Buah embang/bambangan/mawang atau nama saintifiknya Mangifera pajang, merupakan ahli keluarga Anacardiaceae dan genus Mangifera. Buah mangga (Mangifera indica), bacang (Mangifera foetida) dan kuini (Mangifera odorata) merupakan ahli keluarga terdekat buah embang.
Buah Embang |
Buah embang berasal dari Borneo. Ia merupakan buah yang mempunyai
rasa manis atau masam dan kandungan serat yang sangat tinggi. Ia mempunyai aroma
seakan-akan mangga. Berat sebiji buah embang boleh mencecah 0.5 kg
sehingga 1 kg.
Daun dan buah bambangan banyak digunakan di dalam masakan masyarakat
Sabah dan Sarawak. Antaranya daun pokok bambangan dibuat ulam bersama
sambal belacan, dan buah embang dibuat jeruk.
Potong bahagian atas... |
Belah kulitnya... |
Kumpulan sebatian kimia semulajadi yang utama di dalam kulit, isi dan
biji buah embang adalah dari kelas flavonoid dan asid fenolik.
Sesetengah sebatian kimia ini juga terdapat di buah mangga seperti
sebatian mangiferin.
Kopak kulit yang telah dibelah... |
Potensi perubatan mangiferin banyak dikaji dan ia menunjukkan potensi
perubatan yang meluas. Kandungan mangiferin dalam kulit buah embang
adalah lebih tinggi berbanding kulit dan daun buah mangga.
Sebatian kimia subkelas flavonoid iaitu isoflavonoid, merupakan
phytoestrogen semula jadi juga didapati di dalam buah kuini, bacang dan
buah embang. Sebatian ini dikenali sebagai daidzein
dan genistein, sebatian kimia yang sama
ditemui di dalam soya.
Dah tanggal dari kulitnya... |
Selain itu, buah embang yang berwarna kekuningan kaya dengan
sebatian kimia carotenoid, iaitu kelas sebatian kimia yang sama seperti
vitamin A. Selain itu, ia juga kaya dengan sebatian
polisakarida, iaitu sejenis sebatian makromolekul yang mempunyai unit
asas glukosa.
Kajian bioaktiviti merujuk kepada kajian potensi perubatan menggunakan sel, atau bioaktiviti berasaskan ‘chemical-based assay’ iaitu bioaktiviti yang mimik kepada satu situasi dalam badan manusia menggunakan bahan kimia.
Kajian bioaktiviti merujuk kepada kajian potensi perubatan menggunakan sel, atau bioaktiviti berasaskan ‘chemical-based assay’ iaitu bioaktiviti yang mimik kepada satu situasi dalam badan manusia menggunakan bahan kimia.
Makan isinya... |
Berbanding buah mangga, buah embang menunjukkan sifat antioksidan
memerangkap radikal bebas yang jauh lebih tinggi berbanding buah mangga .
‘Total Phenolic Content’ atau Kandungan Sebatian Fenolik buah embang
dalam jumlah lebih kurang sama dengan buah mangga menggunakan kaedah
assay Folin Ciocalteu.
Kulit dan biji buah embang menunjukkan sifat antioksidan memerangkap
radikal bebas yang lebih baik berbanding isi buah embang. Penapaian
buah embang pada suhu 38 C memberikan kandungan sebatin fenolik dan
aktiviti antioksidan yang lebih tinggi.
Kulit buah embang juga boleh di makan... |
Selain itu, ekstrak biji (kernel) buah embang juga mempunyai aktiviti perlindungan terhadap kesan oksidatif terhadap sel hati manusia (HepG2) pada kepekatan 1.2 µg/ml.
Isi pada bahagian kulit sedikit keras berbanding isinya... |
Namun begitu, pembaca dinasihatkan untuk tidak melengahkan rawatan kemoterapi atau pembedahan yang dicadangkan pakar perubatan kerana ingin mencuba buah bambangan kerana kajian masih pada peringkat penemuan.
Biji buah embang... |
Biji buah embang yang telah dibelah... |
Kajian lanjutan masih diperlukan untuk menilai keberkesanan BIJI (KERNEL) BUAH EMBANG bagi merawat kanser payudara.
slm
ReplyDelete