Tuesday, 9 June 2020

Cara membuka Dekoder Astro DS830NA

Saya telah membuka dan membaiki banyak dekoder astro sebelum ini. Hari ini saya kongsikan cara bagaimana membuka dekoder astro supaya tidak berakhir dengan insiden 'tikus membaiki labu'.
1. buka kedua-dua skru pada belakang dekoder...
Gambar-gambar di atas dan di bawah merupakan langkah-langkah membuka dekoder astro dengan betul dan selamat.
2. Buka penutup bahagian belakangnya...

3. Luruskan pin pada papan litar dan buka sebiji skru...
Sebelum membuka dan mengeluarkan papan litar, terlebih dahulu keluarkan kad astro supaya pin boleh diluruskan dan dikeluarkan bersama-sama dengan papan litar utama.
4. Luruskan pin menggunakan plyer

5. pin telah diluruskan...
Ramai malas membuka slot kad dengan mencabut FFC (flexible flat cable) dan mengeluarkan papan litar utama sahaja.
6. Keluarkan papan litar beserta kad sekali...
Untuk pengetahuan semua, saya tidak galakkan mencabut FFC tersebut sebab ianya mudah  rosak jika tidak dipasang kembali dengan berhati-hati. Ramai yang tanya saya di mana boleh beli FFC tersebut sebab rosak. Ianya rosak bukan kerana anda tidak pandai memasangnya tetapi telah rapuh disebabkan haba pada dekoder setelah bertahun-tahun tidak dipadam termasuk dalam keadaan 'standby'.
7. Baiki...
Tahukah anda dekoder astro masih panas walaupun dalam keadaan 'standby'? Jadi jika anda berhajat cuba membuka dekoder astro, elak mencabut FFC tersebut.
8. Pasang kembali...

9. Testing

10. Siap...
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.