Friday, 14 August 2020

Baiki Panasonic TH-L50EM5K TV LED padam sendiri

Semalam saya dirujuk sebuah TV LED 50 inci berjenama Panasonic, Model: TH-L50EM5K dengan masalah padam dengan sendiri selepas kira-kira 30 saat dihidupkan.

Panasonic TH-L50EM5K

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk TV dengan model yang sama dan diberitahu masalah yang sama namun ketika saya mengujinya, TV tersebut tidak padam-padam setelah saya uji seharian. Saya cuma membuat 'reset factory setting' sahaja pada TV tersebut dan anda boleh membacanya di sini.

Skrin kanan ada warna oren di bahagian atas...

TV ini padam dengan sendiri dalam masa yang singkat dan menurut pemilik, pada mulanya dalam sehari ianya padam sekali atau dua sahaja namun akhir-akhir ini semakin kerap berlaku.

Gambar di atas diambil ketika skrin dihidupkan dan kelihatan sebelah kanan skrin lebih terang berbanding sebelah kiri serta ada warna oren kelihatan pada bahagian atasnya.

Setelah skrin LED dibuka...

Saya mengesyaki ini adalah masalah 'backlight' dan ianya terletak pada bahagian belakang skrin LED.

Skrin LED perlu dibuka supaya lampu 'backlight' kelihatan untuk diperiksa serta diuji.

Lampu backlight terletak pada bahagian kanan...

Gambar di atas menunjukkan skrin LED telah saya buka dan lampu 'backlight' terletak pada tepi bahagian kanan.

Dua biji backlight tidak menyala...

Seterusnya saya bekalkan arus elektrik untuk menguji lampu 'backlight' dan sah dua biji lampu LED tidak menyala seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Saya ada terfikir untuk menukar dua biji lampu LED yang tidak menyala sahaja namun tidak mengetahui apakah voltannya. Untuk pengetahuan semua, secara amnya ada dua jenis LED yang digunakan iaitu 3v atau 6v.

Jadi, saya pilih untuk menukar keseluruhan lampu 'backlight' dengan yang baru sebab kerja membuka dan memasang sukar dan memerlukan masa yang panjang.

Nombor rujukan: V500H1-LS5-TLEM4

Lampu LED mempunyi jangka hayat tertentu dan akan rosak bila masa telah tiba. Saya juga tidak sarankan menggunakan lampu 'backlight' yang diambil dari TV yang rosak skrin walaupun lebih murah. Jika tidak bernasib baik, anda perlu buka semula dan tukar sebab jangka hayatnya telah tiba.

Ketika blog ini saya tulis, lampu backlight di atas belum ditukar sebab alat ganti yang baru belum sampai lagi.

Nombor rujukan 'backlight' untuk TV ini ialah V500H1-LS5-TLEM4 seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan mempunyai dua baris LED bersingan yang dilengkapi 28 biji LED untuk setiap satu baris.

Backlight baru...

'Backlight' telah saya gantikan dengan yang baru pada 27/8/2020 dan masalah padam sendiri telah selesai. TV tersebut telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

6 comments:

  1. Terima kasih di atas perkongsian 👍👍

    Ada soalan, setup mcm mana tuan guna utk supply power ke led tu ya? Dan sparepart tu cari di mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab mengunjungi blog saya.

      Cabut wayar dari PSU (power supply unit) ke mainboard, lepas itu bekalkan elektrik ke TV, lampu backlight akan menyala.

      Saya beli backlight di shopee. Taip je 'TH-L50EM5K backlight' & cari, pasti jumpa.

      Selamat mencuba...

      Delete
    2. Slm… tv sy model yg sama mcm ni… maslah on dlm 10-15 mnit dye akan padam sendiri…adakah masalah backlight juga?

      Delete
  2. Sy dh cuba reset setting…,tpi masalah xhilang juga…jika tv bru di onkan dlm masa 30 minit dye akan padam sendiri..,on kli kedua dye mati dlm masa 10 mnit dan mkin lama makin cpt tv mati…backlight nampak mcm ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang backlight kelihatan elok sewaktu diuji namun sebenarnya bermasalah bila telah panas. Ada beberapa lagi kemungkinan iaitu kerosakkan pada mainboard, psu & t-con board.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.