Thursday, 21 March 2013

DIY - Throttle Body Cleaning (Perodua Kelisa)

Masalah Perodua Kelisa saya kebelakangan ini ialah:-
  1. 'idiling' tak stabil iaitu RPM selalu tinggi (>1,000) walalupun enjin telah mencapai suhu sepatutnya.
  2. Kereta susah dihidupkan bila masih panas walaupun baru dimatikan seketika sahaja.
Throttle Body (TB) jika kotor adalah salah satu penyebabnya. Berikut adalah langkah-langkah untuk membersihkan TB sendiri.
Tanggalkan 'air cleaner' dengan melonggarkan kedua-dua klipnya

Tanggalkan kelima-lima skru/nat seperti pada gambar

Dah tanggal & agak kotor...

Bersihkan juga bahagian 'intake manifold'

Dah bersih - sembur dengan 'carburetor cleaner' dan lap hingga licin...

Pasang balik apa yang telah ditanggalkan tadi & hidupkan enjin.

Selamat mencuba. Pastikan RPM dibawah 1,000 bila kenderaan telah mencapai suhu sepatutnya.
Meter suhu akan naik sehingga separuh sahaja dan kekal di situ

12 comments:

  1. masa pasang balik tu .. gasket letak tak , atau psg cmtu balik jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gasket mesti kena ada, ada melekat lagi di situ. Selagi tak koyak, masih boleh digunakan. Kalau koyak masa buka, kena tukar baru atau guna 'gasket maker'.

      Delete
  2. Nak adjust idling speed kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kena hantar ke bangkel sambung ke komputer.

      Delete
  3. Nak tnya kalau idle valve dh buka..mcm mne nk setting balik ye??sbab hri tu tkr oring ..pastu xthu nak adjust lgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Valve tu sentiasa tutup dan cuma buka bila kabel ditarik. Mungkin kabel silap pasang atau mungkin spring terlepas (jika ada dibuka)

      Delete
  4. Kalau masalah pagi2, kereta start then mati after few second, tu pun kira masalah throttle body jugak ya?kalau petang,elok pulak jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah lalui pada kereta satria GTi seperti itu dan pam minyak rosak. Rujuk pada pautan di bawah.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2012/03/fuel-pump-satria-gti-ku-rosak.html

      Delete
  5. Kenapa lepas service TB timming naek smp 2000..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kereta baru dihidupkan memang tinggi timming. Lepas injin panas & idle baru turun 900. Kalau ada load seperti compressor aircon dihidupkan atau lampu dihidupkan, timming juga akan tinggi.

      Delete
  6. Masalah sekarang bila on Aircon timing dia turun naik tidak stabil on Aircon normal.jika off Aircon normal..
    Apa masalah..
    Kereta Kelisa 1.0

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.