All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Wednesday, 20 November 2019
Robot Coupe J 80 Ultra juice extractor repair
Hari ini merupakan kali kedua saya membaiki pengisar jus berjenama Robot Coupe, Model: J 80 Ultra dengan masalah yang berbeza tetapi kerosakkan komponen yang sama.
Jenama: Robot Coupe
Masalah pada pengisar jus yang pernah saya baiki dahulu ialah motornya boleh berpusing tetapi sangat perlahan.
Model: J 80 ultra
Kali ini pemilik memberitahu saya bahawa motornya bermasalah. Saya tidak faham apa yang dimaksudkan dan apabila saya bekalkan arus elektrik serta uji pengisar tersebut, ianya boleh berpusing tetapi bunyinya nyaring serta kasar dan bergegar ketika dihidupkan.
Buka penutup bawah...
Saya jangkakan kemungkinan kerosakkan pada bearing disebabkan bunyinya yang nyaring kedengaran ketika diuji namun apabila saya putarkan motornya dengan tangan, ianya tidak menghasilkan sebarang bunyi dan pergerakkannya lancar seperti baru.
Cari kedudukan kapasitor...
Oleh kerana jangkaan awal saya meleset maka seterusnya saya jangka kerosakkan pada kapasitor pula. Setelah penutup bahagian bawah pengisar tersebut dibuka dan kapasitornya dikeluarkan, pandangan kasar kelihatan ianya telah retak/pecah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Kapasitor telah retak/pecah... (250v, 60uF)
Litar pintas... (Multimeter digital)
Gambar di atas dan di bawah menunjukkan pemeriksaan pada kapasitor tersebut menggunakan multimeter digital serta analog dan kedua-duanya menunjukkan bacaan litar pintas (shorted).
Litar pintas... (Multimeter analog)
Kapasitor baru vs lama...
Pasang kapasitor baru...
Setelah kapasitor tersebut saya tukar dengan yang baru dan diuji, kini tiada lagi bunyi kasar serta nyaring mahupun bergegar ketika dihidupkan.
Siap...
Untuk pengetahuan semua, pengisar jus yang saya baiki dahulu juga menukar kapasitornya sahaja dan sehingga kini telah 3 tahun tanpa sebarang masalah.
baka masalah ekon ku arinyak, inggar n enggai celap. found out kapisitor ea rusak, dh ganti ok terus. nsb enda di declare ku meninggal
ReplyDeleteBisi 3 igi kapasitor ba aircon, 2 igi kena ba kipas & sigi kena ba kompressor. Mar enti kapasitor kompressor. Wear & tear nyak, nasib manah datai ea 5 - 7 taun.
Delete