Saturday, 11 January 2020

LG 42LS3110 LED TV backlight repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki sebuah TV LED berjenama LG, Model: 42LS3110 dengan masalah ada suara tetapi tiada layar.
LG 42LS3110
Setelah dibuka dan diperiksa, saya hanya menjumpai sebiji kapasitor dengan nilai 680uF, 35v didapati meragukan dan ianya berada pada bahagian inverter backlight dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Setelah penutup belakang dibuka...
Apabila saya buka dan periksa kapasitor tersebut dengan multimeter, ianya memang rosak dan tiada sebarang bacaan diperolehi seperti pada gambar di bawah.
OL - Open Loop

680uF, 35v

Gantikan kapasitor baru...
Setelah kapasitor tersebut saya ganti dan uji TV tersebut, ianya kini boleh dihidupkan namun layar bahagian atasnya gelap seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
TV boleh dihidupkan tetapi gelap bahagian atas...
Masalah layar seperti pada gambar di atas adalah disebabkan kerosakkan pada lampu backlight TV.
Setelah skrin dibuka - Lampu backlight...
Gambar di atas merupakan rupa lampu backlight yang ada pada TV tersebut setelah skrinnya dibuka.
Litar pintas pada lampu backlight...
Terdapat enam baris lampu LED dan setiap baris mengandungi 12 biji lampu backlight. Bekalan elektrik kepadanya terbahagi kepada dua iaitu 3 baris di atas dan 3 baris di bawah yang disambung bersiri.
Buka lampu backlight yang rosak...
Pemeriksaan menyeluruh menjumpai dua biji lampu backlight telah mengalami litar pintas. Voltan LED yang digunakan ialah 3v sebiji.
Gantikan backlight yang baru..
Setelah backlight yang rosak telah saya ganti dan diuji, layar pada TV kini kembali normal namun setelah beberapa ketika dihidupkan ianya kembali gelap semula seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Testing - masih lagi gelap bahagian atas...
Seterusnya saya buka semula skrinnya serta periksa semula lampu backlight satu per satu dan tidak menjumpai lampu yang rosak lagi.
Kemudian saya bekalkan arus elektrik kepada lampu backlight dan mendapati sebaris lampu LED malap seperti boleh dilihat pada klip video di atas. Lampu backlight hanya kembali terang setelah saya tekan bahagian penyambungnya.
Sambung terus terus...
Bagi menyelesaikan masalah penyambung yang tidak elok, saya sambung terus menggunakan wayar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Checking... (Voltan Backlight Bawah)
Akhirnya masalah skrin gelap pada bahagian atas TV LED tersebut selesai dan pemeriksaan pada kedua-dua output pada backlight inverter juga stabil iaitu kira-kira 130v.

Ketika backlight bahagian atas padam, bacaan voltan cuma 24v sahaja.
Checking... (Voltan Backlight Atas)
Ini merupakan pengalaman pertama saya membaiki lampu backlight pada TV dan ianya sungguh mencabar. Keseluruhan proses mengambil masa kira-kira 6 jam untuk disiapkan dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati sebab skrin LED mudah pecah.
Testing...
Jika skrin LED pecah, ianya tidak berbaloi untuk dibaiki sebab harga skrin yang baru kira-kira 70% harga sebuah TV baru.
Tested - ok
Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Nak tanya ada buat servis repair ke ? Boleh bagi no phone

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.