Semalam saya dirujuk sebuah TV berjenama samsung, model: UA40H5008AR dengan masalah layar berkelip-kelip seperti boleh dilihat pada klip video di atas.
SAMSUNG UA40H5008AR |
Gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalam setelah penutup belakang dibuka. Hanya dua keping papan litar kelihatan iaitu 'mainboard' (sebelah kiri) dan PSU (sebelah kanan).
Setelah penutup belakang dibuka... |
Saya mulakan pemeriksaan pada papan litar PSU (power supply unit) dan menemui sebiji kapasitor dengan nilai 47uF, 50v kelihatan kembung.
PSU - power supply unit... |
Pemeriksaan menyeluruh dengan menggunakan multimeter tidak menemui komponen lain yang rosak selain sebiji kapasitor yang kembung .
kapasitor feedback kembung... |
Ketika saya memeriksa kapasitor yang kembung tersebut menggunakan multimeter, bacaan yang saya dapat ialah 45.6uF seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan ianya masih elok serta boleh digunakan jika tidak kembung.
Kapasitor yang kembung harus diganti walaupun bacaan pada multimeter tidak jauh berbeza atau masih dalam julat nilai asal kapasitor.
Gantikan kapasitor baru... |
TV ini telah berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan sebiji 'feedback capacitor' sahaja seperti di atas.
Tested - ok |
Selamat mencuba...