Friday, 25 October 2019

TeleBest 850HT Telephone Repair

Hari ini saya berpeluang mendapat pengalaman baru membaiki telefon yang berjenama TeleBest, Model: 850HT.
Jenama: TeleBest
Pemilik memberitahu saya telefon tersebut tidak berdering namun boleh digunakan untuk membuat panggilan keluar.
Model: 850HT
Apabila dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, kelihatan sebiji kapasitor dengan nilai 1000uF, 10v telah kembung dan saya tandakan pada gambar di bawah.
Setelah penutupnya dibuka...
Setelah diperiksa menyeluruh papan litar tersebut, tiada kerosakan komponen lain yang ditemui selain daripada sebiji kapasitor yang kembung sahaja.
Kapasitor yang kembung telah dikeluarkan...
Setelah saya tukar kapasitor tersebut dan diuji, telefon tersebut masih juga tidak berdering seperti yang diberitahu oleh pemiliknya sebelum ini.
Pastikan ganti dengan nilai yang sama...
Sesuatu yang pelik berlaku ketika diuji selain daripada tidak berdering ialah, pemanggil boleh mendengar deringan sebanyak dua kali dan selepas itu panggilan secara automatik disambung dengan tanpa mengangkat gangang telefon.
Kapasitor telah ditukar dengan yang baru...
Pemeriksaan seterusnya mendapati terdapat 'cold solder joint' pada kedua-dua transistor yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Cold solder joint pada kedua-dua transistor (A42 & S9014)
Setelah 'cold solder joint' tersebut saya patri semula dan diuji, kini telefon tersebut kembali berdering dan masih boleh digunakan.
Siap & Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.