*Saya amat meminati sebahagian penulisan di blog artikel ini namun ianya sering menghilang dan muncul sekali kala sahaja atas sebab-sebab tertentu. Tujuan saya salin & tampal di sini ialah untuk rujukan semata-mata. Terima kasih
|
Di dalam al-Qur'an, ada disebut beberapa kali bahawa kitab al-Qur'an ini diturunkan di dalam bahasa Arab untuk pendengar bahasa Arab, yakni supaya penerima mesej ini yang merupakan mereka dari kalangan penutur bahasa Arab boleh memahami isi kandungannya. Al-Qur'an juga berhujah bahawa jika ia diturunkan di dalam bahasa lain, maka orang-orang yang mendengarnya tidak akan berupaya memahaminya.
Di
dalam dakwaan ini, adanya kefahaman bahawa al-Qur'an itu adalah mesej
untuk orang-orang Arab, dan bukan untuk orang lain. Cuma kemudiannya,
dilihat bahawa mesej tentang al-Qur'an itu menjadi lebih universal dan
ditujukan kepada kaum-kaum lain juga. Tetapi asas bahawa al-Qur'an
diturunkan di dalam bahasa Arab itu perlu diberi perhatian, dan kita
ingin tahu kenapakah kitab yang didakwa sebagai kitab terakhir dari
pencipta alam semesta ini untuk dikomunikasikan kepada semua manusia,
perlu diturunkan di dalam bahasa Arab klasik, dan spesifik pula kepada
rantau Hijaz di Semenanjung Arab pada zaman kuno.
Jika
difikirkan betul-betul, sangat banyak masalah yang boleh dilihat dalam
menjawab persoalan ini. Bayangkan, pencipta alam semesta ini merasakan
cara terbaik untuk berhubung dengan manusia dan untuk menyelamatkan
mereka (dari dirinya sendiri), adalah dengan menurunkan sebuah kitab
dalam bahasa klasik, kepada kaum purba, di tengah padang pasir, dan kaum
purba yang tidak berpendidikan ini yang perlu sampaikan kepada penduduk
satu dunia. Aneh sekali.
Sebenarnya, Al-Qur'an
bukanlah diturunkan di dalam bahasa Arab kerana bahasa itu lebih mulia
dari pada bahasa lain, atau ia merupakan bahasa syurga, atau adanya
apa-apa keistimewaan tentang bahasa itu, seperti yang dipercayai oleh
ramai umat Islam. Bahkan, kepercayaan bahawa bahasa Arab itu merupakan
bahasa syurga sebenarnya adalah didasari oleh sebuah hadith yang terlalu lemah.
Bahasa Arab itu hanyalah sebuah bahasa dari sekalian banyak
bahasa-bahasa di dunia ini, ia mempunyai kelebihan dan keindahan
tersendiri, tetapi dalam masa yang sama, ada kekurangannya.
Dan
kekurangannya akan lebih kelihatan apabila kita melihat bahawa tulisan
Arab ketika zaman Muhammad adalah tulisan yang primitif jika dibanding
dengan sekarang, iaitu tiada sebarang titik untuk membezakan satu-satu
huruf itu. Hanya pembaca bahasa itu yang boleh memahaminya, itupun
mereka berbeza pendapat dalam cara membaca banyak huruf, maka timbullah perbezaan qiraat.
Al-Qur'an sendiri ada memberikan sebab kenapa ia perlu diturunkan di dalam bahasa Arab, yakni:
إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ قُرْءَٰنًا عَرَبِيًّۭا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ ٢
Sesungguhnya kami telah menurunkan al-Qur'an itu di dalam bahasa Arab supaya kamu memahaminya (Surah 12:2)
Nah,
inilah tujuan al-Qur'an diturunkan di dalam bahasa tersebut, yakni
supaya Muhammad dan orang-orang Arab boleh memahaminya. Pedulilah orang
lain yang tidak memahami bahasa ini, yang mana mereka hanya percaya
kepada Islam atas dasar ia "benar" tanpa memahami pun teks yang diimani
mereka, yang mana, yang penting adalah mereka boleh percaya kepada
Islam. Tetapi tujuan asalnya ditulis di dalam bahasa Arab, adalah supaya
orang-orang Arab boleh faham. Ia ditulis oleh orang Arab, untuk pembaca
Arab.
Ini sebenarnya menunjukkan tuhan itu mempunyai sifat Arab-centric, atau tumpuan melampau terhadap orang Arab, sehinggakan tuhan sendiri pun melebihkan orang Arab dan hanya peduli supaya mereka yang boleh memahami mesejnya. Walaupun bahasa Arab itu tidaklah disebut sebagai bahasa yang mulia atau istimewa, tetapi hakikat bahawa tuhan telah menggunakan medium bahasa ini untuk berkomunikasi dengan manusia, yang mana dia merasakan ia cara yang paling terbaik untuk berkomunikasi dengan manusia, menunjukkan tuhan itu Arab-centric.
Ini sebenarnya menunjukkan tuhan itu mempunyai sifat Arab-centric, atau tumpuan melampau terhadap orang Arab, sehinggakan tuhan sendiri pun melebihkan orang Arab dan hanya peduli supaya mereka yang boleh memahami mesejnya. Walaupun bahasa Arab itu tidaklah disebut sebagai bahasa yang mulia atau istimewa, tetapi hakikat bahawa tuhan telah menggunakan medium bahasa ini untuk berkomunikasi dengan manusia, yang mana dia merasakan ia cara yang paling terbaik untuk berkomunikasi dengan manusia, menunjukkan tuhan itu Arab-centric.
Bagaimana
dengan mereka yang tidak boleh memahami bahasa Arab, mereka yang
menggunakan bahasa-bahasa lain, seperti kita orang Melayu ini? Bagi
tuhan, ini tidak penting langsung. Yang penting, dia ingin dan mahu
supaya orang Arab faham kata-katanya, dan dia mahukan orang-orang Arab
ini untuk menyampaikan mesejnya kepada orang lain, jika orang-orang lain
ini tidak percaya kepada orang-orang Arab itu, maka nerakalah
tempatnya. Ini logik tuhan menurut Islam.
Sehingga
hari ini, majoriti manusia di atas muka bumi ini tidak memahami bahasa
Arab, terutamanya bahasa Arab klasik. Di kalangan bangsa Melayu juga
jumlah penutur bahasa Arab adalah terlalu sedikit, sangat sedikit
sehingga saya yakin yang membaca tulisan saya sekarang ini pun tidak
pandai berbahasa Arab. Ya, kita boleh belajar melalui terjemahan, dan
boleh menguasainya, bahkan saya sendiri pun mempunyai pengetahuan dan
boleh memahami bahasa Arab, kerana saya pernah belajar berguru. Tetapi
berapa ramai yang mempunyai ilmu ini? Dan berapa ramai yang mempunyai
kefahaman mendalam dan kefasihan yang tinggi? Teramat sedikit.
Sebenarnya,
kenapa kitab ini perlu "diturunkan" kepada audiens Arab sudahpun
disebut di dalam kitab ini, yakni mereka itu kononnya adalah
satu-satunya umat di dunia yang belum pernah lagi menerima seorang nabi
atau rasul pada kurun ke-7 Masihi itu, dan kononnya semua masyarakat
lain sebelumnya di atas muka bumi ini sudah pun pernah menerima nabi.
Maka tuhan merasakan perlu untuk mengutus nabi kepada mereka.
Lihat ayat di bawah:
وَلَـٰكِن رَّحْمَةًۭ مِّن رَّبِّكَ لِتُنذِرَ قَوْمًۭا مَّآ أَتَىٰهُم مِّن نَّذِيرٍۢ مِّن قَبْلِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
..tetapi
sebagai rahmat dari tuhanmu, supaya engkau memberi amaran kepada kaum
yang tidak didatangi sebarang pemberi amaran sebelummu, semoga mereka
beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya). (Surah 28:46)
Begitu juga Surah 34:44 dan 32:3, yang menyebutkan orang Arab belum pernah diutus seorang Nabi sebelumnya.
وَمَآ ءَاتَيْنَـٰهُم مِّن كُتُبٍۢ يَدْرُسُونَهَا ۖ وَمَآ أَرْسَلْنَآ إِلَيْهِمْ قَبْلَكَ مِن نَّذِيرٍۢ ٤٤
Dan
Kami tidak pernah memberi kepada mereka Kitab-kitab untuk mereka
membaca dan mengkajinya, dan Kami juga tidak pernah mengutus kepada
mereka sebelummu (wahai Muhammad) seseorang pemberi amaran (Surah 34:44)
أَمْ
يَقُولُونَ ٱفْتَرَىٰهُ ۚ بَلْ هُوَ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّكَ لِتُنذِرَ
قَوْمًۭا مَّآ أَتَىٰهُم مِّن نَّذِيرٍۢ مِّن قَبْلِكَ لَعَلَّهُمْ
يَهْتَدُونَ ٣
Bahkan mereka mengatakan: "Dia
lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". Bahkan,
Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya
engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum yang tidak didatangi
sebarang pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah
petunjuk. (Surah 32:4)
Berulang-ulang kali
al-Qur'an menyebutkan bahawa Muhammad diutuskan kepada suatu kaum yang
mana tidak pernah kaum itu menerima seorang pemberi amaran sebelumnya,
atau seorang Nabi.
Para ulama berbeza pendapat
tentang apakah perbezaan antara nabi dan rasul, tetapi saya akan
menggunakan dua istilah ini dengan maksud yang luas, yakni seorang
utusan dari tuhan, dan menghampiri kepada takrif yang digunakan oleh
al-Alusi di dalam tafsirnya Ruh al-Ma'ani, yang menyebutkan bahawa nabi
dan rasul adalah sama maksudnya, tetapi hanya konteks yang membezakan.
Yakni ketika mana seorang itu mendapat wahyu berita ghaib, dia dipanggil
nabi, manakala ketika dia ingin menyampaikan, dia dipanggil rasul.
Al-Qur'an juga menggunakan dua perkataan ini dengan bebas, dan memberi
makna yang seolah-olah ianya sama.
Al-Qur'an
mendakwa setiap kaum pernah diutus seorang nabi. Ini bermaksud kaum
Melayu juga pernah diutus seorang nabi satu ketika dahulu, hanya saja
orang Arab yang masih belum. Lihat ayat-ayat di bawah:
إِنَّآ أَرْسَلْنَـٰكَ بِٱلْحَقِّ بَشِيرًۭا وَنَذِيرًۭا ۚ وَإِن مِّنْ أُمَّةٍ إِلَّا خَلَا فِيهَا نَذِيرٌۭ ٢٤
Sesungguhnya
Kami mengutusmu dengan yang benar, sebagai pembawa berita gembira dan
pemberi amaran; dan tidak ada sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam
kalangannya dahulu seorang pemberi ingatan dan amaran. (Surah 35:24)
لِتُنذِرَ قَوْمًۭا مَّآ أُنذِرَ ءَابَآؤُهُمْ فَهُمْ غَـٰفِلُونَ ٦
Supaya
engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya
tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai. (Surah
36:6)
Jadi menurut
al-Qur'an, ini bermaksud orang-orang Melayu juga pernah menerima Nabi,
begitu juga orang Iban dan orang Kadazan. Ini juga disebut di dalam
Surah 16:36 dan 10:47, yang mana setiap umat pernah dihantar pemberi
peringatan, yakni seorang nabi atau rasul. Dan setiap daripada nabi-nabi
ini, diutuskan dengan bahasa-bahasa kaumnya sendiri, dalam hal
Muhammad, dia merupakan penutur bahasa Arab, untuk orang Arab, maka dia
telah menerima al-Qur'an di dalam bahasa Arab:
وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِۦ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ
Dan
Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya
supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka (Surah 14:4)
Menyampaikan
ajaran dari tuhan dengan bahasa kaumnya sendiri, adalah supaya nabi itu
boleh menerangkan kepada kaumnya, dan kaumnya juga boleh memahami dan
menilai sendiri ajaran yang ingin disampaikan. Bahkan Surah 42:7
menyebutkan secara jelas bahawa isi kandungan al-Qur'an itu adalah untuk
penduduk Umul Qurra, iaitu Mekah, dan penduduk di sekitarnya, iaitu
orang-orang di sekitar Mekah.
وَكَذَٰلِكَ
أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ قُرْءَانًا عَرَبِيًّۭا لِّتُنذِرَ أُمَّ ٱلْقُرَىٰ
وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنذِرَ يَوْمَ ٱلْجَمْعِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ فَرِيقٌۭ
فِى ٱلْجَنَّةِ وَفَرِيقٌۭ فِى ٱلسَّعِيرِ ٧
Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk di sekelilingnya, (Surah 42:7)
Nah,
jadi apa pula logiknya, ketikamana al-Qur'an yang berbahasa Arab ini
disampaikan kepada orang-orang yang tidak pandai berbahasa Arab?
Bukankah itu bermaksud mesejnya akan hilang, dan tujuan asal sesuatu
mesej itu disampaikan kepada kaum itu dengan bahasa sendiri, yakni untuk
difahami mereka sepertimana yang disebut oleh al-Qur'an sendiri, sudah
tidak tercapai? Kitab yang sepatutnya menjadi pedoman sepanjang zaman
untuk seluruh umat manusia, diberikan di dalam hanya satu bahasa.
Majoriti
besar orang-orang Islam masa kini tidak memahami dan tidak boleh
bertutur pun di dalam bahasa Arab, lagi-lagi bahasa Arab klasik, dan
hanya mempercayai Islam atas dasar kerana ia merupakan kepercayaan nenek
moyang mereka. Mereka bukan beriman kerana mereka faham isi kandungan
kitab mereka (sebenarnya sangat sedikit yang meluangkan masa membaca
kitab itu pun, atau mengetahui isi kandungannya), cuma mereka beriman
atas dasar apa yang diberitahu kepada mereka, walaupun perkara itu tidak
ada pun di dalam al-Qur'an mereka.
Ini
berbahaya, kerana ia bermakna orang ramai hanya mengikuti secara membabi
buta. Patuh dan tunduk, dan tidak bertanya kerana memang tidak faham
teks asal.
Atas dasar ini, tujuan asal
al-Qur'an diturunkan di dalam bahasa Arab iaitu supaya orang memahami
kandungannya, sudah hilang kesan sebaik sahaja kitab ini disampaikan
kepada mereka yang tidak berbahasa Arab. Jika memang itu tujuan untuk
berkomunikasi (seperti yang disebut di dalam al-Qur'an sendiri), kenapa
hanya diturunkan di dalam bahasa Arab, dan tidak dalam bahasa-bahasa
lain? Lihatlah:
1) Al-Qur'an diturunkan di dalam bahasa Arab ---> supaya orang Arab boleh memahaminya.
2) Orang-orang bukan Arab tidak memahami bahasa Arab ---> Al-Qur'an tetap diturunkan di dalam bahasa Arab
Ia
tidak masuk akal, dan bertentangan dengan ayat-ayat yang menyebutkan
al-Qur'an diturunkan di dalam bahasa yang supaya pendengarnya boleh
faham, dan bahkan ia tidak adil. Kononnya sebelum Muhammad, pernah
diutus nabi di zaman Ibrahim, tetapi akibat sudah terlalu lama, maka
diutusnya lagi kepada Muhammad. Tetapi bagaimana dengan umat-umat lain?
Jika ingin dikatakan umat-umat lain juga pernah menerima kitab di dalam
bahasa masing-masing, atau nabi yang pernah berdakwah menggunakan bahasa
masing-masing, di manakah ia semua? Kenapa tiada tinggalan? Seolah-olah
ia semua tidak wujud?
Kenapa al-Qur'an hanya menekankan kitab-kitab yang diturunkan di Timur Tengah, terutamanya kitab-kitab Zabur, Taurat dan Injil, yang mana ketiga-tiganya kitab dari tradisi Yahudi-Kristian dari Timur Tengah? Sungguh terhad worldview al-Qur'an. Tetapi umat Islam masih mendakwa ia agama universal.
Kenapa al-Qur'an hanya menekankan kitab-kitab yang diturunkan di Timur Tengah, terutamanya kitab-kitab Zabur, Taurat dan Injil, yang mana ketiga-tiganya kitab dari tradisi Yahudi-Kristian dari Timur Tengah? Sungguh terhad worldview al-Qur'an. Tetapi umat Islam masih mendakwa ia agama universal.
Kesimpulan
Benarkah ini cara terbaik untuk berkomunikasi dengan manusia, dan menghilangkan keraguan? Umat Islam akan mengatakan suka hati tuhanlah nak buat apa, tetapi perhatikan, ia satu tindakan oleh tuhan yang cukup aneh dan hanya menimbulkan fitnah, bahkan ia tidak menghilangkan keraguan. Al-Qur'an berkali-kali menyebutkan ia kitab yang jelas dan menghilangkan keraguan, tetapi benarkah? Jelas sekali, tidak benar.
Al-Qur'an berulang-kali
menyebutkan ia diturunkan di dalam bahasa Arab supaya orang Arab boleh
memahaminya. Masalah timbul, jadi bagaimana dengan kita ini, yang
rata-rata tidak boleh berbahasa ini? Apa istimewanya orang Arab sampai
tuhan peduli sangat hendak berkomunikasi dengan mereka, untuk mereka
faham, dan meminta mereka pula menjadi wakil tuhan kepada kita semua?
Benarkah ini cara terbaik untuk berkomunikasi dengan manusia, dan menghilangkan keraguan? Umat Islam akan mengatakan suka hati tuhanlah nak buat apa, tetapi perhatikan, ia satu tindakan oleh tuhan yang cukup aneh dan hanya menimbulkan fitnah, bahkan ia tidak menghilangkan keraguan. Al-Qur'an berkali-kali menyebutkan ia kitab yang jelas dan menghilangkan keraguan, tetapi benarkah? Jelas sekali, tidak benar.
Sebenarnya,
al-Qur'an itu muncul di rantau Arab kerana Muhammad sendiri terpengaruh
dengan fahaman dan tradisi Kristian dan Yahudi yang menebal di rantau
itu. Kerana itulah cerita-cerita di dalam al-Qur'an mengambil
watak-watak dari Bible untuk dijadikan sebagai isi kandungannya. Pada
waktu itu belum ada Bible yang diterjemah ke dalam bahasa Arab, dan
orang-orang Arab hanya mengulangi cerita-cerita Bible secara lisan,
dalam pemahaman mereka sendiri.
Maka Muhammad
juga merasakan sepatutnya ada kitab agama yang berbahasa Arab untuk
disampaikan kepada mereka, dan juga supaya dijadikan satu kitab bagi
mewakili identiti masyarakat Arab. Dia dan beberapa orang daripada
komunitinya berjaya menghasilkan kitab ini, hasil daripada mengambil
cerita-cerita yang ada di rantau sekeliling dan mengulangi serta
mengolahnya dengan cara tersendiri (termasuk mengubah banyak
perincian).
Kitab ini asalnya adalah untuk
mereka, tetapi kemudiannya dia merasakan ia perlu disampaikan kepada
orang di luar rantau mereka, maka tersebarlah ia dengan cara peperangan
dan setelah itu dengan dakwah, yang menyebarkan pengaruh agama ini.
Orang ramai memeluk Islam, tetapi bukan semuanya masuk secara ikhlas
atau masuk setelah mendapatkan ilmu yang mendalam. Banyak yang masuk
atas dasar penipuan dan ilmu yang cetek, yang disampaikan oleh
pengikut-pengikut Muhammad ini. Ramai yang memeluk Islam hanya atas
dasar mereka rasa kepercayaan kepada satu tuhan itu menarik, tanpa
langsung mengetahui isi kandungan al-Qur'an atau masalah-masalah yang
wujud di dalam agama itu.
Dan setelah masuk
Islam, adalah menjadi kesalahan pula untuk keluar selepas itu, maka
berkembanglah agama Islam, walaupun orang tidak memahami kitabnya.