Wednesday, 23 January 2013

7 TANDA TUBUH ANDA ADALAH SIHAT

1. AIR KENCING BERWARNA JERNIH
Kepekatan air kencing sering dikaitkan dengan kesihatan samada warnanya gelap, kuning cerah atau jernih tidak berwarna. Warna air kencing yang kuning cerah atau tidak berwarna menunjukkan bahawa buah pinggang kita dalam keadaan sihat. Warna air kencing yang kuning atau pekat menunjukkan bahawa buah pinggang sedang bekerja dengan kuat dan terdapat masalah dengan buah pinggang atau kadar gula darah. Namun, kepekatan air kencing juga berkaitan dengan keadaan tubuh yang kekurangan air. Apabila pengambilan air dalam sehari adalah kurang, pada umumnya warna air kencing akan menjadi lebih pekat daripada kebiasaannya. Justeru itu, sangat digalakkan untuk mengambil 1 hingga 2 liter air mineral setiap hari.

2. WARNA DAN TEKSTUR FESES (NAJIS)

Feses yang normal pada umumnya berwarna kuning kecoklatan, teksturnya padat, tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Apabila feses berada dalam keadaan tersebut menunjukkan bahawa sistem pencernaan dan metabolisme tubuh berada dalam keadaan baik.

3. BERAT BADAN STABIL
Jangan terlalu gembira sekiranya berat badan anda mudah turun dan mengalami penurunan secara drastik dalam masa yang singkat. Hal ini kerana, keadaan tersebut mungkin menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena pada tubuh badan anda. Tubuh yang sihat kebiasaannya mempunyai berat badan yang stabil, tidak mengalami kenaikan atau penurunan berat badan yang drastik dalam masa yang singkat.

4. PENYEMBUHAN LUKA LEBIH CEPAT

Dalam keadaan tubuh yang sihat, luka yang dialami akan mudah sembuh. Contohnya, jika anda mengalami luka disebabkan terjatuh, luka tersebut akan hilang dalam masa beberapa hari dan kering dengan cepat kerana regenerasi kulit berjalan lancar. Apabila luka berdarah maka, darah tidak akan mengalir terlalu banyak dan lama. Ia akan segera berhenti dan luka akhirnya akan tertutup.

5. RAMBUT DAN KUKU SIHAT

Rambut dan kuku merupakan salah satu kayu pengukur untuk menunjukkan bahawa tubuh dalam keadaan sihat. Kebiasaannya, rambut dan kuku akan lebih bersinar, tidak kusam dan pertumbuhannya cepat. Apabila tubuh dalam keadaan kurang sihat maka, rambut dan kuku akan kelihatan kering dan kusam serta mudah patah.

6. MENSTRUASI PADA WANITA YANG TERATUR

Wanita yang mengalami masalah menstuasi yang tidak teratur perlu melakukan pemeriksaan kesihatan kerana ia boleh menjadi petunjuk bahawa tubuh anda mengalami masalah kesihatan.

7. TIDAK MENGALAMI KESUKARAN UNTUK TIDUR

Anda perlu berwaspada sekiranya anda mengalami masalah sukar untuk tidur dan perlu melakukan pemeriksaan kesihatan. Tubuh yang sihat mempunyai jadual tersendiri yang sentiasa mengingatkan tubuh mengikut keperluan seperti masa makan, tidur dan sebagainya.


Sumber

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.