan masalah panel indikator gagal berfungsi.

Life fitness summit trainer

Sebelum ini saya pernah membaiki sebuah mesin senaman yang juga berjenama Life Fitness dengan masalah sama dan anda boleh rujuk di sini.

bateri 6v

Berpandukan pengalaman lepas, saya jangkakan masalahnya juga serupa iaitu kerosakkan pada bateri yang boleh dicas semula.

6v, 2.5Ah

Setelah baterinya saya buka dan periksa, bacaan voltan cuma 1.641v sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

1.641v sahaja...

Kali ini saya tidak membuang masa dengan mengecas baterinya dan terus tukar dengan bateri yang baharu sebab ada keretakan pada terminal positif (+ve) seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Retak serta berkarat pada terminal positif (+ve)

Selain daripada retak, terminal logam pada bateri ini juga berkarat dan dilitupi dengan bahan teroksida berwarna putih.

Bateri baharu...

Saya juga menggunakan bateri 6v, 4.5Ah untuk menggantikan bateri asal, 6v, 2.5Ah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Siap...

Masalah selesai dan mesin senaman ini juga berjaya dibaiki dengan hanya menukarkan baterinya sahaja.

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.