Wednesday, 12 February 2014

Adenan Satem dilantik Ketua Menteri baharu Sarawak

Adenan Satem
Petra Jaya: Menteri Tugas Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem, 68, yang juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu berkuatkuasa 1 Mac ini.

Ia berikutan perletakan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berkuatkuasa pada 28 Februari ini.

Pelantikan Adenan diumumkan oleh Abdul Taib sendiri selepas mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri, di sini petang tadi bagi menghantar surat peletakan jawatannya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.