Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah 'hand mixer' berjenama KENWOOD, Model: HM430 dengan masalah tidak berpusing.
|
Jenama: KENWOOD |
Masalah mixer yang tidak berpusing biasanya adalah disebabkan gear yang mengerakkannya telah haus. Sebelum ini saya juga pernah membaiki mixer dengan masalah yang sama dan anda boleh membacanya di
sini.
|
Model: HM430 |
|
Pandangan dalam setelah dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa, memang sah gear telah haus dan harus diganti. Anda boleh melihat keadaan gear yang telah rosak seperti pada gambar di atas dan di bawah.
|
Gear telah haus... |
Masalah yang dihadapi ialah kos untuk mendapatkan gear yang baru menelan belanja yang mahal dan tidak berbaloi untuk dibaiki.
|
Dua-dua gear telah haus... |
Harga gear tersebut cuma kira-kira dalam
£2.5 sehingga
£7 sahaja namun setelah ditambah dengan kos penghantaran harganya boleh mencecah
£10 hingga £15 iaitu kira-kira RM60 sehingga RM80 bergantung kepada harga pembekal. Anda boleh membelinya secara online di
sini atau di
sini. Harga untuk mendapatkan sebuah mixer yang baru kini cuma kira-kira dalam RM138.00 sahaja.
|
Cuci dengan bersih... |
Oleh kerana tidak berbaloi untuk membeli gear yang baru, maka saya cuba baiki gear tersebut dengan menggunakan gam epoxy. Cara membaikinya boleh anda baca di
sini.
|
Baiki gear tersebut dengan gam epoxi... |
Setelah gear tersebut dibaiki dan diuji, 'hand mixer' tersebut masih boleh digunakan namun tidak pasti berapa lama ianya boleh bertahan.
|
Tested - ok |
Selamat mencuba...