Friday, 29 May 2020

Kenapa bil elektrik melambung ketika PKP?

Ramai yang terkejut ketika menerima bil elektrik bulan may baru-baru ini termasuk saya sebab jumlah yang perlu dibayar meningkat sehingga melebihi tiga kali ganda berbanding bulan-bulan sebelumnya.
Tarif elektrik - SESCO
Sebelum bercerita mengenai bil elektrik yang melambung tinggi ketika PKP, kita harus tahu tarif elektrik di tempat masing-masing. Gambar di atas adalah tarif elektrik untuk pengunaan domestik, SESCO (Sarawak Energy Berhad)
Bill bulan mac 2020 - RM21.06
Gambar di atas dan di bawah merupakan bil elektrik yang saya terima baru-baru ini dan pengunaannya adalah seperti berikut:-
  1. Mac - 117 unit - RM21.10
  2. April - 140 unit - RM22.45
  3. May - 298 unit - RM55.87 (25% diskaun)
Bill bulan may 2020 - RM74.50
Pada mulanya saya juga terkejut dengan kenaikan dari kira-kira RM20 sebulan menjadi RM74.50 sebulan iaitu kenaikan melebihi tiga kali ganda dari bulan-bulan sebelumnya.

Saya semak bacaan pada meter dan ianya adalah sama dengan yang tertera pada bil. Maksudnya jumlah tenaga elektrik yang tertera pada bil bulan may itu bukannya anggaran.

Saya juga yakin jumlah unit tenaga elektrik yang telah saya guna adalah betul disebabkan ketika PKP, 24 jam saya berada di rumah berbanding dengan sebelumnya iaitu hanya waktu malam sahaja saya berada di rumah.

PKP bermula pada 18/3/2020 dan saya yakin pengunaan elektrik bulan april dan may hampir sama. Ianya jauh berbeza disebabkan bil bulan april adalah anggaran dan mengikut bulan sebelumnya iaitu mac.

Ketika cuaca panas, saya juga menggunakan penghawa dingin serta peralatan elektrik yang lain pada waktu siang yang juga turut menyumbang kepada kenaikan pengunaan tenaga elektrik ketika PKP.

Namun jika dibandingkan perbezaan unit tenaga elektrik yang digunakan, ianya kurang daripada tiga kali ganda dengan sebelumnya. Jika dikira kenaikan tiga kali ganda pun cuma dalam lingkungan RM60 sahaja. Kenapa bil yang saya terima melebihi RM70?

Ini adalah disebabkan tarif elektrik berubah mengikut jumlah unit yang digunakan setiap bulan seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas. Lebih banyak anda guna elektrik bulanan, lebih tinggi tarifnya.

Sebelum ini saya hanya dikenakan 18sen seunit sebab pengunaan elektrik adalah kurang daripada 150 unit sebulan.

Namun bulan may saya telah menggunakan hampir mencecah 300 unit sebulan dan tarifnya ialah 25sen seunit dan bukan lagi 18sen seunit.

Jadi, 298 unit x 25sen = RM74.50.

Setelah diberi diskaun khas PKP sebanyak 25%, jumlah yang perlu saya bayar menjadi RM55.87.

Saya yakin aduan orang ramai baru-baru ini tentang bil elektrik bulan may yang tiba-tiba melambung tinggi adalah serupa dengan senario saya di atas.

Jika tak mahu bayar lebih, jimatkan penggunaan elektrik seperti:-
  1. Tukar lampu biasa kepada lampu jenis 'energy saving' atau lampu LED
  2. Guna gas untuk memasak menggantikan cerek elektrik dan induction cooker
  3. Padam semua peralatan elektrik ketika tidak digunakan
  4. Guna penghawa dingin ketika benar-benar perlu sahaja
  5. Lebihkan penggunaan kipas angin berbanding penghawa dingin
  6. Elak melaras penghawa dingin ke tahap paling sejuk sehingga 16C
  7. Pilih peralatan elektrik yang menggunakan teknologi inverter untuk lebih penjimatan elektrik
Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.