Hari ini saya berpeluang menimba ilmu baru membaiki TV CRT berjenama LG, Model: 29FU1RLX-T1 dengan masalah tidak dapat dihidupkan namun lampu standby menyala sekejap dan kemudian padam berulang-ulang secara automatik ketika saya uji untuk kepastian.
Kadang-kadang setelah diuji kita sudah dapat mengagak kerosaknya berpandukan pengalaman lepas.
TV tahun 2010...
Apabila dibuka dan diperiksa papan litarnya, komponen pertama yang saya temui rosak ialah sebiji kapasitor berlabel 471 atau C836 pada papan litar.
Litar pintas pada C836...
Kapasitor tersebut mengalami litar pintas bila diperiksa menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Kerosakkan seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Litar pintas bila diperiksa dengan multimeter...
Setelah kapasitor tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, kini TV tersebut langsung tidak berfungsi termasuk lampu standby juga tidak menyala pula.
Ada perbezaan komponen baru & rosak?
Pemeriksaan seterusnya saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak dengan menggunakan multimeter namun saya pasti masalahnya pada bahagian PSU (power supply unit) sebab lampu standby tidak menyala.
IC802 - optocoupler
Majoriti komponen pada bahagian PSU boleh diperiksa menggunakan multimeter tetapi ada sebiji optocoupler yang berlabel IC802 pada papan litar tidak dapat diperiksa menggunakan multimeter.
Optocoupler - PC-17L1
Optocoupler tersebut berlabel PC-17L1 seperti boleh dilihat dengan jelas pada gambar di atas dan percubaan menukarnya adalah sebagai usaha 'cuba jaya' sahaja.
Lokasi komponen yang rosak...
Setelah siap menukar optocoupler tersebut dan diuji buat kali ke-2, TV tersebut akhirnya telah berjaya di selamatkan dan masih boleh digunakan semula walaupun telah berusia 10 tahun.
Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebiji pembesar suara yang
dilengkapi amplifier (build in amplifier) tanpa jenama serta model
dengan masalah lampu indikator tidak menyala.
Build in amplifier...
Ketika saya mengujinya, ianya ada menghasilkan sedikit suara namun lampu indikator memang tidak menyala.
Gambar
di bawah menunjukkan papan litar setelah bahagian belakangnya saya buka
dan ianya merupakan 'build in amplifier' yang menggunakan TD2030A.
Pemeriksaan
awal mendapati pada bahagian yang disambung ke pre-amp mendapati hanya
-0.26v sahaja pada terminal -12v seperti yang telah saya tandakan pada
gambar di bawah.
Pemeriksaan seterusnya mendapati sebiji zener diod 12V/1W didapati litar pintas dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Apabila
saya keluarkan zener diod tersebut dari papan litar dan diperiksa
semula dengan multimeter, ianya sah mengalami litar pintas.
Setelah
zener diod tersebut saya gantikan dengan yang baru serta diuji, kini
lampu indikator boleh menyala semula dan telah berjaya diselamatkan.
Pengalaman
membaiki kali ini hampir sama dengan pengalaman membaiki subwoofer
dahulu dengan masalah serta kerosakkan yang sama dan anda boleh
membacanya di sini.
Adapter ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Output cuma 6.5v sahaja...
Adapter ini boleh menghasilkan pelbagai voltan output dengan julat dari 12v sehingga 24v. Ianya digunakan untuk TV berjenama LG yang memerlukan 19v. Masalah kali ini ialah voltan outputnya cuma 6.5v sahaja bila saya ukur dengan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
'Cold solder joint' dijumpai pada papan litar...
Apabila saya buka serta periksa, kesemua komponen yang telah saya ganti lepas semuanya masih elok dan tidak bermasalah. Pemeriksaan teliti mendapati terdapat 'cold solder joint' pada sebiji transistor dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
'Cold solder joint' sering dijumpai pada peralatan elektrik lama seperti TV CRT serta radio dan puncanya ialah pada bahagian yang panas apabila digunakan. Ia akan kembali ke suhu bilik apabila tidak digunakan atau dipadam.
Fenomena panas dan sejuk yang berulang-ulang selepas satu jangkamasa akan menyebabkan bahagian yang dipateri retak dan menjejaskan pengaliran arus elektrik.
Cara untuk membaikinya ialah buang pateri lama, bersihkan dan pateri semula sahaja. Gambar di atas merupakan bacaan voltan setelah 'cold solder join' telah saya baiki dan ianya masih boleh digunakan semula.
Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki sebuah adapter komputer riba (laptop) berjenama DELTA, Model: ADP-180HB B dengan masalah langsung tidak menghasilkan voltan output iaitu 19v apabila diperiksa menggunakan multimeter.
DELTA ADP-80HB B
Setelah dibuka, benda pertama ditemui rosak ialah fius utamanya dengan nilai 4A. Sekiranya fius putus dan berwarna hitam, ianya bermaksud ada litar pintas dan biasanya ialah kerosakkan pada 'bridge rectifier' transistor ataupun mosfet.
Fius utama 4A putus...
Pemeriksaan seterusnya saya menemui litar pintas pada sebiji mosfet 21N50C3 dan lokasinya ialah seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Litar pintas pada MOSFET 21N50C3...
Setelah saya keluarkan Mosfet tersebut dari papan litar, sebiji perintang di belakangnya juga didapati rosak dan labelnya tidak kelihatan sepenuhnya disebabkan telah meletup seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Perintang di belakang MOSFET meletup...
Gambar di bawah menunjukkan perintang yang telah putus dan labelnya cuma kelihatan '0' pada bahagian hadapan dan simbol 'Ω' pada bahagian belakangnya.
Perintang 1W tapi tak tau berapa rintangannya..
Memandangkan ianya bermula dengan '0' dan ianya disambung kepada mosfet tersebut, saya anggap nilainya ialah kurang daripada 1Ω dan biasanya berfungsi sebagai fius.
Komponen yang rosak...
Perintang yang kurang dari 1Ω dan pernah saya lihat ialah 0.22Ω (merah, merah, emas, emas) atau juga dilabel sebagai 0R22Ω.
Gantikan komponen yang baru...
Malangnya kedai yang menjual komponen di tempat saya tiada perintang yang kurang dari 1Ω dan nilai paling rendah yang saya temui hanya 2.2Ω (merah, merah, perak, emas).
Gambar di atas menunjukkan mosfet dan perintang telah saya gantikan selain daripada fius utamanya dengan nilai 4A.
Pasang kembali 'heat sink'...
Perintang yang tidak diketahui nilainya itu saya ganti dengan 2.2Ω/1W dan ianya banyak digunakan pada papan litar TV plasma berjenama LG sebagai fius.
Testing...
Setelah siap komponen yang rosak di atas diganti, saya uji adapter tersebut dan ianya telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.
Hari ini saya kongsikan cara bagaimana menguji 'strobe lamp' atau juga dikenali sebagai lampu neon.
Lampu ini banyak digunakan pada peralatan elektrik/elektronik lama sebagai lampu indikator. Suis yang dilengkapi dengan lampu indikator hari ini masih lagi menggunakannya.
Strobe lamp/neon
Setakat ini tiada multimeter yang mampu mengenalpasti ianya elok atau sebaliknya dan cara untuk mengujinya ialah dengan membekalkan arus elektrik AC kepadanya.
Sambungkan sebiji perintang 150kΩ...
Sebelum menyambungkannya kepada bekalan elektrik AC, terlebih dahulu sambungkan sebiji perintang 150kΩ atau 220kΩsecara bersiri kepadanya.
Testing...
Gambar di atas dan klip video di bawah menunjukkan strobe lamp yang elok dan menyala setelah dibekalkan arus elektrik AC.
Selain cara di atas yang menggunakan bekalan elektrik AC, anda juga boleh menggunakan adapter DC.
Guna adapter - DC
Jika menggunakan adapter DC, anda tidak perlu sambung perintang kepada strobe lamp dan cuma perlu sentuhkan salah satu terminal ke output adapter dan satu lagi sentuh dengan jari.
Perbezaan jika menggunakan bekalan AC & DC ialah, strobe lamp akan berkelip-kelip pada bekalan elektrik AC (arus ulang-alik) dan tidak berkelip jika pada bekalan elektrik DC (arus terus). Anda boleh melihat parbezaan pada kedua-dua klip video di atas.
Bekalan elektrik AC
Jika diperhati dengan teliti pada gambar di atas dan di bawah, kedua-dua terminal pada strobe lamp menyala pada bekalan elektrik AC dan hanya satu terminal sahaja yang menyala pada bekalan elektrik DC.
Bekalan elektrik DC...
Untuk pengetahuan semua, lampu pada 'test pen' juga menggunakan strobe lamp dan ianya disambung sebiji perintang 1MΩ secara bersiri sebelum boleh disentuh oleh kita tanpa mengalami renjatan elektrik.
Test pen
Gambar di bawah menunjukkan nilai perintang (1MΩ) yang disambung kepada strobe lamp pada 'test pen'.
1MΩ...
Cara yang paling mudah dan senang ialah guna 'test pen' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Sambung satu terminal strobe lamp ke live (L) pada soket dan satu terminal lagi uji guna 'test pen'.
Antara banyak-banyak masalah mesin basuh, masalah air tidak mengalir masuk merupakan masalah yang paling senang diperiksa dan dibaiki.
LG WF-F733PV
Pagi ini saya dirujuk sebuah mesin basuh berjenama LG, model: WF-F733PC dengan masalah air tidak mengalir masuk
'inlet valve' rosak...
Punca masalah air tidak mengalir masuk ialah:-
'inlet valve' rosak atau
'inlet valve' sumbat
Papan litar (PCB) rosak
Valve rosak - OL atau 0Ω
Buka bahagian di mana air mengalir masuk disambung dan cari 'inlet valve'. Cabut wayar dan periksa 'continuity' pada kedua-dua terminalnya seperti boleh dilihat pad gambar di atas dan di bawah.
Valve baru - 4.6kΩ
Injap (valve) yang elok menunjukkan bacaan dan yang rosak tiada bacaan bila diukur dengan multimeter.
Periksa voltan bila 'inlet valve' dihidupkan...
Setelah injap ditukar, uji mesin basuh dan periksa voltan pada injap tersebut ketika ianya dibuka supaya air mengalir masuk.
Jika tiada bacaan voltan (240vac) maksudnya papan litar (PCB)/rosak dan harus diganti.
Papan litar mesin basuh susah dibaiki berikutan ianya disalut dengan gam epoxy yang susah dibuang serta dibuka untuk mengelak daripada litar pintas bila terkena air.