Thursday, 15 August 2019

JVD Duchesse SS 866914 Kettle repair

Cerek seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Litar pintas pada wayar bumi (E) dan wayar neutral (N)
Masalah cerek yang dirujuk kali ini ialah bekalan elektrik akan terputus setiap kali dihidupkan.
Buka suis...
Biasanya masalah sedemikian ialah disebabkan oleh litar pintas. Cara memeriksanya ialah dengan menggunakan multimeter dan periksa wayar bumi (E) dengan wayar neutral (N) atau wayar hidup (L) pada plug 3-pin.
Buka skru pemegang...
Setelah saya periksa, litar pintas tersebut ialah pada wayar bumi (E) dan wayar neutral (N) seperti yang boleh dilihat pada gambar pertama di atas.
Buka penutup cerek...
Jika ingin membaikinya, anda harus membukanya dan cari bahagian yang mengalami litar pintas.
Keluarkan pin pada penutup cerek...
Cara-cara membuka cerek tersebut adalah seperti pada gambar-gambar di atas dan di bawah.
Buka 2 biji skru di bawah suis...

Dah buka...

Litar pintas...
Bahagian yang mengalami litar pintas ialah seperti pada gambar di atas. Wayar tersebut tersepit serta telah putus dan bersentuhan dengan bahagian luar cerek.
Wayar yang terkepit...

Wayar putus...

Sambung kembali wayar yang putus..
Punca litar pintas telah diketahui dan boleh dibaiki dengan menyambungkan bahagian yang putus dan balut menggunakan pita pembalut wayar.
Bungkus bahagian yang disambung dengan pita pembalut wayar...
Setelah siap dibaiki, anda perlu periksa dengan multimeter sekali lagi menggunakan multimeter bagi memastikan tiada litar pintas lagi sebelum menguji cerek tersebut.
Testing...

Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.