Monday, 13 May 2019

ABB 6197/52-101-500 Universal Dimming Actuator repair

Hari ini saya berpeluang untuk mencuba membaiki sesuatu yang baru iaitu alat untuk mengawal kecerahan lampu (dimmer) berjenama ABB, Model: 6197/52-101-500.
Jenama: ABB. Model: 6197/52-101-500
Saya diberitahu ianya mengeluarkan asap ketika didapati rosak dan berbekalkan maklumat tersebut, mari kita lihat apa yang mengeluarkan asap di dalamnya...
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka, sebiji varistor meletup dan boleh dilihat dengan mata kasar seperti pada gambar di bawah.
Varistor meletup & thermal fius putus
Setelah diperiksa, thermal fius juga putus dan anda juga boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
Thermal fius: 130C

Thermal fius & Varistor yang rosak
Setelah kedua-dua komponen tersebut ditukar dan diuji, 'dimmer' tersebut masih tidak boleh digunakan lagi...
Varistor & thermal fius telah diganti...
Jadi terpaksalah saya mencari punca kerosakan lain pada papan litar. Apabila diteliti rupa-rupanya salah satu sambungan pada papan litar telah putus dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Litar terputus...
Memandangkan litar yang terputus itu agak halus dan sukar untuk disambung semula, maka saya terpaksa mencari cara lain untuk menyambungkannya.
Litar yang putus disambung pada bahagian bawah papan litar...
Setelah diteliti, litar yang putus itu bersambung dengan bahagian bawah papan litar dan jauh lebih mudah untuk disambung. Anda boleh melihat cara bagaimana saya menyambungnya pada gambar di atas iaitu wayar berwarna hijau. Setelah selesai, maka saya menguji semula 'dimmer' tersebut dan kini telah boleh dihidupkan.
Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.