Baru-baru ini saya menerima e-mail dari sebuah bank tempatan menawarkan kadar faedah yang sangat menarik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
|
MBSB Bank
|
Rata-rata faedah simpanan tetap di bank kini kira-kira 4% p.a. (setahun) namun iklan diatas menawarkan 5.85% p.a. dan saya yakin ianya amat menarik perhatian orang ramai.
Jika diperhatikan jadual dengan tulisan kecil seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, bahagian hujung yang telah saya tandakan tertera 'effective profit rate' atau singkatan EPR dan kadarnya cuma 4.00% dan 4.40% p.a. sahaja.
|
Effective Profit Rate (EFR)
|
Apa itu EFR? EFR ialah purata faedah yang penyimpan bakal dapat dan bukannya 5.85%.
Syarat untuk dapatkan faedah 5.85% ialah penyimpan perlu simpan 25% dalam simpanan semasa dengan kadar 0.05% sahaja.
Untuk mudahkan kira-kira, katakan anda labur RM10k untuk tawaran di atas. 75% simpanan tetap sebanyak RM7,500.00 dan 25% simpanan semasa sebanyak RM2,500.00.
- Faedah simpanan tetap setahun ialah 7,000 x 5.85% = RM438.75
- Faedah simpanan semasa pula ialah 2,500 x 0.05% = RM1.25
Jumlah faedah dari simpanan di atas ialah 438.75 + 1.25 = RM440.00
Jadi EPR ialah 440 ÷ 10,000 x 100 = 4.40%
Ramai tahu proses membuka akaun di bank kini tidak mudah namun tujuan tawaran di atas secara tidak langsung menggalakkan pendeposit membuka akaun di bank mereka dengan harapan urusan pada bank lain akan berpindah ke bank mereka di masa akan datang.
|
5.35% setahun...
|
Gambar di atas ialah e-mail saya terima dari RHB bank yang menawarkan kadar 5.35% p.a. dan saya yakin senarionya juga hampir serupa di atas.
|
4.20% setahun...
|
Ini adalah salah satu cara pihak bank menarik pelanggan masing-masing dan
apa yang saya boleh simpulkan ialah kadar keuntungan/faedah ditawarkan oleh semua bank adalah hampir sama
serta berbeza kurang dari 1%.
Jadi tiada keperluan untuk memindahkan simpanan anda dari satu bank ke bank lain hanya kerana perbezaan kadar pulangan/faedah yang kurang dari 1%.
Kadang-kadang kos pemindahan lebih mahal dari perbezaan keuntungan yang kurang dari 1% walaupun banyak saluran menawarkan pemindahan percuma seperti FPX online banking. Jika ada kesilapan sewaktu pemindahan, wang kita boleh lesap tanpa dapat dikesan.
Untuk pengetahuan ramai, banyak wang yang ditipu scammer hilang begitu sahaja dan pihak bank tidak akan bertanggungjawab.
Ada pula yang kata wang simpanan kita di bank ada perlindungan PIDM. PIDM hanya memberi perlindungan jika bank mufils dan had maksima cuma RM250k sahaja. Ada tak sejarah bank muflis atau bankrap di negara kita setakat ini?
Fikir-fikirkan...