Thursday, 19 November 2020

DEJAVU D7 (DJV D7) vape repair

Semalam saya dirujuk sebuah rokok elektronik (vape) berjenama DEJAVU, Model: D7 dengan masalah kadang-kadang salah sebiji bateri menunjukkan 0% terpampang pada skrin.

DJV D7

Pemilik memberitahu saya jika kejadian 0% pada salah sebiji bateri seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, beliau akan buka penutup bateri dan tutup kembali untuk kembali normal. Kadang-kadang perlu dilakukan berulang kali sebelum boleh berfungsi/digunakan.

Sebiji bateri 0%...

Pada mulanya saya syak bateri rosak namun apabila diperiksa menggunakan ammeter, bacaannya kira-kira 17.5A pada setiap bateri. Jadi, masalahnya bukan pada bateri.

Buka dan periksa...

Seterusnya saya buka VAPE tersebut dan mendapati bahawa kedua-dua baterinya disambung bersiri, jadi jika sambungan bateri bermasalah, cuma ada dua kemungkinan sahaja iaitu sama ada 'boleh dihidupkan' atau 'tidak berfungsi langsung'. Jadi, masalah juga buka pada sambungan bateri.

Penutup bateri telah dibuka...

Seterusnya saya menemui sesuatu yang kelihatan berkarat pada penutup baterinya seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

'battery balancer' berkarat...

Fungsinya ialah sebagai 'battery balancer' ketika mengecas. Ianya disambung ke PCB bertujuan untuk memastikan supaya kedua-dua bateri yang dicas mempunyai kapasiti yang sama.

Pateri 'batery balancer'...

Saya bersihkan terminal yang berkarat tersebut dan membuat sedikit pateri pada permukaannya supaya sentuhannya elok.

Siap...

Percaya atau tidak, masalah salah sebiji bateri menunjukkan 0% di atas selesai setelah sambungan 'battery balancer' tersebut dibersihkan.

Testing...

Untuk pengetahuan semua, bateri yang digunakan pada vape bukannya bateri biasa dan ianya boleh menghasilkan arus elektrik sehingga mencecah 20A sebiji. Sekiranya masalah di atas tidak diatasi dan terus digunakan, ianya berkemungkinan boleh menyebabkan bateri terlebih cas (overcharging) yang juga merupakan salah satu punca bateri meletup.

Horray...

Jangan abaikan sebarang indikator pada peralatan elektrik/elektronik yang memberitahu kita ada masalah dan pastikan ianya dibaiki dengan kadar segera.

20A sebiji...

Merokok membahayakan kesihatan.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.