All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Tuesday, 25 February 2020
Tusan Cliff di Pantai Tusan runtuh
Minggu lepas pada 22/02/2016, kita telah digemparkan dengan kehilangan 'Tusan Cliff' yang berbentuk kepala kuda seperti boleh dilihat pada gambar di bawah telah runtuh menyembah bumi.
Gambar diambil pada 13/10/2016
Gambar di bawah merupakan keadaan terkini dari pandangan drone setelah 'Tusan Cliff' runtuh dan gambar tersebut di ambil pada sebelah petang 22/02/2020.
Gambar drone pada 22/02/2020
Selain daripada 'Tusan Cliff' tersebut, pantai Tusan juga terkenal dengan fenomena 'blue tears' dan saya telah menyaksikannya sendiri pada 06/10/2015.
Gambar diambil pada 06/10/2015
Gambar-gambar di atas dan di bawah menunjukkan fenomena 'blue tears' yang telah saya rakam ketika itu dan hanya boleh dilihat di pantai Tusan yang terletak kira-kira 20km dari bandaraya Miri.
Gambar di ambil pada 06/10/2015
Fenomena 'blue tears' di pantai Tusan biasanya berlaku pada hujung tahun iaitu sekitar bulan oktober/november namun ianya tidak berlaku setiap tahun.
Gambar diambil pada 06/10/2015
Video klip di bawah saya rakam dengan menggunakan kamera DSLR menunjukkan gambaran sebenar 'blue tears' ketika itu (06/10/2015)
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.