Saturday, 3 November 2012

Felda Global Ventures

Sejak Felda Global Ventures (FGV) tersenarai di Brusa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 28 Jun 2012 yang lalu, saya telah mengikuti perkembangannya dengan harapan agar suatu hari nanti saya akan memiliki sahamnya sebagai satu pelaburan jangka panjang persendirian.

Harga penyenaraian awal (IPO) ialah RM4.55 sesaham dan pernah memcecah RM5.50 sesahan pada awal bulan Julai 2012. Namun ianya tidak kekal bertahan lama dan boleh dikatakan harga sahamnya mengalami penurunan setiap hari seperti pada graf di bawah.
Nov 2, 2012
Menurut Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (felda) Tan Sri Isa Samat pada bulan september yang lalu, naik turun saham adalah perkara biasa bagi mana-mana syarikat perladangan yang tersenarai di brusa saham. Kedudukan FGV juga bergantung kepada faktor cuaca yang mempengaruhi hasil jualan kelapa sawit yang juga merupakan faktor ekonomi global.
RM4.67 sesaham pada 2/11/12
Berikut merupakan pengamatan pribadi saya tentang FGV sejak tersenarai di BSKL. Maklumat terperinci boleh didapati pada laman internet BSKL di sini.

1. Banyak informasi yang boleh kita dapat dari bahagian laporan penyelidikan (research reports) seperti pada gambar di bawah. Laporan Alliance Research Bhd yang bertajuk "More earnings downside ahead" telah mencadangkan supaya menjual saham FGV melalui laporan penyelidikan mereka yang bertarikh 24 September 2012.
2. Jika anda tinjau pada bahagian 'Company Announcement' di laman internet BSKL, boleh dikatakan setiap hari terdapat transaksi jual beli yang dibuat oleh Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP/EPF), Kumpulan Wang Persaraan dan Lembaga Tabung Haji. Rasanya tak kira sama ada untung atau rugi mereka bertiga ini giat menjalankan aktiviti jual dan beli saham FGV. Sila lihat sendiri aktiviti mereka di sini.
3.Setelah perdana menteri kita mengumumkan pemberian 'interim dividend' pada 4 September 2012 yang lalu, saham FGV terus menjuman sehingga ke paras menghampiri IPO. Sila lihat graf di atas untuk gambaran yang lebih jelas.

Secara pribadi saya masih belum terbuka hati untuk memiliki sahan FGV sebagai pelaburan sehingga artikel ini ditulis. Saya sedih mengenangkan nasib wang simpanan kita di KWSP yang dilaburkan tanpa mengira untung atau rugi.

Begitu juga nasibnya dengan Kumpulan wang persaraan dan lembaga tabung haji. Sampai bila kah ini akan berterusan dan mungkinkah saham FGV sesuai untuk dijadikan pelaburan suatu hari nanti?

Bagaimana pula dengan nasib peneroka yang diberi saham percuma tetapi perlu membuat pinjaman? Adakah ianya menguntungkan atau merugikan para perneroka?

Renung-renungkan lah...
Nov 27, 2012
Dec 26, 2012
Jan 18, 2013
Jan 21, 2013
Feb 3, 2014

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.