Thursday, 5 September 2013

Masalah penghawa dingin tak sejuk

Kejadian ini hanya disedari apabila saya terhidu bau plastik terbakar ketika sedang tidur pada malam 2/9/2013. Setelah membuat pemeriksaan di sekeliling bilik tidur, saya terkejut apabila mendapati 'plug' yang disambung ke penghawa dingin saya yang lebur seperti pada gambar di bawah.
Sept 2, 2013

SIRIM...
Memandangkan malam telah larut, saya tanpa berlengah menggantikan 'plug' tersebut dan meghidupkan penghawa dingin semula. Namun setelah beberapa ketika saya dapati bahawa bilik tidur saya semakin panas. Saya cuba memerhati sejenak untuk mencari penyebabnya dan didapati bahawa 'compressor' penghawa dingin tidak berfungsi. Apa yang terlintas difikiran ketika itu ialah kemungkinan kapasitor yang mengerakkan 'compressor' telah rosak.

Tanpa membuang masa saya memadamkan penghawa dingin serta membuka tingkap bilik dan tidur dengan bertemankan kipas angin sahaja pada malam tersebut.
Penghawa dingin di beli pada Jun 6, 2010 (3 tahun lebih sudah)
Pada keesokkannya saya membuka penghawa dingin tersebut untuk mencari masalahnya. Setelah dibuka segalanya kelihatan baik dan bersih. Saya juga cuba menghidupkan penghawa dingin saya dan semuanya berfungsi seperti biasa namun 'compressor' tersebut padam semula kira-kira dalam masa seminit. Hanya kipas sahaja yang terus berfungsi.

Saya menelefon rakan saya yang berkhidmat sebagai jurutenik penghawa dingin dan berpandukan maklumat yang saya berikan, beliau juga mengesyaki kapsitor untuk mengerakkan 'compressor' telah rosak.
Penutup telah saya buka...
Dipendekkan cerita, saya dengan yakin membeli kapasitor yang baru dan menggantikannya, namun masalah tetap sama...
Disyaki rosak... Kapasitor 30uF

Ganti kapasitor baru, Buatan USA...(RM25.00)
Setelah mendapati kapasitor tersebut bukan lah penyebabnya, saya cuba membuka penutup bahagian atas 'compressor' dan secara tidak sengaja saya tersentuh paip tembaga berdekatan. Aduh!!! panasnya...
Termostat pada 'compressor'
Ketika tersentuh paip yang panas barulah saya sedar bahawa 'compressor' penghawa dingin saya padam akibat panas melampau. Kenapa panas melampau? Setelah berfikir sejenak barulah saya teringat bahawa penghawa dingin saya tidak pernah diselenggara sejak dibeli pada 6/6/2010. Dah 3 tahun rupanya namun keadaannya kelihatan masih bersih.

Walaupun ianya bersih, saya cuba mencucinya dan ketika menyemburkan air ke bahagian belakang penghawa dingin tersebut saya pula dikejutkan oleh warna air yang mengalir keluar, hitam legam macam dakwat...Walaupun nampak bersih tetapi sebenarnya kotor.

Pada masa yang sama saya juga mendinginkan bahagian 'compressor' dengan mengalirkan air sejuk sehingga tidak panas lagi bila disentuh. Setelah selesai proses penyejukan dan pembersihan, saya menghidupkan semula penghawa dingin dan ianya mengeluarkan udara sejuk semula.

Sehingga blog ini ditulis, penghawa dingin saya masih mengeluarkan udara sejuk. Semoga kejadian yang berlaku ini memberi pengajaran kepada diri sendiri agar tidak berulang lagi. Penghawa dingin harus diselenggara secara berkala dan bukanya tunggu sehingga rosak atau bermasalah.


No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.