Wednesday, 8 July 2020

ProLine GP-870XII Booster Equalizer repair

Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah 'booster equalizer' berjenama ProLine, Model: GP-870XII buatan Jepun yang popular sekitar penghujung tahun 90an.
ProLine GP870XII
Berikut merupakan speksifikasi 'booster equalizer' tersebut.

SPECIFICATIONS

Signal input impedance 47 Ω (4 or 8 Ω acceptable)
Tone control center frequencies 60 Hz, 160 Hz, 400 Hz, 1 KHz, 2. KHz, 6 KHz, 12 KHz
Tone control range ±12dB at each center frequency
Input sensitivity 300 mV (at 1W output power)
Frequency response of
power amplifier
20 ~ 22 KHz (-3dB)
Matching speaker impedance 4-speaker connection = 8Ω
2-speaker connection = 4 or 8Ω
Power supply voltage DC 14.4 V Negative Ground
(10 - 16 V)
Current drain  0.3 A(Idling) - 7 A (Max. power)

Pemilik memberitahu saya lampu indikator berwarna hijau kadang-kadang menyala dan kadang-kadang tidak menyala. Begitu juga dengan 'running light' pada sebelah kirinya yang langsung tidak menyala.
Setelah penutup dibuka...
Gambar di atas dan di bawah merupakan keadaan di dalamnya setelah penutup dibuka dan lampu yang tidak menyala telah saya tandakan pada gambar di atas.
Penyambung yang longgar...
Setelah diperiksa, tiada kerosakkan komponen yang ditemui namun penyambung (connector) yang telah saya tandakan pada gambar di atas longgar dan bila digerakkan dengan jari, kedua-dua lampu menyala seperti biasa.
Cabut penyambung...
Saya cabut serta bersihkan penyambung tersebut dan dipasang kembali ke kedudukan asalnya namun masalahnya masih tetap sama iaitu kadang-kadang menyala/padam.
Sebelum dipateri...
Seterusnya saya pateri semula setiap penyambung tersebut pada bahagian bawah papan litar dan setelah siap serta diuji, kini masalah di atas telah selesai dan kembali berfungsi seperti biasa.
Selepas dipateri...
Masalah sedemikian biasa berlaku pada peralatan elektronik lama dan puncanya ialah 'cold solder joint' iaitu paterinya telah retak dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Siap & tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.