Thursday, 4 July 2019

SAMSUNG PS43E400U1R Plasma TV repair

Kali ini saya berpeluang membaiki TV plasma berjenama SAMSUNG, Model: PS43E400U1R dengan masalah skrin TV tidak menyala tetapi lampu standby sahaja yang menyala.
SAMSUNG Plasma TV
Apabila butang 'power' di tekan, lampu standby akan padam dan berkelip sekali, kemudian kembali kepada keadaan standby.
Model: PS43E400U1R
Memandangkan ini merupakan kali pertama saya membaiki TV plasma berjenama SAMSUNG, maka saya juga ingin melihat papan litar didalamnya. Gambar di bawah menujukkan papan litar yang ada pada TV tersebut. Di pendekkan cerita, saya periksa kesemua papan litar tersebut dan tiada kerosakkan komponen dijumpai.
Setelah penutup belakang dibuka...
Setelah tidak menjumpai apa-apa kerosakkan pada papan litar, maka saya terpaksa mencuba menghidupkan TV tersebut dengan cara alternatif. Caranya seperti berikut:-
  1. Matikan suis utama dan biarkan kira-kira 10 minit.
  2. Sebelum suis utama dihidupkan, tekan butang 'power' kira-kira seminit (60 saat) untuk membuang sebarang cas yang masih tertinggal pada papan litar.
  3. Seterusnya hidupkan suis utama dan tekan butang 'power' selama kira-kira 10 saat dan TV anda akan menyala jika tidak ada apa-apa kerosakkan lain.
Yes...
Setelah TV anda telah menyala, anda dinasihatkan supaya membuat 'factory reset' untuk memadamkan sebarang masalah sebelum ini yang menyebabkan TV anda tidak dapat dihidupkan.
PIN: 0000
Untuk pengetahuan semua, ketika anda ingin melakukan 'factory reset' anda perlu memasukkan kata laluan (PIN) dan kata laluan (PIN) tersebut ialah 0000.
Tested - ok
Selamat mencuba...

22 comments:

  1. tv samsung plasma ni mmg slalu ada problem mcmni ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, biasa kalau masalah seperti di atas, PSU (power supply unit) rosak dan harus dibaiki atau ditukar jika tidak mampu dibaiki.

      Delete
  2. Kedai dimana tuan? Sy punya sbiji tv ni..masalah pon sama.. try buat mcm tuan ajar tu tp still xboleh on.. kalau area kl boleh minta no phone tuan

    ReplyDelete
  3. Tv saya pun jadi macam ni tapi lampu standby sentiasa berkelip.. Apa masalahnya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buka dan periksa dulu baru tahu apa masalahnya.

      Delete
  4. Saya ada sebiji tv mcm ni tapi masalahnya lampu standby berkelip setiap 10saat lpas on suis...tv xboleh hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buka & periksa dulu baru tahu apa masalahnya sebab tidak semua kerosakkan adalah sama.

      Delete
  5. Sy ad tb mcm ni..tp nmbr siri lain sikit..masalah yg lbh kurang sama..motherboard jenis yg sama tak tuan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nombor siri memang semua tak sama. Kalau model sama, motherboard juga jenis yang sama.

      Delete
  6. Nak tnya..kalau tv tiba2 mati kenapa ye..lampu pun tak hidup.power cable dah tukar pun tak hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka & periksa baru tahu apa yang rosak. Jika langsung tiada power, biasanya psu bermasalah.

      Delete
  7. Tv samsung plasma saya mmg sama mcm model di atas. Masalah tv saya hidup dalam 15 atau 20 minit lps tu terpadam sendiri. Blh bagi pendapat tak, apa masaalahnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah sedemikian biasanya pada PSU (power supply unit).

      Delete
  8. Sy ada tv samsung mcmni,lama dah tak psg sbb rosak.ada lampu berkedip tp xda gambar.dan kemarin sy cuba nak on,dpt buka n ada gmbr. Kemudian orgrumah matikan suis on blkg lama2 pastu off main suis. Nak buka malam,terus tak dpt. Lampau merah berkedip 3x tp xda gmbr 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Model ini selalunya masalah PSU (power supply unit).

      Delete
    2. Kalau mau tukar PSU range harga biasa berapa? Bawa p baiki tv saja ka? Atau ada perlu beli apa2?

      Delete
    3. Tiada lagi PSU baru di pasaran utk TV plasma. Ada dua pilihan sahaja iaitu beli PSU terpakai atau baiki PSU. Harga terpulang kepada penjual/baiki.

      Elok hantar kepada pakar baiki TV plasma sebab kadang-kadang papan litar lain yang rosak. Selagi tak diperiksa, kita cuma teka sahaja kerosakkannya.

      Delete
  9. Tv samsung model ni boleh join sound dgn home theater panasonic x? Dah macam2 kabel pakai, tapi xjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TV model ini cuma ada digital audio output (optical) sahaja. Tiada masalah jika home theater anda ada input untuk optical.

      Delete
  10. Hi Tuan.. sy hanya nk beritahu.. beberapa post tuan amat membantu sy ygseorang suri rumah buat diy baiki tv yg rosak. Terima kasih byk. Semoga tuhan berkati tuan selalu

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.