Sunday, 8 March 2026

2286S kid electric motorcycle repair

Bulan lepas saya kutip sebuah motosikal elektrik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Tujuan asal saya kutip ialah nak ambil komponen elektrik di dalamnya.

2286S kids motorcycle...

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki kereta elektrik kanak-kanak dan anda boleh rujuk di sini.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka, saya dapati kesemua bahagian masih elok serta tidak rapuh dan cuma majotiti wayarnya telah putus digigit tikus.

Setelah dibersihkan...

Klip video di bawah ialah keadaan papan litar setelah pendawaiaan asasnya telah saya sambung dan diuji.

Memandangkan bahagian pendawaiaannya telah berjaya saya baiki, saya bersihkan semua bahagian plastik dan dipasang kembali.

Pasang kembali...

Untuk pengetahuan semua, pendawaiaannya sangat mudah iaitu bermula dengan bekalan bateri 6vdc ke papan litar. Dari papan litar dua wayar kuning disambung ke speaker untuk menghasilkan suara. Wayar ke motor pula disambung terus pada suis dan cuma boleh bergerak ke hadapan serta mundur ke belakang sahaja.

Bahagian belakang PCB...

Wayar merah & hitam dari papan litar pula disambung kepada semua lampu LED secara selari serta berkelip-kelip bila suis dihidupkan. 

Pasang PCB serta suis...

Setelah siap dipasang kembali, ianya kelihatan baru seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siap...

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya dan masih boleh digunakan lagi. 

Selamat berDIY...

Thursday, 5 March 2026

Take Me To Your Heart - MLTR

G
Hiding form the rain and snow
          Em
Trying to forget but I won't let go,
C
Looking at a crowded street,
D
Listening to my own heartbeat...

Em      Bm     C   D         G
So many people all around the world
Em               Bm     Am               D
Tell me where do I find someone like you girl...

                G                     Em
Take me to your heart, take me to your soul,
             C               D
Give me your hand before I'm old,
             G                      Em
Show me what love is - haven't got a clue,
             C              D
Show me that wonders can be true,
         Bm           Em
They say nothing last forever,
      Am        D
We're only here today,
Bm             Em
Love is now or never,
Am           D
Bring me far away...
                G                     Em
Take me to your heart, take me to your soul,
             C        D
Give me your hand and hold me,
             G              Em
Show me what love is - be my guiding star,
     Am     D              G
It's easy - take me to your heart... 
 
Am D Am D, G Em C F# B


G
Standing on a mountain high,
               Em
Looking at the moon through a clear blue sky,
C
I should go and see some friends,
    D
But they don't really comprehend...
Em                  Bm             C      D  G
Don't need too much talking without saying anything.
Em            Bm       C                 D
All I need is someone who makes me wanna sing...


                G                     Em
Take me to your heart, take me to your soul,
             C               D
Give me your hand before I'm old,
             G                      Em
Show me what love is - haven't got a clue,
             C              D
Show me that wonders can be true,
         Bm           Em
They say nothing last forever,
      Am        D
We're only here today,
Bm             Em
Love is now or never,
Am           D
Bring me far away...
                G                     Em
Take me to your heart, take me to your soul,
             C        D
Give me your hand and hold me,
             G              Em
Show me what love is - be my guiding star,
     Am     D              G
It's easy - take me to your heart...

Monday, 2 March 2026

F&D F6000 5 .1 multimedia speaker repair

Pada 21/02/2026 lepas saya kutip satu set home theater berjenama F&D model F6000 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

F&D F6000 5.1 multimedia speaker

Pemilik telah membeli 'home theater' yang baru berjenama Denn model DLA-HT4880BO sebagai pengganti.

Model: F6000

Setelah dibekalkan arus elektrik, ianya boleh dihidupkan namun indikator berkelip-kelip dan butang 'standby' gagal berfungsi bila ditekan.

Tact switch rosak...

Saya buka panel bahagian hadapan dan papan litarnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

4.3mm tact switch...

Saiz 'tact switch' yang digunakan ialah 4.3mm dan saya gantikan semua 4 biji sebab ianya tiada keterusan bila diperiksa menggunakan multimeter.

Siap...

Untuk pengetahuan semua, multimedia speaker ini kembali berfungsi semula setelah dengan hanya menggantikan 4 biji suis sahaja.

Komponen yang rosak...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...