Semalam saya berpeluang dan sibuk mencuba untuk membaiki decoder ASTRO, model: DS830NA.
Saya juga pernah membaiki decoder astro berjenama Philips dan anda boleh membacanya di
sini .
|
Astro decoder model: DS830NA) |
Masalah decoder ini ialah video asyik kaku dan perlu di 'reboot'. Kali terakhir lepas reboot video tetap kaku.
|
Pastikan tak ada warranty lagi baru buka... |
Sebelum anda ingin cuba membaiki peralatan elektrik, pastikan tiada 'warranty' lagi. Jika masih ada warranty, pergi pejabat Astro dan buat aduan untuk mendapatkan decoder yang baru secara percuma.
|
Papan litar utama... |
Saya diberitahu decoder yang baru berharga RM1,050.00. Ini lah akibat yang harus pelanggan tanggung jika perniagaan itu di monopoli oleh pihak tertentu sahaja.
|
Siap semua komponen rosak ditukar... |
Dipendekkan cerita, saya buka dan periksa apa yang patut dan mendapati kesemua kapasitor di dalamnya harus diganti.
|
Testing |
Setelah kesemua kapasitor yang ada di dalamnya ditukar dan diuji, decoder tersebut kini masih boleh digunakan lagi dan masalah video kaku lenyap terus.
|
Testing |
Untuk makluman semua, jika anda telah menggantikan decoder yang baru, anda tidak perlu baiki decoder yang lama lagi sebab setiap akaun/kad astro cuma boleh digunakan pada sebuah decoder sahaja.
|
Pasang balik & testing lagi... |
Kalau decoder yang lama boleh dan telah dibaiki, anda juga tidak dapat menguji decoder tersebut melainkan anda mendaftarkan semula decoder tersebut di pejabat Astro.
|
Semua komponen yang telah ditukar... |
Saya sering menasihatkan orang ramai agar memutuskan bekalan elektrik kepada peralatan elektrik jika tidak digunakan supaya peralatan eletrik anda tahan lama. Saya juga tidak galakan agar peralatan elektrik dibiarkan dalam keadaan standby ketika tidak digunakan.
Contoh terbaik ialah pada artikel ini, decoder ini tidak pernah dipadam sejak dipasang dan cuma bertahan kira-kira 2 tahun sahaja. Jika tidak ada yang tahu membaikinya, anda kena bayar RM1,050.00 untuk dapatkan decoder yang baru.
|
Tested - ok |
Jika anda perlukan perkhidmatan membaiki decoder Astro, anda boleh
berhubung dengan saya dengan mengisi 'contact form' pada bahagian atas
sebelah kanan blog ini.
Selamat mencuba...
Jadi dapat digunakan atau tidak setelah dibaiki dekoder?
ReplyDeleteBoleh, sampai hari ini sudah hampir 4 bulan tiada masalah lagi.
Deletedekoder astro saya tidak berfungsi..adakah ianya rosak? mohon pencerahan
ReplyDeleteJika tak berfungsi tu kira dah rosak. Jika ada asas elektronik boleh buka dan periksa serta baiki. Jika tidak ada asas, hantar dgn pakar untuk baiki. Jika ada 'warranty' hantar pejabat astro minta dekoder baru. Cheers!
Deletemcm mn nak tahu kapasitor tu rosak?
DeleteBuka satu per satu dan ukur guna multimeter yang boleh ukur kapasitor (uF). Kalau nilai bacaan kurang 10% dari nilai asal, gantikan kapasitor.
Deleteagak2 berapa kos repair diatas ye?
ReplyDeleteKos komponen dalam kira-kira RM30.
DeleteKlo yang rusak komponen berjenis SMD blh ganti x...
ReplyDeleteBoleh, guna 'hot air'. Pastikan alat ganti SMD tu ada dijual.
DeleteHi..nak tanya,dekoder astro tak menyala langsung tapi adapter menyala hijau...sebab apa yer?
ReplyDeleteSerupa masalah di atas, buka, cari & gantikan komponen yang rosak.
DeleteKalau nak repair macam mn yea
ReplyDeleteTuan tinggal area mana
Miri, Sarawak. Hantar/kirim dekoder dengan adapter sekali kepada saya. Terima Kasih.
Deletesalam tuan..decoder saya jenis ds830na nie..saya guna njoi..baru nie langgan channel 411 dan 412..bila tengok dlm 5 minit..terus decoder hang terus dia reboot..selalunya kena off switch dan on balik..channel njoi yg biasa ok..apaaa penyakitnya tuan..
ReplyDeleteJika semua channel mengalami masalah sama iaitu 'hang', dekoder perlu dibaiki. Jika hanya channel tertentu sahaja bermasalah, mungkin masalah 'software'. Hubungi pihak astro untuk bantuan lanjut.
Deletehai tuan ..swist adapter di dinding nyala hijau..ttp lampu decorder yg merah tu x menyala.boleh kah tuan membantu saya ?
ReplyDeleteSama masalah seperti di atas, buka dan cari komponen yang rosak. Saya berada di Miri, Sarawak.
DeleteSalam tuan. Nak tanya kalau decoder astro tak menyala langsung. Saya agak kena sambar kilat. Masih boleh repair ke?
ReplyDeleteBoleh periksa dulu, kalau benar disambar petir biasanya tidak berjaya dibaiki.
Deleteastro saya sama rosak seperti diatas tpi saya tinggal kat brunei...
ReplyDeleteSaya tinggal di Miri, bawa jika ada melawat ke Miri.
DeleteAstro saya boot sahaja tapi lps tu dia off sendr..cuma ada signal pd decoder dan lama lama mari terus signal tu.
ReplyDeleteastro saya sama rosak.. juruteknik yang repair kata ic power terbakar dan perlu diganti.. boleh saya dapatkan maklumat dari tuan, di mana tempat untuk beli/cari ic power tersebut? terima kasih.
ReplyDeleteApa nombor rujukan ic tersebut? Boleh cuba cari di Shopee atau Lazada.
DeleteHello Tuan.. Decoder sy ada masalah juga.. Mula2 bila sy on ok.. Dlm 1 minit mcm tu channel hilang.. Angin xda hujan xda pun hilang.. Sy off power suis dan on balik.. Ok channel ada lepas tu hilang lagi.. Sama masalahnya.. Last2 baru2 ni langsung xdpt on lagi.. Lampu merah ada.. Tu je.. Apa masalahnya Tuan. Tq
ReplyDeleteSama masalah dengan di atas. Tukar semua kapasitor di dalamnya seperti saya lakukan di atas. Rujuk kepada pakar jika tiada asas elektronik.
DeleteSalam...
ReplyDeleteDekoder beyond saya ade masalah nak tengok balik
rancangan yang dah record...
Kenapa ye?
Berapa harga service?
-Rizal
sempoi61@yahoo.com.my
Saya belum pernah dirujuk decoder dengan masalah seperti yang tuan sebutkan di atas. Saya berada di Miri, Sarawak. Jika lokasi berdekatan, saya bersedia untuk cuba membaiki.
DeleteI think i also got the same problem, decoder tak mau on langsung but adapter lampu hijau on.. Klu tukar channel HD it will freeze/hang, reboot dgn sendirinya sometimes we have to off the plug and on blik.. Is it because of the capasitor? Tq
ReplyDeleteDecoder tak mau on atau channel freeze/hang? atau dua-dua?
DeleteDua2 skali.. Before this asal tukar channel HD it will stuck.. So now decoder cannot on, sometimes klu tak on it will reboot sendiri..
ReplyDeletetukar semua kapasitor di dalam, mesti elok semula.
ReplyDeleteBoss decoder njoy saya bermasalah tiada suara di hdmi port dan di av port. Bolehkah ia dibaiki?
ReplyDeleteKena buka & periksa, saya pernah baiki masalah suara tersekat-sekat. Boleh rujuk pautan di bawah.
Deletehttp://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2020/12/baiki-dekoder-astro-njoi-suara-putus.html?m=1
Terima kasih utk tutorial repair ni. Kalau beli dekoder 2nd hand yg berfungsi pon tak boleh pakai jugak sbb account ikat dgn dekoder.?
ReplyDeleteYa, kalau pakej berbayar, telefon saja pihak astro dan mereka akan tukar dekoder baru tapi pakej njoi kena daftar dan beli dekoder baru. Baiki selagi boleh..
DeleteHi! Power adapter nampak macam ok..led hijau hidup. Tapi bila cucuk pada decoder, terus LED hijau tu padam. Decoder tu hidup bila saya test guna bench top power supply. Kebetulan pula decoder baru lepas repair macam cara tuan Hercules ajar.
ReplyDeleteMasa mula2 test, power adapter tu ok. Lepas matkan switch dah hidupkan semula, terus LED hijau x hidup. Bila biarkan lama sikit led tu akan hidup semula, cucuk je pada decoder dia akan padam lagi.
Apa yang perlu dilihat yer tuan?
Adapter tidak membekalkan arus elektrik yang mencukupi. Rujuk kepada pautan di bawah.
Deletehttps://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2020/10/masalah-dekoder-astro-ds830na-tak.html
Wahhh! Article yang menarik dari seorang repairer yang tidak kedekut ilmu. Terima kasih tuan Hercules! Saya akan cuba membuka power adapter tersebut. Semoga tuan dimurahkaan rezeki berkongsi ilmu bermanfaat seperti ini.
DeleteSama-sama, selamat mencuba...
DeleteOk tuan Hercules. Saya dah tukar 3 output capacitors dan power adapter dah boleh supply power dengan betul. Terima kasih sekali lagi tuan. Terbaik!!!
ReplyDeleteSalam...saya nak tanya..kalau recoder saya tertera update 00.oo adakah dia rosak...kt tv dia tulis 1.65...tunggu satu hari tp x update jugak
ReplyDeletehttps://youtu.be/SWW-w5QsKkc
DeleteKalau saya beli decoder 2nd hand boleh set kan untuk guna dengan kad astro sediaada?
ReplyDeleteTidak boleh
Delete