Monday, 13 August 2012

MLM jana wang di laman facebook

2 tahun yang lalu pada May 31, 2010, seorang yang dikenali sebagai Angel telah menjemput saya untuk menjana pendapatan melalui facebook. Menurut beliau caranya mudah saja dan berikut adalah perbualan di antara saya dan Angel.:-
Lepas itu dia bagi pula akaun Maybank dia sebagai bukti bahawa duit masuk secara online.
Nombor akaunnya saya 'delete'
Selepas perbualan tersebut, saya tidak berminat disebabkan duit yang akan saya dapat itu sebenarnya adalah dengan cara menipu dan mencuri. Konsepnya mudah sahaja.
  1. Kalau nak mulakan perniagaan mencuri duit orang ramai, anda kena daftar dengan siapa-siapa yang telah bedaftar dengan MLM tersebut dan bayar yuran pendaftaran sebanyak RM100 (ini lah pendapatan dia).
  2. Lepas daftar anda boleh mula berniaga mencuri duit dengan mencari mangsa (orang ramai) supaya daftar dengan anda dan yurannya juga RM100.00 (dan ini pula adalah pendapatan anda)
  3. Seterusnya benda yang sama akan berulang kepada sesiapa yang berminat untuk menipu dan mencuri duit. Siapa tak dapat cari 'downline' rugi RM100.00 saja. Kalau dapat seorang saja, kira tiada untung atau rugi sebab dah dapat balik modal.
Saya tidak pasti kegiatan mencuri wang terang-terangan ini masih wujud lagi atau tidak, namum hari ini seseorang telah menjemput saya untuk menjana pandapatan di laman facebook lagi. Bezanya dengan sebelum ini ialah, MLM ini tak perlu buat apa dan hanya dengan yuran pendaftaran sebanyak RM90.00 anda mampu menjana ribuan ringgit dalam masa singkat. Kalau nak tahu lebih lanjut baca di SINI.
Asal duit, apa-apa pun orang sanggup buat...
Saya bukan nak mempromosikan MLM sebegini, namun fikir masak-masak sebelum mencuba. MLM terbaru ini saya belum baca lagi dan tak ingin nak tahu dengan lebih lanjut. Bagi saya 'tiada kejayaan tanpa usaha' dan yang penting ianya bukan dengan cara menipu dan mencuri...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.