Friday, 5 December 2025

V380 WiFi cctv repair

Sebelum ini saya banyak kongsikan pengalaman dirujuk CCTV dengan masalah 'power supply'.

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah CCTV dengan masalah gagal berfungsi dan setelah diperiksa kerosakkannya pada sebiji IC audio seperti telah saya tunjukkan pada klip video di atas.

Litar pintas pada audio IC...

Nombor rujukan IC tersebut ialah LTK8002D dan alat gantinya saya beli melalui dalam talian namun menerima alat ganti dengan  nombor rujukan yang sedikit berbeza iaitu 8002A.

LTK8002D - single channel audio power amplifier

Pemeriksaan pada 'datasheet' mendapati ianya komponen serupa namun berbeza kuasa output seperti berikut:-

  1. LTK8002D - 2.9W (4Ω load)
  2. 8002A - 2.0W (4Ω load) or 1.5W (8Ω load)

Gantikan LTK8002D dengan 8002A

CCTV ini berjaya dibaiki setelah IC audio yang rosak telah saya gantikan menggunakan 8002A.

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya setelah dibaiki. Saya yakin speaker yang digunakan tidak memerlukan kuasa sehingga 2.9W. Jadi, IC dengan nombor rujukan 8002A boleh digunakan tanpa masalah.

Selamat berDIY... 

Tuesday, 2 December 2025

Samsung inverter fridge control PCB (DA41-00817A) repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah papan litar untuk peti sejuk inverter berjenama Samsung dengan masalah gagal berfungsi.

Samsung inverter fridge PCB (DA41-00817A)

Nombot rujuka papan litar ok ini ialah DA41-00817A atau B123X197 1414 ED00104581 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

C/D: DA41-00817A (B123X197)

Pemeriksaan dengan mata kasar pada papan litar menemui power IC meletup seperti boleh dilihat pada gambar di bawah

Power IC meletup...

Nombor rujukan power IC tersebut hanya diketahui setelah serpihan yang pecah ditemui seperti boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu TOP253PN.

Serpihan yang pecah - TOP253PN

Selain power IC, fius juga turut putus dengan rating 2A jelas tertera pada papan litar.

Fius 2A putus...

Setelah kedua-dua komponen rosak di atas diganti, pemeriksaan menyeluruh seterusnya tidak menemui sebarang komponen lain yang rosak.

Gantikan power IC yang baru...

Bagi mastikan ianya telah berjaya dibaiki, saya bekalkan arus elektrik melalui 2 pin yang telah ditandakan pada gambar di bawah.

Sambungan bekalan elektrik...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.


Selamat berDIY... 

Saturday, 29 November 2025

Aspen TA0912 electric food chopper with garlic peeler

Bulan lepas saya telah dirujuk sebuah pengisar produk Cosway model RA0911 dengan masalah kelajuan rendah gagal berfungsi bila ditekan. 

Aspen RA0911 electric food chopper

Menurut label, pengisar ini juga boleh digunakan untuk mengupas kulit bawang putih (garlic).

Product code: RA0911

Saya tidak berpeluang menguji pengisar ini untuk mengupas kulit bawang putih sebab pemilik hanya hantar dengan mata pisau pengisar sahaja.

Buka penutup bawah...

Gambar di atas dan di bawah adalah keadaan bahagian dalam setelah penutupnya telah dibuka.

Diode FR207 putus...

Pemeriksaan dengan menggunakan multimeter mendapati sebiji diode putus serta pecah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Nombor rujukan diod tersebut ialah FR207 dengan rating 2A, 1000v.

Pasang cebisan yang pecah, angka 7...

Masalah kelajuan rendah gagal berfungsi selesai setelah diod yang rosak telah saya gantikan dengan yang baru.

Gantikan diode baru...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Wednesday, 26 November 2025

TH18 wall upgrading

TH18 telah diperkenalkan pada 17/11/2025 dan saya kini dalam proses menaik taraf mana-mana yang perlu.

Wall L18 vs L19 (TH18)

Bangunan pertama yang saya naik taraf sudah semestinya 'town hall' diikuti 'hero hall' serta 'laboratory'. Troops pertama yang saya naik taraf ialah electro dragon.

Clan Castle Cake...

Saya juga membeli wizard tower yang baru serta revenge tower. Dalam masa yang sama saya juga gabungkan dua wizard tower menjadi super wizard tower.

Jumlah wall baru hari ke-2 (109)

Jumlah dinding (wall) masih kekal 325 dan buat masa ini hanya 125 sahaja dibenarkan naik taraf dengan 10 juta gold setiap satu.

Saya naik taraf kesemua 125 wall dalam masa 3 hari dengan bantuan 'clan castle cake' seperti berikut:- 

  • Hari pertama - 33 wall
  • Hari ke-2 - 76 wall
  • Hari ke-3 - 16 wall 

Hari ke-2 (16 wall belum dinaiktaraf)

Begitu lah sebahagian yang telah saya laksanakan setakat ini dan dari masa ke semasa jumlah dinding akan bertambah sehingga kesemua 325 perlu dinaiktaraf.

Siap fasa 1 - 125 wall (25/11/2025)
Saya akan kemaskini lagi setelah fasa ke 2 diluncurkan kelak. 

Sunday, 23 November 2025

光辉岁月 - Beyond

光辉岁月 (Guang hui sui yue) 

Intro - E, B, C#m, G#m, A, B, E, B

      or (C, G, Am, Em, F, G, C, G) - capo 4th fret

一生要走多远的路程
yi sheng yao zou duo yuan de lu cheng
经过多少年
jing guo duo shao nian
才能走到终点
cai neng zou dao zhong dian
梦想需要多久的时间
meng xiang xu yao duo jiu de shi jian
多少血和泪
duo shao xue he lei
才能慢慢实现
cai neng man man shi xian
天地间任我展翅高飞
tian di jian ren wo zhan chi gao fei
谁说那是天真的预言
shui shuo na shi tian zhen de yu yan
风中挥舞狂乱的只手
feng zhong hui wu kuang luan de zhi shou
写下灿烂的诗篇
xie xia can lan de shi pian
不管有多么疲倦
bu guan you duo me pi juan
潮来潮往世界多变迁
chao lai chao wang shi jie duo bian qian
迎接光辉岁月
ying jie guang hui sui yue
为它一生奉献
wei ta yi sheng feng xian
一生要走多远的路程
yi sheng yao zou duo yuan de lu cheng
经过多少年才能走到终点
jing guo duo shao nian cai neng zou dao zhong dian
孤独地生活黑色世界
gu du di sheng huo hei se shi jie
只要肯期待希望不会幻灭
zhi yao ken qi dai xi wang bu hui huan mie

Thursday, 20 November 2025

TH18 (17/11/2025)

Tahun lepas TH17 diperkenalkan pada 25/11/2024 sehari selepas hammer jam tamat.

TH18

Tahun ini proses yang sama berulang dan menyasikan TH18 diperkenalkan setelah hammer jam tamat pada 17/11/2025.

Setelah TH17 dinaiktaraf ke TH18, gambar di atas ialah bangunan yang diperkenalkan dengan kenaikkan satu level dan kesemuanya memerlukan sekurang-kurangnya 13 hari atau lebih untuk disempurnakan.

TH18 kini di jaga oleh guardians dengan dua pilihan iaitu longshot & smasher seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Longshot & smasher

Dalam masa yang sama, 2 wizard tower digabungkan menjadi super wizard tower dengan 29 juta gold dan memerlukan 13 hari untuk disiapkan seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Bangunan pertahanan baru yang diperkenalkan pula ialah revenge tower dan memerlukan tempoh 13 hari untuk diselesaikan.

Sebuah wizard tower yang baru juga ditambah dan harus dibina dari level 1 sehingga level 17. 

Revenge tower...

Dari masa ke semasa, pihak COC akan memperkenalkan bangunan baru untuk dinaiktaraf dan saya berpandangan ianya mungkin gagal disempurnakan dalam masa setahun.

Monday, 17 November 2025

Gitar murah guna papan lapis (plywood)

Gitar elektrik ini saya beli dengan harga RM150 pada tahun 2012. Harganya tersangat murah sebab ada masalah 'buzzing' dan dilelong oleh pemilik asal kepada saya.

Gitar berjenama Fandar...

Masalah buzzing telah saya atasi setelah membuat levelling pada fretboard dan berfungsi seadanya sehingga baru-baru ini fretnya telah haus dan saya buka untuk menggantikannya.

Diperbuat daripada kayu papan lapis...

Setelah lebih sepuluh tahun baru saya tahu ianya diperbuat daripada papan lapis seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Beli 'solid wood'...

Dipendekkan cerita, saya telah membeli sebuah badan gitar kayu dalam talian dan ianya adalah hasil dari gabungan 6 keping kayu seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Gabungan 6 batang kayu...

Saya beli badan gitar tersebut dengan harga RM61.88 sahaja dan perlu melakukan 'sanding' serta sedikit pelarasan pada bahagian sambungan 'neck' gitar agar tali gitar tidak tinggi serta mudah ditekan sewaktu memetik gitar 

Gambar di atas dan di bawah ialah kayu pada badan gitar yang pecah di baiki penjual menggunakan habuk kayu yang pada badan gitar yang saya beli

Gambar di bawah adalah rupa gitar setelah badannya telah saya gantikan dengan kayu dan untuk pengetahuan semua, ianya tiada kesan atau perubahan pada bunyi yang dihasilkan.

Berwajah baru...

Badan gitar tanpa cat kelihatan unik namun ianya mudah kotor dan akan berubah warna jika terkena peluh atau wax badan kita.

Sapu varnis...

Bagi mengatasi masalah kotor, saya sapukan beberapa lapis cat varnis (shellac) dan penampilannya kini adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siap...

Selamat berDIY...

Friday, 14 November 2025

Aplikasi Shopee mengubah kenyaringan suara telefon

Sejak bulan lepas saya perasan kenyaringan suara pada telefon bimbit saya sering berubah dan banyak panggilan tidak terjawab sebab tidak kedengaran.

Pada mulanya saya berpendapat kemungkinan ianya disebabkan kutu (bug) pada aplikasi dan ianya biasa akan hilang setelah beberapa hari. 

Masalah ini berlarutan sehingga ke bulan ini dan ianya berpunca dari aplikasi Shopee seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

auto-adjusted down...

Saya telah membuat aduan kepada Shopee namun ianya tetap sama sehingga ke hari ini. 

Jika aplikasi boleh mengubah tetapan (setting) pada telefon kita, kemungkinan sangat tinggi ianya juga boleh mencuri data pribadi dari telefon kita seperti maklumat kewangan bank dan sebagainya.

Contoh yang terbaik ialah insiden pager meletup serentak berlaku tidak lama dahulu di Palestine yang disyaki dilakukan oleh pakar Isreal menentang pengganas Hamas.

Mungkin kita boleh berfikiran positif dalam isu ini sebab teknologi pager adalah teknologi lama dan sistem keselamatannya sangat rendah.

Sistem telekomunikasi kini lebih canggih berbanding sistem pager dahulu namun dari dahulu lagi saya sangsi serta kurangkan penggunaannya dengan menutup mana-mana yang tidak diperlukan.

Saya sentiasa mentutup lokasi (location) pada telefon bimbit saya untuk elak diketahui keberadaan saya namun dalam masa yang sama saya juga perasan aplikasi tertentu masih boleh mengetahui kedudukan kita. 

Nearby - 1 mile (1 batu)

Sebagai contoh jika kita melawat marketplace pada meta (facebook), ianya boleh memberitahu kita lokasi penjual seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan di bawah.

Kemungkinan aplikasi meta mengetahui kedudukan kita berbanding penjual melalui lokasi pencawang telekomunikasi namun saya juga percaya mereka boleh mengakses (access) lebih banyak daripada yang kita tahu.

Adakah maklumat pada telefon kita selamat serta terpelihara? Renung-renungkan...

Thursday, 13 November 2025

Wong Yuk Ching

Kakak saya meninggal dunia pada 13/11/2025

Dilahirkan pada 17/03/1970 dan punca kematian adalah disebabkan oleh kegagalan jantung. 

Acute coronary symptom

Penyakit yang menjurus kepada kegagalan jantungnya ialah diabetes (kencing manis) yang tidak terkawal...

Tuesday, 11 November 2025

Diskaun RM30 Lesen memandu 10 tahun

Gambar tangkap layar di bawah saya ambil dari akaun pribadi meta (facebook) dan ianya adalah jenaka 10 tahun yang lalu sewaktu memperbaharui lesen memandu di pejabat pos.

Lawak tahun 2015...

Semalam (10/11/2025) saya telah memperbaharui lesen memandu di UTC dan kini boleh memperbaharui selama 10 tahun semula dengan diskaun RM30.

Sah hingga tahun 2036...

Gambar di atas ialah resit pembayaran sebanyak RM270.00 untuk tempoh 10 tahun dan kini sah sehingga tahun 2036.

2005 boleh memperbaharui lesen 10 tahun...

Saya tidak pasti apa alasan sebenar kenapa tempoh pembaharuan lesen sebelum ini dihadkan kepada 5 tahun sedekad lalu.

Saturday, 8 November 2025

How often do you replace drain plug washer?

Hari ini saya kongsikan pengalaman sendiri selama 20 tahun tanpa menggantikan washer/gasket sewaktu menukar minyak injin.

Setahu saya ada dua jenis gasket/washer yang banyak digunakan iaitu diperbuat daripada tembaga dan aluminium.

Selama 20 tahun saya telah gunakan gasket tembaga yang sama pada kereta sendiri dan tiada kebocoran sehingga blog ini ditulis. 

Adakah kita perlu menukar gasket/washer setiap kali menukarkan minyak injin? 

Renung-renungkan...

Wednesday, 5 November 2025

Hino 300 series instrument cluster repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk 'instrument cluster' atau meter kereta berjemama Hino dengan masalah paparan pada skrin LCD kabur.

Hino 300 instrument cluster

Gambar di bawah ialah keadaan skrin LCD setelah penutup dibuka dan jelas kelihatan lapisan atas skrin telah berkedut.

LCD...

Setelah dikeluarkan serta diperiksa, kerosakkannya ialah pada lapisan polariser atas sahaja.

Polariser rosak...

Polariser mudah rosak jika melibatkan haba panas akibat kereta sering ditinggalkan serta dijemur dibawah terik matahari.

Buka polariser rosak...

Cara membaikinya ialah dengan mengggantikan lapisan polariser sahaja. Polariser lama perlu dibuka dan bersihkan gam yang masih melekat pada skrin.

Gantikan polariser yang baru...

Polariser LCD seperti ini berbeza dengan polariser TV yang mempunyai darjah (degree) tertentu. Pastikan anda beli polariser 0° untuk mengggantikannya.

Siap..

Gambar di bawah dihantar oleh pemilik kepada saya setelah mengujinya dan ianya kini tidak kabur lagi.

Tested - ok

Klip video di bawah adalah singkatan untuk keseluruhan proses menggantikan polariser pada skrin LCD di atas.

Selamat berDIY...