Friday, 5 December 2025

V380 WiFi cctv repair

Sebelum ini saya banyak kongsikan pengalaman dirujuk CCTV dengan masalah 'power supply'.

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah CCTV dengan masalah gagal berfungsi dan setelah diperiksa kerosakkannya pada sebiji IC audio seperti telah saya tunjukkan pada klip video di atas.

Litar pintas pada audio IC...

Nombor rujukan IC tersebut ialah LTK8002D dan alat gantinya saya beli melalui dalam talian namun menerima alat ganti dengan  nombor rujukan yang sedikit berbeza iaitu 8002A.

LTK8002D - single channel audio power amplifier

Pemeriksaan pada 'datasheet' mendapati ianya komponen serupa namun berbeza kuasa output seperti berikut:-

  1. LTK8002D - 2.9W (4Ω load)
  2. 8002A - 2.0W (4Ω load) or 1.5W (8Ω load)

Gantikan LTK8002D dengan 8002A

CCTV ini berjaya dibaiki setelah IC audio yang rosak telah saya gantikan menggunakan 8002A.

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya setelah dibaiki. Saya yakin speaker yang digunakan tidak memerlukan kuasa sehingga 2.9W. Jadi, IC dengan nombor rujukan 8002A boleh digunakan tanpa masalah.

Selamat berDIY... 

Tuesday, 2 December 2025

Samsung inverter fridge control PCB (DA41-00817A) repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk sebuah papan litar untuk peti sejuk inverter berjenama Samsung dengan masalah gagal berfungsi.

Samsung inverter fridge PCB (DA41-00817A)

Nombot rujuka papan litar ok ini ialah DA41-00817A atau B123X197 1414 ED00104581 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

C/D: DA41-00817A (B123X197)

Pemeriksaan dengan mata kasar pada papan litar menemui power IC meletup seperti boleh dilihat pada gambar di bawah

Power IC meletup...

Nombor rujukan power IC tersebut hanya diketahui setelah serpihan yang pecah ditemui seperti boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu TOP253PN.

Serpihan yang pecah - TOP253PN

Selain power IC, fius juga turut putus dengan rating 2A jelas tertera pada papan litar.

Fius 2A putus...

Setelah kedua-dua komponen rosak di atas diganti, pemeriksaan menyeluruh seterusnya tidak menemui sebarang komponen lain yang rosak.

Gantikan power IC yang baru...

Bagi mastikan ianya telah berjaya dibaiki, saya bekalkan arus elektrik melalui 2 pin yang telah ditandakan pada gambar di bawah.

Sambungan bekalan elektrik...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.


Selamat berDIY...