Thursday, 26 December 2013

P0501 (V-signal)

Kejadian lampu enjin (malfunction indicator light) menyala pada kereta satria GTi saya berlaku pada beberapa hari yang lalu. Sekiranya lampu tersebut menyala, sistem 'On Board Diagnostic (OBD)' pada ECU akan menghasilkan kod tertentu.
Malfunction indicator light (MIL)
Kod yang dihasilkan pada sistem OBD kali ini ialah P0501 dan ianya berkaitan dengan 'vehicle speed signal' atau nama singkatannya 'V-signal'. Kod tersebut menyatakan bahawa ECU kereta tidak mendapat bacaan yang munasabah untuk kelajuan kereta.
Periksa ECU - OBD code P0501
Untuk kereta proton, masalah ini disebabkan oleh sensor kelajuan (speedometer switch) pada bahagian belakang speedometer yang telah rosak. Ianya terletak di tengah-tengah speedometer seperti pada gambar di bawah.
Bahagian belakang speedometer

Tanggalkan skru untuk periksa Vehicle speed sensor (V-sensor)
Sekiranya anda tidak pasti sensor tersebut rosak atau sebaliknya, anda boleh memeriksanya dengan multimeter. Laraskan multimeter anda ke bahagian ohm (Ω).  Caranya mudah sahaja iaitu dengan menyambungkan multimeter kepada kedua-dua terminal sensor tersebut dan putarkan speedometer dengan pemutar skru.

Sekiranya anda mendapat bacaan yang berubah-ubah setelah speedometer tersebut diputar, sensor tersebut adalah dalam keadaan baik. Jika tiada perubahan bacaan setelah speedometer diputar, sensor tersebut telah rosak dan perlu diganti.
Ada bacaan...

Putar dengan pemutar skru & tiada bacaan...
Sensor tersebut boleh didapati di pusat service Proton dengan harga RM25.40 sebiji. Sebenarnya sensor tersebut hanya mengandungi sebiji 'reed switch' sahaja dan ianya boleh didapati di kedai eletronik dengan harga dalam lingkungan kira-kira RM5.00 sahaja.
Reed switch
Jika anda membeli 'reed switch' seperti boleh dilihat pada gambar di atas, anda kenalah mengeluarkan 'reed switch' lama dan mempatrikan 'reed switch' yang baru pada sensor tersebut.
 
cuma sebiji 'reed switch' sahaja...
Untuk makluman, simptom kerosakan sensor tersebut ialah lampu enjin (MIL) akan menyala jika memandu melebihi 110km/j.

103 comments:

  1. Had the same problem on mine. Replaced the sensor and fault hasn't been back since. Very helpful.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu bukan meter wira ke?

      Delete
    2. Meter satria GTi, mungkin reka bentuk sama dengan wira.

      Delete
    3. satria GTi after replaced the sensor still having the same fault code p0501 V-signal not plausible. pls advice.

      Delete
    4. Make sure it is properly install especially the brown cable.

      Delete
  2. V-signal kalau rosak menganggu ke meter minyak?

    ReplyDelete
  3. Untuk proton persona boleh?

    ReplyDelete
  4. TQ..your help 4 my money!!😂

    ReplyDelete
  5. murahnya...kat bengkel ckp utk 2 sensor smpai rm400

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak sensor dalam kereta, jika sensor yang saya maksudkan di atas itu menelan belanja RM400 untuk ditukar - tersangat mahal...

      Delete
  6. Apakah kesan jika berlaku kerosakan pada speed sensor bahagian meter untuk kereta auto?adakah boleh mngakibatkan pertukaran transmisi automatik tidak lancar dan kereta turut kehilangan kuasa pecutan?kerera persona auto

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara amnya, speed sensor tiada kaitan dgn auto transmisi. Jika speed sensor rosak, lampu MIL akan menyala. Masalah kelancaran berkait rapat dgn 'minyak, angin & api', sistem brek serta masalah pada gearbox itu sendiri.

      Delete
  7. Apakah ada bunyi tik tik tik kat dashboard kalau benda tu rosak .. scan keluar kod p0501 v signal ..tapi check engine tak nyala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda, kalau ada bunyi tik tik tik' tu masalah mekanikal pada speedometer atau rpm gauge.

      Delete
  8. Adakah akan terjadi pada system auto jugak..saya baru sahaja kena bila tekan minyak naik bukit lampu engine menyala..dan bila scan obd keluar kod p0501...apa yg pomen bgtaw mgkin meter rosak atau ecu bermasalah..tapi kena tukar meter dulu...ada effect jangka panjang x kalo kita terus naik tanpa menukar seberang ganti..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak pasti apa kesan jangka panjangnya jika dibiarkan sahaja lampu injin menyala. Seboleh-bolehnya cari puncanya dan baiki. Jika reed sensor sahaja yang rosak, tidak perlu gantikan keseluruhan meter baru.

      Delete
  9. Adakah spees sensor ada kaitan dengan meter rpm ? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada, sensor rpm untuk Proton ialah di CPS sensor (crankshaft position sensor).

      Delete
  10. hi,saya punya meter kereta satria neo kalau suis off kunci dia tak jarum tak turun..dan meter minyak jadi gila..kadang2 ok kdg2 tak naik langsung..kenapa ye?
    boleh repair ke kalau macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarum mana satu yang tak turun? jarum minyak, jarum suhu, jarum rpm atau jarum kelajuan?

      Jarum minyak jika kadang-kadang tak turun/naik/tak bergerak langsung tu mungkin pelampung di dalam tangki minyak rosak. Cara nak pastikan pelampung rosak ialah cabut wayar pada tangki & sambung dengan wayar (bypass), jika meter minyak naik bermakna meter minyak elok. Jika meter minyak tak bergerak juga (lepas bypass), meter minyak rosak.

      Jika meter minyak rosak, tengok tahap kerosakannya, jika 'coil' meter rosak, beli meter yang baru.

      Delete
  11. Apabila saya masuk gear D lampu menyala2. Masuk gear R kereta ada sedikit bergegar. Jika saya pandu kereta dari KL ke Ipoh adakah ia akan menjejaskan lagi keadaan kereta? Sebab sekarang 6.10am. tiada bengkel yg buka lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaik-baiknya hantar ke bengkel untuk diperiksa sebab tidak semua masalah kereta sama jika lampu MIL menyala. Jika masalahnya seperti di atas, ianya masih boleh digunakan, cuma tak boleh dipandu laju.

      Dapatkan bantuan konsensus lebuhraya jika anda berada di lebuhraya.

      Delete
  12. Kereta saya saga blm outo,masa naik bukit tekan minyak speed naik kuat lepas tu nyala cek engine.scan masalah...code p0501 juga keluar,.adaka itu masalah dari meter speed juga? Saya biar kan kereta dalam beberapa minute,lepas tu sy on balik,cek engine tu hilang,...lagi satu ,masa sy naik bukit tu,..tidak sampai 110,paling2 dalam 60 tapi rpm sampai 4 ingga 5 ribu..dan last nak tanya,reed sensor tu,kalau da rosak,meter laju boleh jalan ke?sbb dpt p0501 tp meter sy mc still boleh naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta auto biasanya rpm lebih tinggi berbanding kereta manual sbb rpm tinggi baru tukar gear. Kereta manual biasanya tukar gear awal sbb pemandu yang tukar awal. Jika naik bukit, kereta auto akan tukar gear pada rpm yang lebih tinggi.

      Biasanya jika P0501, lampu enjin akan padam selepas kereta dimatikan tetapi lampu enjin akan menyala kembali apabila rpm tinggi atau kereta dah laju.

      Tiada masalah jika tak tukar reed switch yang rosak, kereta masih boleh dibawa laju tapi lampu enjin yang menyala itu merisaukan kita.

      Elok tukar reed switch sebab jika ada masalah lain yang menyebabkan lampu enjin menyala kita tidak tahu.

      Delete
  13. Saya ada masalah berkenaan dengan saga blm saya tahun 2010 manual. Sebelum ni rpm sy normal which is kelajuan setara.. kalau rpm 3 mungkin dlm 110-120.. tapi sekarang rpm 3 baru 90 dan kereta macam berat sgt.. saya rasa gear 5 tu mcm baru gear 4. Dan sekiranya sy maintain 100-110 xlama lepas tu keluar lampu enjen. bila pergi bengkel, diorg try dan diorg ckp clutch plate ok lagi. Pastu diorg cek pakai komputer, keluar la speed signal not plausible.. jadi saya pun dah beli speedometer tu. Dan masih belum pasang..

    Soalan.. adakah spedometer tu ada kene mengene dengan kelajuan kereta sy tu? Ataupun sebenanya rpm sy yg xbetul? Tp tulah.. kereta dah xbest. Dah xnormal. Nak speeding pun berat semacam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kemungkinan speedometer xbetul. Cuba tukar speedometer yg baru beli tu tgk masih ada masalah sama tak. Saya berpandangan kalau kereta rasa berat tu mungkin ada masalah sistem brek atau api (spark plug, coil, plug cable) atau minyak (fuel injection, fuel filter, fuel pump). Jika tiada asas, hantar bangkel suruh periksa.

      Delete
  14. Ok tuan.. terima kasih atas pandangan.. saya akan cuba dulu tukar speedometer ni.. tengok dulu berhasil ke tak.. klau masih ada masalah, sy akan cuba betulkan yg lain.. mende ni jadi sebab kereta pernah tersadai hampir setahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Speedometer tidak akan rosak jika kereta tersadai lama. Saya syak masalah mekanikal seperti sistem brek yang tidak berfungsi dengan sempurna setelah lama tersadai.

      Delete
    2. Meter kereta gen2 ada ke mengunakan speedometer reed switch..sy pun dalam kelajuan 110km lampu check injin menyala..tutup enjin start balik hilang..kalau bawak kereta tekan mintak lebih speed..naik bukit dah lampu check enjin menyala.minta bantuan cara menyelesaikan. Terima kasid admin

      Delete
    3. Ada, symptomnya serupa dengan masalah di atas. Jika nak kepastian, boleh hantar ke pusat servis berkomputer untuk semakan kodnya. Kalau nak DIY, buka meter dan tukar reed switch tu.

      Delete
  15. Tuan...saya ade masalah rpm tinggi bile mula2 start enjin..dah learning t.body suma tetapi ttap sma..n dah tukar 2 kali t.body ttp sma..bile scan fault code v signal problem..adakah ade kaitan? Mohon bantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau kereta baru start, rpm memang tinggi dari biasa. Kalau on aircon rpm akan naik lagi tinggi. Bila enjin dah panas, baru rpm turun ke +/-900.

      Kalau lampu enjin menyala ketika kereta dihidupkan baru ada fault code terjana. Boleh bagitau jenis kereta dan bila lampu enjin menyala?

      Delete
  16. Kereta wira saya ada masalah ni sekarang. Di mana saya boleh beli sensor kelajuan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli di pusat servis Proton. Kalau rajin boleh beli 'reed switch' dan tukar sendiri. Reed switch boleh dibeli di kedai elektronik.

      Delete
  17. Saga BLM auto saya juga mempunyai masalah yg sama. Soalan saya..di mana / tempat / bengkel yg boleh tolong buat /selesaikan masalah ini???.. kerana bkn semua tmpt blh settlekn masalah ini / tukar reed switch. Mohon saudara @Hercules Wong dpt bantu. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka meter kereta & bawa ke kedai elektronik untuk tukar reed switch.

      Jika nak senang, hantar kereta ke pusat servis proton.

      Kalau nak saya bantu, hantar kepada saya di Miri, Sarawak. Cheers!

      Delete
  18. kereta exora saya meter km/h tak stabil..kadang2 bila behenti jarum kmh tu sangkut kat tengah2 tak turun..bila start enjin baru baru tu jatuh ke 0 balik..boleh bagi pendapat tentang masalah ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu masalah mekanikal pada speedometer. Boleh buka speedometer tu dan servis bahagian mekanikalnya. Jika tidak pandai, hantar ke pusat servis untuk penyelangaraan.

      Delete
  19. Saya pun mengalami masalah ni..bila naik tekan sampai 110 cek enjin nyala..bila kita stop kereta nampak idle rpm naik turun..tak stable dekat 0.9..kadang2 rpm tak turun bila mati enjin..on kunci balik terus jatuh..bila scan gna obd2..dia kluar kod p0501 jugak..kereta saya satria neo bos..ada kah meter rosak atau sensor speed dekat gear box tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena periksa, ada kemungkinan reed sensor dalam meter rosak atau mungkin juga sensor dekat gearbox seperti yang anda sebut di atas.

      Delete
  20. Tuan, tumpang tanya. Boleh tak kuta dapatkan signal kelajuan terus daripada speedometer switch ini? Contoh apabila pasang meter defi zd cap ayam. Untuk menghidupkan kelajuan km/h nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tidak pasti boleh/tidak gunakan signal kelajuan dari speedometer sebab setiap meter direka berbeza-beza.

      Boleh cuba & beritahu saya apa keputusannya. Terima kasih.

      Delete
  21. As salam, saga blm, tekan lebih 100 je keluar cek engine, so apa yg patut di tukar? Mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantar ke pusat servis berkomputer, periksa apa 'error code' baru tahu apa yang rosak dan harus ditukar.

      Delete
  22. Great info, bro. Can I ask for Satria Neo 1.6 CPS, I'm trying to install a defi zd gauge, but can't find the rpm signal. The installer also doesn't know, and doesn't dare to disturb the ecu.

    ReplyDelete
  23. kalau naik tdc p0501,ade kaitan tak dgan level gear susah nk masuk ke P?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak pasti. Sila rujuk kepada pakar kereta auto. Terima kasih.

      Delete
  24. Reed switch untk saga blm auto kt mne tuan... Sy ada masalah cde p501 naik mnyala bila speed 80kmh ke atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak pasti. Cuba periksa pada belakang speedometer tengok ada tak?

      Delete
  25. Macamana nak buka speedometer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf wan, saya pun ingat-ingat lupa. Pertama, buka dan keluarkan dari dashboard, lepas tu buka belakang speedometer. Rasanya takda skru, buka klip saja.

      Selamat mencuba...

      Delete
    2. Boss Reed switch tu kalo nak beli kena beli jenis apa? Normally open/close?

      Delete
  26. hai, saya mempunyai proton saga BLM 1.3 Auto mempunyai masalah yang sama. Apabila berkelajuan lebih dari 100, lampu penunjuk enjin menyala. Sekiranya saya memberhentikan kereta dan menunggu beberapa minit, ia akan hilang. Saya pergi ke perkhidmatan proton mereka melakukan penalaan enjin dan menyuruh saya menukar sensor kelajuan. tetapi saya memberitahu mereka bahawa saya sudah memeriksa dengan sensor baru, masih sama masalahnya. Kemudian mereka memberitahu saya untuk menukar speedometer tetapi mereka tidak mempunyai stok dan tidak akan tersedia. Kemudian saya dapati kiriman anda, memeriksa suis speedometer untuk Proton SAGA, semua penjual mengatakan bahawa mereka bukan bahagian dalam speedometer Proton saga BLM. ia hanya untuk Wira. Saya menukar speedometer dengan kereta dan pemacu ujian rakan saya. Semuanya ok. sebelumnya setelah kadang-kadang ketika lampu enjin menyala, getaran enjin mengeluarkan bunyi "ghorrrrr". Kemudian tidak boleh memandu. Selepas itu perlahan-lahan jika saya memandu, maka ia menjadi normal semula. Tetapi ketika saya memandu dengan speedometer yang berubah, sama sekali tidak ada masalah. Bagaimana speedometer melakukan masalah mekanikal mesin atau kotak gear? Anda berkata "Masalah kelancaran berkait rapat dengan 'minyak, angin & api', sistem brek dan masalah dengan kotak gear itu sendiri". Kod ralat saya p0501-isyarat tidak masuk akal. Bolehkah anda memberitahu saya bagaimana saya boleh memperbaiki speedometer atau perlu menukar speedometer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkongsian saya di atas adalah untuk Proton Satria GTi 1.8 dan mungkin tidak sama dengan Saga BLM anda. Dari penerangan anda di atas, saya rasa kereta anda berkemungkinan mengalami kerosakkan plug coil atau pam minyak (fuel pump).

      Delete
  27. Hai , saya ada masalah kod yang Sama dengan tuan pada satria neo 1.6 saya . Nak Tanya . Pada meter satria neo terdapat juga ke reed switch ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak pasti. Sila rujuk kepada pakar atau agen Proton. Terima kasih.

      Delete
  28. Hi. Apa size untuk Reed switch Tu ye tuan? 30mm? Kalau guna gold plated boleh? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20mm - 30mm. gold plated lebih baik.

      Delete
    2. Terima kasih boss bagi pencerahan, you are the best!

      Delete
    3. Just ordered two sets, gold plate and ordinary plate. I'll update later

      Delete
    4. Boss,after months I received Reed switch but 28mm was to big and too long to use. Original Reed switch for proton is 12mm only.

      Delete
    5. Opsss... sorry & thanks for the info. Lupa dah, kereta Satria GTi saya pun dah kena curi pada tahun 2016.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2016/07/satria-gti-hilang-dijumpai-namun.html

      Delete
  29. Boss, Kalau saga BLM, ada ke speedometer switch ke?. Problem kereta BLM saga sama seperti problem tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tidak pasti saga BLM guna sistem yang sama atau tidak dengan satria GTi. Kalau nak tahu, buka speedometer dan periksa. Selamat mencuba...

      Delete
  30. Hai tuan, kereta saya model wira vdo ada masalah dengan meter sebab circuit hijau di belakang tu ada masalah. Saya ada tukar dengan meter wira SE(2nd). Kemudian bila pasang lampu check engine menyala. Bila scan keluar code p134,p501,p113 dan p170. Mekanik kata suruh tukar p134 dan p501. Setelah tukar pun masih menyala. Adakah perlu scan semula bila tukar semua sensor tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya bukan pakar ECU. Apa yang saya kongsikan di atas adalah dari pengalaman kereta sendiri. Rujuk kepada pusat servis proton untuk bantuan. Hanya mereka sahaja lebih arif masalah kereta proton.

      Delete
  31. Hai sir. Nak tanya, saga BLM ada reed sensor tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tidak pasti sebab belum pernah dirujuk seblum ini. Setahu saya saga BLM ada crank sensor, jadi kemungkinan besar sistemnya sama dengan satria GTi. Apa pun, kena buka dan periksa baru tahu.

      Delete
  32. Hi i have read all the comments. You seem very knowledgeable. I had a question. What is the purpose of the reed switch? My CEL also comes on after 80-90km/h. I suspect it is the reed switch in my car. Does the reed switch affect fuel economy or top speed?

    -Because my car is 4g13 efi and top speed cannot go above 140. Could faulty reed switch be the reason?
    -Getting 11-12km per litre. Could reed switch be the reason for low fuel economy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reed switch is just a magnetic switch. It is sensitive to magnet. Its function in instrument cluster is just sending a frequency signal to the microprocessor. The microprocessor then convert the signal received to digital/analog form before telling us the rpm of the engine.

      It has no effect/related to speed/fuel consumption for manual car. I'm not sure if it is on automatic car.

      If you have faulty reed switch, the engine lamp (MIL) will turn on after certain speed. In my case, its turn on after reaching 110km/h

      Delete
    2. Thank you for your elaborate response. I have ordered mine today from shoppee. Hope it works all good.

      Delete
  33. boss saya dah tukar beda tu kat meter satria saya..bila bawa lebih 110 dya tetap menyala..adakah perlu reset fault code??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh reset sendiri, cabut salah satu terminal bateri dan biarkan kira-kira seminit, lepas tu pasang balik. Cuba periksa ribbon yg disambung ke reed switch tu ada salah pasang tak.

      Delete
  34. sy dh tukar speed sensor dan check guna multimeter ok....tp bila pasang jln lebih 100 masi menyala...dh cabut eci..cabut bateri tuk reset....tp masalah tetap sama...adakh perlu reset guna scantool/obd?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kemungkinan masalah tak sama, kena hantar ke bangkel untuk buat OBD bagi mengetahui apa yang bermasalah.

      Delete
    2. sebelum sy tukar speed sensor sy dy check guna obd mmg masalahnya vss...p0501-01 v-signal not plausible...tp masi naik juga cel...

      Delete
    3. Ada kemungkinan silap pasang? Kabel berwarna perang tu letak di atas atau bawah speed sensor?

      Delete
    4. mcm dibawah sy pasang....mesti pasang diatas ka ?

      Delete
    5. Mungkin disitu silapnya, cuba ukur keterusan (continuity).

      Delete
  35. tq bos....tak naik du cel....tq byk bagi info bos...🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mencuba, semoga masalah selesai. Cheers!

      Delete
  36. Hi,saya dh tukar speedometer switch dan masih masalah sama timbul,check engine naik 110km/h ade lagi, knp ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya, kabel perang tu letak di atas atau dibawah sensor masa pasang?

      Delete
  37. Naik tye keta saya bila bawak 110km keluar lampu enjin bila check obd keluar kod p0501 apa yg patut saya tukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Periksa dulu & cari apa yang rosak. Pengalaman saya di atas adalah berpunca dari kerosakkan reed switch pada meter.

      Delete
  38. Ada kah same simptom bile pandu lebih 160-170 check enjin nyala...g kdaii die ckp lebih limit...die buat mnde kt blkng meter,trus xboleh jejak 160 da... plik btul...proton gen 2 manual 2005

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, Gen2 saya tidak pasti simptomnya sama atau tidak dengan satria GTi.

      Delete
  39. Kereta Saga FLX 2013, RPM Timing Tinggi ~1300 at Idle. Gear tak dapat tukar ratio apabilsa sampai kelajuan tertentu. Cuma guna satu gear Auto. Apa masalah kereta aku.

    ReplyDelete
  40. Kalau nak beli reed switch sensor wira ni,kan ada 2 model,1 model vdo 1 lg model mmc,vdo banyak jual n jual sebijik,klu.mmc blh tukar n solder reed switch tu je,

    Nk tanya,klu model.mmc yg blh tukar reed switch je,apa kod nk beli? Maksud sy,dia ada yg normaly open n normaly close,,yg mana stu nk diguna?

    ReplyDelete
  41. Kereta saya satria neo cps 1.6 auto. Jika jalan slow check engine tak mnyala. Jika speed 110 mnyala. Nak tnya adakah satria neo pun guna reed mcm satria gti?? Thanks sifu🙏

    ReplyDelete
  42. Hi, aktif lagi ke, saya ada wira 1.5 vdo, CEL menyala lepas 80/100 kmh. Saya fikir meter wira asal ni problem sebab minyak dgn speedometer tak berfungsi jadi saya terus ganti dengan meter myvi, wiring custom beli shopee, semua berfungsi tapi CEL menyala lagi, jadi meter myvi ni pon bermasalah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantar ke service center periksa apa kod yang terjana pada ECU.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.