10 Info Tentang Bayi Yang Anda Perlu Tahu
- Sekitar usia 3 bulan, bayi mula
menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini
untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
- Bayi boleh menangis sejak di dalam
perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan
bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
- Seawal usia 4 bulan, bayi mula
meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya,
menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya
dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru
pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5
bulan.
- Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi
akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu,
ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
- Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi
reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan
tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
- Sekitar usia 6 bulan, memori bayi
mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya
dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
- Seperti kita, bayi di dalam perut
juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih
perkembangan otak bayi.
- Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi
akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu
tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan
mentalnya.
- Sebaik sahaja deria rasanya
terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan
boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada
rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
- Sebaik sahaja lahir, pertama kali
bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan
kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu
bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.
Sumber
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.