Wednesday, 16 January 2019

Baiki monitor LCD DELL 16"

Monitor LCD berjenama DELL ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini. Namun ianya tidak bertahan lama dan kembali dengan masalah yang sama iaitu tiada belakan eletrik. Kali ini komponen yang rosak berlainan dari dahulu.
Setelah monitor dibuka, cuma ada 2 keping papan litar sahaja..
Setelah diperiksa menyeluruh, berikut merupakan komponen yang rosak dan telah saya tanda pada gambar di bawah:-
  1. Kapasitor 470uf, 35V
  2. Kapasitor 100uf, 450v
  3. 2A fius dan
  4. MOSFET N-Channel (P7NK80ZFP)
Power Board
Setelah komponen yang rosak diganti, monitor tersebut kini kembali berfungsi seperti biasa.
Komponen yang rosak

Namun setelah beberapa ketika dihidupkan, kini muncul pula masalah baru iaitu skrin berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Saya mengesyaki display board (papan litar sebelah kiri pada gambar pertama di atas) rosak dan setelah di ganti papan litar tersebut baru lah ianya 100% berfungsi seperti normal. Untuk makluman semua, display board tersebut tidak dapat saya baiki dan terpaksa ambil dari monitor lain yang telah rosak skrinnya.

Kesimpulannya, walaupun saya telah berjaya membaikinya dahulu namun ianya rosak kembali disebabkan saya tidak tahu display board tersebut juga telah rosak. Kerosakan kali ini juga adalah akibat daripada display board tersebut.

Tested - OK
Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Saya ada monitor Dell 2212.masalahnya bila on gambar keluar dalam beberapa saat sahaja. Lepas tu hilang. Monitor saya ada keluar tulisan (Auto Select - Analog). Saya off Button dan on semula monitor. Keluar gambar tapi tetap sekejap dalam beberapa saat.Adakalanya bila saya on off gambarmonitor beberapa kali gambar di monitor boleh keluar terus seperti biasa. Tetapi seolah-olah Power Supply tak cukup. Sebelum monitor tu elok gambarnya ada seperti ada kecerahan melampau sebelum ianya elok seperti biasa. Selepas shutdown dan on semula monitor tetap keluar gambar sekejap dalam beberapa saat. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tiga kemungkinan iaitu:-
      1. Suis butang (tact switch) rosak. Anda boleh buka dan cabut sambungan suis dan cuba monitor tersebut.
      2. 'Power board' bermasalah. Jika ada asas elektronik, buka dan cari komponen yang rosak. Biasanya kapasitor rosak.
      3. 'Backlight' rosak.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.