Wednesday, 18 July 2012

PR vs BN

Hari ini saya ambil satu sahaja contoh untuk perbandingan di antara negeri di bawah pimpinan BN (Barisan Nasional) & PR (Pakatan Rakyat).

Sejak kebelakangan ini media arus perdana tak putus-putus menyerang Selangor berkaitan isu bekalan air terawat. Pada mulanya saya berasa agak sangsi juga kenapa Selangor tak mahu bekerjasama dengan kerajaan pusat jika benar mengalami masalah air bersih.
Namun semalam saya ternampak satu gambar (atas) pada laman sosial facebook menyatakan bahawa gaji CEO SYABAS (Syarikat bekalan air Selangor) ialah RM800,000.00 sebulan. Macam tak logik pula tetapi selepas terbaca berita terbaru mengenai kerajaan Selangor mengambil alih serta menyusun semula perkhidmatan air Selangor barulah saya yakin kebenarannya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata "Contohnya kalau kita bayar gaji orang yang jadi ketua pegawai eksekutif SYABAS, saya ingat gajinya tak lebih daripada 10 peratus daripada gaji sekarang kepada (pengerusi eksekutif SYABAS) Tan Sri Rozali (Ismail)". Maksudnya jika 10% sahaja gaji diberikan berbanding gaji CEO sekarang, bermakna SYABAS ada lebihan RM720,000.00 setiap bulan atau RM8,640,000.00 setahun. Banyak tak wang yang akan dijimatkan untuk satu orang sahaja? Entah berapa ramai lagi yang dapat gaji melampau dalam SYABAS.
Ini bil air bulanan saya... (atas: Jan 2009 & bawah: Dec 2008)
Itu cerita di Selangor dibawah pimpinan PR, sekarang kita tengok pula apa cerita LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara) di Miri, Sarawak di bawah pimpinan BN. Saya mula bermastautin di Miri sejak tahun 2004 dan pada Januari 2009 LAKU telah mengenakan caj bulanan sewa meter air (meter rent) sebanyak 55sen untuk setiap meter. Kalau nak tahu berapa LAKU dapat setiap bulan dari sewa meter air, kira semua meter air milik LAKU dan darabkan dengan 55sen.

PRU12 berlangsung pada 8 Mac 2008 & pada tahun berikutnya caj tambahan berupa sewa dikenakan terhadap setiap meter air dibawah selengaraan LAKU.

Selangor (PR) dapat air bersih percuma tetapi di Miri, Sarawak (BN) caj tambahan dikenakan kepada pengguna air bersih selepas PRU12.

Tepuk dada tanya iman, undi anda adalah rahsia... (psssttt... tak lama lagi PRU13)

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.