Tuesday, 4 May 2021

LG 43LK5000PTA LED TV repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah TV LED berjenama LG, Model: 43LK5000PTA dengan masalah kerosakkan penyambung RF network pada mainboard.

LG 43LK5000PTA LED TV

Masalah sebegini amat jarang berlaku dan ini merupakan julung kali saya temui. Pemilik juga tidak tahu kenapa dan bagaimana ianya boleh rosak.

Model: 43LK5000PTA

TV ini diambil dari rumah sewa dan ketika dirujuk kepada saya, keadaannya adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Bahagian yang telah tanggal juga hilang.

RF connector hilang...

Saya buka mainboard tersebut dan cari bahagian penyambung RF dari papan litar TV CRT yang tidak digunakan lagi seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Alat ganti telah ditemui...

Penyambung RF yang ingin saya gantikan sedikit panjang seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Penyambung RF diambil dari papan litar lama...

Saya bersihkan bahagian yang ingin disambung dengan kertas pasir supaya mudah dipateri. Selain bahagian chasis yang perlu di pateri, penyambung bahagian tengah juga perlu disambung kepada papan litar.

Pateri RF connector...

Pastikan kedudukannya elok sebelum dipateri dan pastikan juga penyambung bahagian tengah tidak bersentuh dengan chassis. Gambar di atas dan di bawah menunjukkan penyambung RF network telah siap saya pateri.

Siap pasang balik...

Gambar di bawah saya ambil setelah disambung kepada kabel signal dan ianya boleh digunakan.

Sambung cable signal...

TV tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.