Saturday, 5 September 2026

TOP power tool charger

Power tool berjenana TOP ini pernah saya baiki dan anda boleh rujuk di sini.

4.0Ah Li-ion battery

Walaupun label pada bateri tercatat 98V namun bila diukur menggunakan multimeter cuma 21v sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

21v
Alat pengecas yang digunakan juga dilabel 21v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Charger output - 21v

Sewaktu dicas, lampu merah menyala dan bertukar ke warna hijau setelah penuh dicas.

Charging - red

Pastikan guna pengecas asal atau pengecas dengan voltan yang sesuai sewaktu membeli pengecas baru menggantikan yang rosak.

Fully charged - green

Selamat berDIY...

Tuesday, 1 September 2026

QTT195

Pada 30/08/2026 lepas saya memandu dari kediaman saya, Senadin menuju ke e-mart, Tudan dan tiba-tiba ada sebuah kereta memotong saya dari kiri guna laluan kecemasan.

QTT195

Apa yang berlaku setelah mengetahui ada kereta memotong saya dari sebelah kiri, saya perlahankan kereta dan dia juga memperlahankan keretanya.

Bila dia perlahankan kereta, saya lajukan semula namun dia turut dengan kelajuan sama dan akhirnya memotong serta memperlahankan keretanya di depan saya.

Dalam masa yang sama dia keluarkan tangan tunjuk sesuatu seolah-olah mengajak saya untuk berlumba. 

Saya pada mulanya abaikan sahaja namun dia memberhentikan terus kereta di depan saya. Saya potong dia namun dia terus melajukan keretanya tidak mahu dipotong dan berhenti di depan saya semula.

Kebetulan kedudukan berhenti ada simpang kiri, maka saya pun masuk simpang tersebut.

Apa yang mengejutkan saya selepas itu ialah dia kejar saya sehingga saya keluar semula ke jalan utama.

Apa yang melegakan selepas itu ialah dia tidak lagi berada di belakang saya lagi namun sewaktu menunggu di lampu trafik, tiba-tiba dia muncul semula tetapi berada selang satu laluan seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.

Dia masih lagi mengeluarkan tangan tunjuk sesuatu yang tidak puas hati namun selepas lampu merah bertukar ke hijau dia yang tidak lagi berada di laluan sama pergi entah ke mana. Begitu lah berakhirnya episod yang bagi saya 'adrenaline rush'.

Laporan polis

Dalam perjalan berikutnya, saya masih tidak tahu apa puncanya dan berakhir dengan membuat laporan polis untuk rekod.

Viral di MIRI community

Pada keesokkanya (31/8/2026), saya membuat satu hantaran (posting) di page MIRI community seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan anda boleh rujuk di sini.

Ramai juga yang terkena...

Tidak lama selepas itu tuan punya kereta buat posting dan muatnaik video kejadian tidak puas hatinya di sini.

Saya minta orang ramai berhati-hati bila terserempak kereta tersebut namun dia cuba alihkan perhatian kata saya melulu keluar simpang masuk bulatan. 

Klip video di atas saya rakam guna 'screen recorder' untuk rekod sendiri. Setelah ulang tonton beberapa kali saya dapati pemandu tersebut sengaja buat masalah dengan melajukan kereta dari 20kmj ke 40kmj setelah ternampak saya masuk ke bulatan (roundabout) dan mahu memotong saya dari kiri namun terbantut sebab ada kereta Myvi di depan.

Jelas kelihatan dia turut memperlahankan kereta bila saya perlahankan kereta untuk memberi laluan kepadanya namun tidak juga memotong pada mulanya.

Klip video yang dimuatnaik hanya untuk alih perhatian orang ramai kata saya masuk bulatan melulu.

Sebagi pemandu berpuluh tahun, saya yakin selamat sewaktu masuk bulatan tersebut sebab dia masih jauh dengan kelajuan perlahan yang telah dibuktikan melalui videonya sendiri.

Sah dia sengaja buat masalah...

Saya baca semua komen postingnya dan dapat kesimpulan bahawa tuan punya kereta tersebut memang sengaja buat masalah seperti boleh dilihat pada komennya di atas.

Saya pasti dia telah lakukan benda yang sama kepada pengguna jalan raya lain berdasarkan komen orang ramai pada posting saya.

Ini lah pembuli jalan raya yang saya jumpa selama berpuluh tahun memandu.

Apa tujuan dia kejar saya? Sewaktu kejadian kejar mengejar, saya memang sudah bersedia jika dia berjaya kejar saya dan turun kereta, saya pasti akan LANGGAR dia sebelum dia melakukan sesuatu terhadap saya guna undang-undang di tangan sendiri.

Renung-renungkan...