Thursday, 23 July 2020

PHILIPS HD9303 kettle repair

Kali ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah cerek elektrik berjenama PHILIPS, Model: HD9303 dengan masalah seluruh rumah bergelap setelah suisnya dihidupkan.
Jenama: PHILIPS
Masalah yang mengakibatkan seluruh rumah bergelap ialah litar pintas. Apabila saya periksa menggunakan multimeter pada terminal live (L) neutral (N) dan Earth (E), tiada kombinasi yang menunjukkan ada litar pintas.
Model: HD9303
Seterusnya saya buka penututp pada bahagian bawah cerek tersebut serta periksa elemen pemanasnya dan juga tidak menemui sebarang litar pintas.
Sebiji skru tanggal...
Namun ketika membuka tapak tersebut saya ada menemui sebiji skru yang tertanggal dan telah berkarat seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Skru tersebut telah saya kunci kembali ke kedudukan sepatutnya seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Kunci skru ke kedudukan asalnya...
Selain daripada sebiji skru yang tertanggal ditemui, tiada sebarang masalah yang saya jumpai ketika membuat pemeriksaan menyeluruh. Jadi, saya pasang kembali kesemua yang telah dibuka di atas serta uji cerek elektrik tersebut dan ianya boleh berfungsi seperti biasa.

Kemungkinan skru yang tertanggal tersebut telah mengakibatkan litar pintas sementara serta menyebabkan seluruh rumah bergelap seperti yang dikhabarkan oleh pemilik kepada saya. Skru yang tertanggal tersebut bebas bergerak dan litar pintas hanya berlaku jika ia bersentuhan pada bahagian tertentu sahaja yang menjurus kepada terjadinya litar pintas sementara.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.