Saturday, 2 November 2019

GL-1220-HR 12V SMPS repair

Adapter SMPS (switching mode power supply) buatan china seperti yang boleh dilihat pada gambar di bawah kini amat popular dan banyak digunakan untuk menggantikan transformer liner.
Fius 2A meletup...
Cara untuk membaiki transformer liner amat mudah dan pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Model: GL-1220-HR
Setelah dibuka, komponen yang rosak dan boleh dilihat dengan mata kasar ialah fius 2A meletup seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.
Fius & diod rosak...
Setelah diperiksa menyeluruh, komponen yang rosak ialah seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah:-
  1. Fius 2A
  2. 2 biji diod (1N4007)
  3. Sebiji 'power ic'
Power ic meletup...

Power ic...
Setelah komponen yang rosak saya ganti dan diuji, lampu indikator berwarna merah kini menyala dan menghasilkan output 12.21v
Testing...

Tested - ok

Komponen yang rosak...
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.