Tuesday, 20 March 2018

Baiki monitor LCD DELL

Hari ini saya kongsikan cara untuk membaiki monitor LCD computer 16 inci berjenama DELL.

Jika dibandingkan dengan monitor CRT, monitor LCD/LED kini sebenarnya amat mudah dibaiki.

Kebiasaannya kini pengguna diberitahu bahawa monitor yang rosak tidak dapat dibaiki lagi dan harus membeli yang baru ataupun mungkin jika dibaiki perlu menelan belanja yang mahal iaitu dengan menggantikan keseluruhan papan litar.


Masalah monitor komputer ini ketika dirujuk kepada saya ialah tiada bekalan eletrik dan lampu pada butang stanby tidak menyala.
Monitor LCD DELL 16"
Seperti biasa untuk mengetahui kerosakan kita harus membuka monitor tersebut dan setelah dibuka kelihatan cuma ada 2 keping papan litar iaitu 'power supply board' dan 'display board' seperti pada gambar di bawah.
kiri = power supply, kanan = display board
Memandangkan ianya tiada bekalan elektrik, maka masalahnya ialah pada 'power supply board'.
Power supply board
Setelah diperiksa menyeluruh, kerosakannya hanya pada 7 biji kapasitor seperti pada gambar di bawah:-
1. sebiji 1000uF, 35V
2. 2 biji 1000uf, 16V
3. 2 biji 470uF, 35V
4. 2 biji 1000uF, 10V
Kapasitor yang rosak
Setelah diganti kesemua kapasitor yang rosak, monitor komputer kini boleh digunakan lagi. Untuk makluman, harga kapasitor sebiji cuma dalam lingkungan RM2 hingga RM4 sahaja.
Tested - OK
Tested - OK
Selamat mencuba kepada yang berminat membaiki LCD/LED sendiri...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.