Saturday, 16 March 2019

LG DS8521P DVD player repair

Ini ialah dvd milik saya dan pernah saya baiki dahulu. Anda boleh membacanya di sini. Kali ini ianya mengalami penyakit yang baru iaitu penyakit padam sendiri setelah kira-kira 5 minit digunakan. Selepas padam dengan sendiri, ianya boleh dihidupkan semula dengan menekan butang 'power' dan akan padam semula selepas kira-kira 5 minit beroperasi.
LG DS8521P dvd player
Seperti biasa saya akan buka dan periksa komponen yang rosak dan akan menggantikannya. Kali ini saya telah menemui beberapa komponen yang rosak dan harus di ganti.
Pandangan dalam setelah penutup dibuka
Komponen yang didapati rosak adalah seperti berikut (lihat pada gambar di bawah)
  1. 2 biji 0.1uF 275V ac kapasitor
  2. sebiji perintang 22K ohm
Komponen yang bertanda perlu diganti
Perintang baru 22K ohm

Kapasitor 0.1uF, 275V ac
Namun setelah menggantikan komponen seperti dinyatakan di atas, penyakit padam sendiri tetap tidak berubah. Saya sempat mencari 'datasheed' untuk ic DM0265R di internet dan anda juga boleh dapatkannya di sini.
ic yang saya tukar dahulu masih berkeadaan baik
Setelah meneliti 'datasheet' ic tersebut, saya dapati bahawa ic tersebut dilengkapi dengan 'internal thermal shutdown function (TSD)' dan saya mengesyaki kemungkinan ic tersebut telebih panas dan padam sendiri.

Berpandukan maklumat tersebut saya cuba menyejukkan ic tersebut dengan menambahkan 'heat sink' pada permukaan atasnya. Setelah diuji ternyata penyakit padam sendirinya telah lenyap.


Tambah 'heat sink' pada ic DM0265R (Tested - OK)
Saya juga hairan kenapa dahulu selepas saya menggantikan ic tersebut ianya tidak panas melampau sehingga padam sendiri. Kenapa setelah beberapa tahun digunakan kini timbul penyakit sensitif panas melampau?

Sehingga blog ini ditulis, dvd tersebut telah diuji dan berfungsi selama kira-kira 2 jam tanpa penyakit padam sendiri.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.