Monday, 12 April 2021

ELBA ECO-A1213(MR) convection oven repair

Semalam saya dirujuk sebuah 'convection oven' atau juga dikenali sebagai 'air fryer' berjenama ELBA, model ECO-A1213(MR) dengan masalah tidak panas.

ELBA ECO-A1213(MR) convection oven

Pemeriksaan awal pada plug 3-pin mendapati ada 'continuity' pada termainal L (live) dan neutral (N) iaitu kira-kira 300Ω dengan menggunakan multimeter.

Model: ECO-A1213(MR)

Sebelum dibuka untuk diperiksa, saya sempat mengujinya dan ianya boleh dihidupkan apabila 'timer' di laras namun tiada apa-apa yang berlaku setelah thermostat di laras.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka, saya mulakan pemeriksaan pada thermal fuse serta elemen pemanas dan kedua-duanya masih elok.

Thermal fuse 157°C

Seterusnya saya buka thermostat dan mendapati ianya tiada 'continuity' apabila dilaras. Saya juga dapati ianya tidak bersentuh setelah dilaras seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Adjustable bimetal thermostat...

Klip video di bawah saya ambil ketika menguji thermostat dan bacaan multimeter kekal pada kira-kira 300Ω iaitu bacaan rintangan untuk gegelung kipas sahaja. Untuk pengetahuan semua, multimeter tersebut saya sambungkan ke terminal L & N pada plug 3-pin.

Oleh kerana tiada 'continuity' pada thermostat, saya bersihkan bahagian yang bersentuh apabila dilaras dengan menggunakan kertas pasir pada kedua-dua permukaannya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

bersihkan guna kertas pasir...

Setelah dibersihkan menggunakan kertas pasir dan diuji, kini bacaan multimeter berubah dari 300Ω ke 7Ω apabila dilaras seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.


'Convection oven' ini telah berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah dengan hanya membersihkan thermostat sahaja.

Tested - ok

Klip video di bawah saya ambil setelah ianya telah dibaiki serta diuji. Sebelum di baiki, lampu halogen didalamnya tidak menyala apabila thermostat (butang bahagian kanan) dilaras.

Selamat mencuba...

4 comments:

  1. Hi. Saya ada model yang sama dan is baru rosak semalam. Lampu merah Dan hijau Di atas lid tidak menyala langsung. Saya check fius kat plug Dan cable dalam keadaan OK. Boleh share sedikit nasihat? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak DIY, buka dan periksa. Biasa yang rosak ialah halogen tube atau thermal fuse dan suis seperti di atas.

      Delete
  2. Hi Mr wong. I tried open up.. Really don't know which part went wrong. Any chance I sent to you to repair? I am staying at setapak. Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm in Miri, Sarawak sir. Not worth sending over due to huge courier charges.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.