Thursday, 16 August 2018

Baiki LG 42PT350R-TD Plasma TV

Hari ini saya kongsikan masalah pelik yang dihadapi oleh sebuah TV plasma berjenama LG, Model: 42PT350R-TD. Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah TV ini akan padam dengan sendirinya setelah beberapa ketika dihidupkan dan akan kembali beroperasi semula dengan sendirinya selepas itu. Proses ini akan berulang dan sudah tentu akan menganggu kita ketika menonton TV.

Masalah sedemikian amat lah sukar diketahui puncanya kerana kita tidak akan menjumpai komponen yang rosak tersebut ketika memeriksa pada papan litar.
LG 42PT350R-TD Plasma TV
Seperti kebiasaan, jika kita ingin membaikinya kita haruslah membuka bahagian belakang TV dan gambar di bawah menunjukkan terdapat 5 keping papan litar di dalamnya.
A - 200V, B - 55V & C - 125V
Sekiranya TV tersebut boleh dihidupkan, perkara pertama yang saya akan lakukan ialah memeriksa voltan output pada papan litar utama atau juga dikenali sebagai 'power supply'. Voltan output yang diperlukan ialah 55V, 125V & 200V.

Pada gambar di atas, bahagian yang bertanda A, B & C ialah untuk menyelaras voltan jika terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Voltan yang diperlukan untuk TV
Ketika pemeriksaan awal, saya dapati voltan output terlalu tinggi iaitu 221V berbanding dengan 200V yang diperlukan seperti pada gambar di bawah. Untuk itu saya laraskan agar voltannya menghampiri 200V.
Voltan yang tinggi sebelum dilaras...

200V

55V

125V

Voltan output yang lain selain 5V, 55V, 125V & 200V

Papan litar tulis 15V tapi 18V ketika diukur...
Setelah menyelaras voltan output yang diperlukan kembali ke asal, tiada apa yang boleh saya lakukan selain tunggu & lihat dengan harapan TV tersebut kembali normal & tidak padam. Namun ianya padam jua selepas itu dan setelah ianya kembali beroperasi secara automatik saya dapati voltan outputnya terlalu rendah walaupun telah saya laraskan sebelum ini.
Kapasitor 275uF yang harus ditukar
Dengan itu saya mulakan pemeriksaan pada papan litar 'power supply' dan hanya satu kapasitor sahaja yang menunjukkan bacaan rendah seperti pada gambar di atas dan telah ditukar.

Selain itu saya juga dapati thermistor 15D-15 seperti pada gambar di bawah juga menunjukkan rintangan yang meragukan dan juga ditukar.
Thermistor 15D-15 juga harus ditukar
Setelah kedua-dua komponen tersebut ditukar dan voltan output dilaras kembali seperti yang diperlukan iaitu 55V, 125V & 200V, saya kembali tunggu & lihat dengan harapan TV tersebut tidak padam lagi secara automatik.

Setelah berjam-jam saya cuba, gembira rasa dihati apabila TV tersebut tidak padam dengan sendirinya lagi...
Akhirnya TV tersebut tidak padam dengan sendirinya lagi...
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.