Sunday, 13 June 2021

Simptom selepas dos ke-2 vaksin Pfizer

Saya telah mengambil dos ke-2 vaksin CoVid-19 jenis Pfizer pada 11/06/2021 kira-kira pukul 4:00pm.

Semalam (sehari selepas disuntik dos ke-2), saya merasa sangat haus dan minum banyak air bermula dari bangun pagi sehingga petang.

Kira-kira pada pukul 3:00pm, saya mulai berasa lenguh seluruh badan dan kulit badan terasa sangat sensitif seperti mulai demam. Saya juga dapati denyutan jantung sangat cepat dan bila saya kira denyutan nadi, ianya kira-kira 100/minit.

Keadaan semakin parah ketika saya pulang kerja dan merasa sejuk seluruh badan serta tidak merasa panas di bawah terik matahari.

Saya jarang sakit dan simptom-simptom yang ada itu adalah petanda demam melanda. Jadi, saya ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut sebab bimbang sesuatu yang tidak elok bakal berlaku.

Setibanya di hospital kira-kira pukul 5:00pm, saya diperiksa menyeluruh termasuk ECG. Gambar-gambar di atas merupakan laporan oleh pegawai perubatan yang memeriksa saya.

Saya diberitahu semua elok termasuk suhu badan, jantung serta paru-paru dan balik ke rumah tangan kosong tanpa sebarang ubat. Saya juga dinasihatkan supaya banyak berehat.

Menurut pegawai perubatan ianya adalah kesan dari pengambilan vaksin dan adalah normal sebab suhu badan cuma 37.2°C ketika diperiksa.


Setibanya di rumah, saya masih lagi berasa demam dan oleh kerana pegawai perubatan kata ianya bukan demam, saya mandi, makan malam dan tidur awal.

Saya hanya bangun sekali untuk kencing sepanjang malam dan bangun pagi seperti biasa pada pukul 6:00am.

Saya masih lagi berasa haus ketika bangun pagi ini dan minum banyak air sepanjang hari ini. Saya tidak lagi merasa demam namun kulit badan masih lagi berasa sensitif.

Saya tidak berasa sedemikian ketika mengambil dos pertama sebelum ini. Sakit pada bahagian dicucuk jarum juga mulai reda.

Semoga vaksin yang diambil berkesan serta boleh menghindari kita dari dijangkiti virus CoVid-19 yang melanda dunia dan belum nampak penghujungnya.

Sesuatu yang menarik perhatian saya semalam ialah keadaan hospital yang lenggang serta tidak perlu menunggu berjam-jam seperti sebelumnya. Punca hospital lenggang ialah disebabkan musim PKP dan orang yang sakit juga berkurangan.

Jadi, untuk elak dari mendapat sakit, duduk di rumah dan jangan merayau tanpa tujuan. Rumah adalah tempat yang paling selamat di dunia ini.

2 comments:

  1. Take care Mr.Wong. Hope you are getting better soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, slowly back to normal. This morning getting better. Feel fever but body temperature normal. I'm happy with the simptoms, it proved vaccine works in my body.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.