Wednesday, 21 October 2020

Rewind DC motor

Hari ini saya kongsikan cara bagaimana membaiki serta 'rewind' motor yang telah rosak. Terdapat bermacam-macam jenis motor telah dicipta dan secara amnya ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu AC motor dan DC motor. Selain daripada itu ada motor yang tidak menggunakan 'carbon brush' atau juga dikenali sebagai 'brushless motor'.

DC motor

Hari ini saya kongsikan DC motor sahaja yang menggunakan 'carbon brush' dan ianya digunakan pada alat pengering rambut. Motor yang rosak ini saya ambil dari salah satu alat pengering rambut yang pernah saya kongsikan dahulu di sini.

Klip video di atas saya ambil sebelum ianya di baiki. Salah satu simptom kerosakkan motor ialah motor tidak terus berpusing selepas disambung kepada bekalan elektrik dan hanya berpusing setelah di tolak dengan jari.

66kΩ

Selain daripada simptom di atas, kita boleh mengenalpasti motor yang rosak dengan menggunakan multimeter. Sambungkan multimeter ke kedua-dua terminal motor dan ukur rintangannya.

Multimeter akan menunjukkan bacaan yang berubah-ubah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah apabila motor di pusing. Perbezaan ketara bacaan yang saya dapat pada motor ini ialah dari 15Ω sehingga 66kΩ.

15Ω

Bacaan rintangan pada motor yang elok adalah konsistant/sama apabila motor dipusing serta hanya sedikit perubahan sahaja dan saya akan tunjukkannya setelah dibaiki di bawah.

setelah motor dibuka...

Untuk membaikinya, kita perlu buka motor tersebut dan gambar di atas dan di bawah menunjukkan keadaan di dalam motor yang telah saya buka.

Sebelum 'rewind'...

Bahagian yang rosak dan harus di baiki ialah lilitan pada armature. Setiap motor direka berbeza-beza dan jika kita ingin membaikinya mengikut speksifikasi yang sama, kita perlu tahu saiz wayar tembaga yang digunakan serta jumlah lilitan pada setiap sektor armatur tersebut.

Lilitan yang telah rosak...

Cara untuk mengetahui jumlah lilitan setiap sektor ialah buka lilitannya dan kira. Motor ini mempunyai 5 sektor dan setiap sektor mempunyai 90 lilitan. Saiz wayar tembaga yang digunakan pula ialah 0.1mm. Gambar di atas dan di bawah menunjukkan lilitan salah satu sektor yang telah rosak ditemui ketika saya membuka lilitannya.

lilitan yang telah rosak...

Wayar tembaga yang digunakan untuk melilit armatur motor direka khas dan ianya disalut dengan satu lapisan penebat supaya tidak berlaku litar pintas. Wayar yang digunakan untuk melilit armatur dikenali sebagai 'enamelled copper wire'.

Potong lilitan lama...

Jika anda tahu jumlah lilitan yang diperlukan pada armature, anda boleh potong terus lilitan lama pada armature untuk menjimatkan masa.

mula proses 'rewind'...

Cara melilit armatur motor ialah seperti telah saya tandakan di atas iaitu:-

  1. mula dari bahagian bertanda 'a' pada commutator
  2. lilit mengikut putaran jam pada sektor 'b' & 'c' sebanyak 90 lilitan.
  3. setelah siap 90 lilitan, kembali ke bahagian seterusnya di sebelah kanan commutator yang berlabel 'a'
  4. seterusnya lilit 90 lilitan pada sektor yang berlabel 'b' dan satu lagi di sebelah kanan sektor 'b'
  5. ulang proses di atas sehingga kesemua 5 sektor telah siap dililit dan akhir sekali wayar akan kembali ke 'a' pada commutator.
  6. Semua sambungan yang melibatkan commutator harus dikikis penyalutnya.
Siap...

Gambar di atas menunjukkan armatur yang telah siap saya lilit wayar tembaganya dan cara untuk memastikan semua sambungan adalah sempurna ialah guna multimeter dan ukur 'continuiety' pada setiap sektor pada commutator.

Selepas 'rewind'...

Setelah siap, pasang kembali armatur dan ukur rintangannya. Motor yang elok akan mendapat bacaan rintangan yang sama bila motor diputar dan bacaan yang saya dapat ialah diantara 3.8Ω hingga 4.2Ω sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

3.8Ω

Klip video di bawah saya ambil setelah proses 'rewind' siap dan diuji. Anda boleh bandingkan perbezaan kelajuan ketara pada motor tersebut dengan klip pertama di atas.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.