Thursday, 10 June 2021

Mini audio amplifier menggunakan sebiji transistor NPN

Hari ini saya kongsikan cara membuat amplifier dengan menggunakan transisitor jenis NPN.

S8050

Komponen yang diperlukan ialah:-

  1. Sebiji transistor NPN (S8050)
  2. Sebiji perintang 1.2kΩ, 1/2w
  3. Bateri - 3V (boleh guna bateri 18650 - 3.7v)
  4. Sebiji kapasitor 100uF, 16v

BC546/BC547

Litar ini juga boleh berfungsi dengan menggunakan transistor C2336, BC546, BC547, S9012, S9014 atau 2N2222.

Skematik


Gambar di atas menunjukkan lakaran skematik (schematic) saya dan gambar di bawah pula menunjukkan komponennya telah saya sambungkan berdasarkan skematik.

Pateri semua komponen...

Jika anda berhajat menyambungkannya kepada telefon bimbit anda, pastikan anda menggunakan 'headphone jack' yang bersesuaian. Gambar di bawah menunjukkan perbezaan 'headphone jack' biasa dan 'headphone jack' telefon bimbit. Perbezaannya ialah 'headphone jack' telefon bimbit mempunyai sambungan tambahan untuk mikrofon.

Klip video di bawah saya ambil setelah siap dan diuji dengan disambungkan kepada headphone komputer.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.