Tuesday, 30 April 2019

Insuran Pihak Ke-3 (Third Party Insurance)

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengenai insuran bermotor dan saya berharap ianya boleh dijadikan panduan anda ketika mendapatkan insuran bermotor sebelum memperbaharui cukai jalan kenderaan anda.

Jika anda memiliki kenderaan, syarat utama untuk memperbaharui cukai jalan ialah harus ada perlindungan insuran. Terdapat bermacam-macam produk perlindungan insuran di pasaran negara kita. Secara amnya, ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu perlindungan menyeluruh (comprehensive aka first party insurance) dan perlindungan pihak ke-3 (Third party insurance).

Jika kenderaan anda masih dicagarkan di bank untuk membuat pinjaman, pihak bank akan mensyaratkan anda supaya mesti memiliki perlindungan menyeluruh. Oleh itu anda harus membeli insuran perlindungan menyeluruh atau juga dikenali sebagai 'first party insurance'.

Jika kenderaan anda tidak mempunyai sebarang pinjaman, anda berhak untuk memilih perlindungan insuran kenderaan anda samada perlindungan menyeluruh atau perlindungan pihak ke-3.

Hari ini saya cuma ceritakan perlindungan insuran pihak ke-3 sahaja. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya amat tidak berpuas hati dengan pihak insuran kerana tidak mahu menjual insuran perlindungan pihak ke-3 sahaja kepada kita. Jika anda nak juga beli insuran pihak ke-3, kena beli perlindungan tambahan iaitu 'fire & theft' dan anda harus membayar premium yang mahal. Dengan erti kata lain kita dipaksa membeli perlindungan tambahan yang menjurus kepada kenaikan premium insuran.

Salah sebuah syarikat insuran pernah memberitahu saya bahawa mereka tidak menjual insuran pihak ke-3 sahaja dan sebagai alternatif, mereka mengesorkan kepada saya produk baru iaitu perlindungan pihak ke-2 iaitu gabungan perlindungan pihak ke-3 + fire (kebakaran) & theft (kecurian). Sejak bila produk insuran perlindungan pihak ke-2 ini wujud?
Liberalisasi tarif motor di zaman kleptokrasi
Tahukah anda bahawa jika kita tidak berpuas hati dengan pihak insuran, kita boleh membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM)? Dipendekkan cerita, saya telah membuat aduan ke BNM mengenai kegiatan pihak insuran yang tidak mahu memberi perlindungan pihak ke-3 saja dan memaksa kita membeli perlindungan tambahan.
Ini jawapan dari Insuran Takaful M'sia...
Percaya atau tidak, BNM juga telah kehilangan taringnya dan tidak dapat mengawal kegiatan pihak insuran yang memaksa kita membeli perlindungan tambahan.

Namun beberapa minggu yang lalu saya mengulangi aduan ke BNM tentang perkara yang sama dan kali ini mereka mengesorkan kepada saya bahawa jika ingin membeli insuran pihak ke-3 sahaja, anda boleh mendapatkannya di syarikat insuran berikut:-
  1. Multipurpose Insurance
  2. Liberty Insurance 
Dipendekkan cerita, saya pun membeli insuran pihak ke-3 di pejabat pos dan percaya atau tidak, saya telah berjaya mendapatkan insuran pihak ke-3 sahaja namun bila diperhatikan satu per satu, mereka secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kita memasukkan perlindungan PA (personal accident) dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Insuran untuk motorsikal (multipurpose insuran)
Bila ditanya kenapa ada perlindungan tambahan iaitu perlindungan PA, selamba saja mereka jawab 'kami tak boleh buat apa-apa, semua dalam sistem komputer'.

Maka dengan perasaan tidak puas hati saya mengadu semula kepada BNM dan mereka memberitahu saya bahawa pihak BNM akan menyuruh syarikat insuran mengembalikan (refund) premium perlindungan tambahan tersebut. Sehingga blog ini ditulis, belum ada 'refund' yang saya terima.
Malaysia Motor Insurance Pool
Itu cerita insuran motorsikal saya, bila saya nak beli juga insuran pihak ke-3 sahaja untuk kereta, mereka kata multipurpose insuran tiada perlindungan pihak ke-3 sahaja untuk kereta. Bila saya minta pandangan BNM, mereka mengesorkan kepada saya untuk mendapatkannya di Liberty Insuran.

Dengan yang demikian saya pun merujuk kepada Liberty Insuran dan bila saya tanya tentang insuran pihak ke-3, mereka terus menjawab "kami juga tidak ada menjual insuran pihak ke-3 sahaja". Nampak sangat pihak insuran sememangnya tidak berminat dengan insuran pihak ke-3 sahaja.

Setelah saya memberitahu mereka bahawa BNM telah menyuruh saya mendapatkan insuran pihak ke-3 sahaja di syarikatnya, barulah mereka mengeluarkan beberapa keping borang untuk diisi. Mereka kata lagi, 'isi borang ini dan sertakan salinan kad pendaftaran kenderaan dan kad pengenalan'.

Tuan-tuan & puan-puan, sekarang zaman IT, adakah anda perlu mengisi borang ketika membeli insuran untuk memperbaharui cukai jalan? Saya telah membeli insuran kenderaan lebih dari 20 tahun dan kali ini dipaksa membawa salinan kad pendaftaran kenderaan dan kad pengenalan sendiri untuk membeli insuran kenderaan.
Insuran untuk kereta
Hari berikutnya saya membawa borang permohonan yang telah lengkap diisi serta salinan kad pengenalan dan kad pendaftaran kenderaan untuk membeli insuran pihak ke-3 sahaja. Percaya atau tidak, mereka tak pandang pun borang yang telah saya isi semalaman tersebut. Mereka cuma guna kad pendaftaran kenderaan dan memasukkan data ke dalam komputer.

Akhirnya saya berjaya membeli insuran pihak ke-3 sahaja dan percaya atau tidak premiumnya cuma RM90.50 sahaja berbanding dengan premium insuran dahulu dengan perlindungan tambahan (fire & theft) yang mencecah sehingga RM180.00.
Premium insuran meningkat setiap tahun...

Premium insuran meningkat setiap tahun...

Lepas itu tukar syarat tanpa pengetahuan kita...
Untuk makluman semua, premium insuran untuk motosikal cuma RM30.00 dan RM60.00 untuk kereta ketika saya mula-mula membeli insuran pihak ke-3 di zaman 90an. Berapa anda bayar untuk insuran pihak ke-3 kenderaan anda?
Insuran pihak ke-3 Takaful M'sia paling mahal.
Sila bantu saya tularkan artikel ini jika anda rasa boleh membantu anda serta rakan-rakan anda.

Jika boleh, tolong sebarkan sehingga ke pengetahuan kementerian yang bertanggungjawab agar tindakan sewajarnya di ambil dan semua syarikat insuran tidak menindas rakyat sesuka hati.

Sekian...

Monday, 29 April 2019

DELL E2013Hc colour problem

Hari ini saya dirujuk sebuah monitor berjenama DELL, Model: E2013Hc. Pemilik mengadu warna pada skrin kemerah-merahan ataupun dengan erti kata lain, banyak sangat warna merah dan tak selesa kepada mata pengguna.
Jenama: DELL
Jika skrin TV CRT menjadi warna merah bermaksud ada masalah pada bahagian yang mengeluarkan warna biru dan hijau. Kebiasaannya ialah ketiadaan voltan untuk warna biru dan hijau ataupun kadang-kadang voltan yang dibekalkan tidak mencukupi.
Model: E2013Hc
Namun berlainan masalahnya dengan monitor berjenama DELL ini. Saya telah membukanya dan memeriksa 'power board' dan tiada masalah dengan voltan outputnya iaitu 5V sahaja. Bacaan yang saya dapat ialah 5.15V.
Butang pada monitor
Seterusnya saya periksa pula warna pada monitor tersebut. Cara memeriksa adalah seperti berikut:-
  1. Tekan butang 1 dan 4 (seperti pada gambar di atas) serentak dan anda akan nampak warna kelabu menjelma pada skrin.
  2. Kemudian tekan butang 4 lagi dan skrin berwarna merah akan menjelma.
  3. Ulangi langkah no. 2 dan seterusnya skrin berwarna biru, hijau, hitam dan lain-lain menjelma.
  4. Jika kesemua warna tersebut jelas kelihatan, ini bermaksud skrin tersebut dalam keadaan baik.
  5. Warna terakhir yang menjelma pada skrin ialah putih. Untuk keluar dari skrin ujian warna tersebut, tekan butang no. 4 sekali lagi.
1. Tekan butang 4 seterusnya butang 1
Setelah menjalani pemeriksaan warna pada skrin di atas, kesemua warna berkeadaan baik dan tiada masalah warna pada skrin tersebut. Kini 'power board' dan skrin telah disahkan berkeadan baik.
2. Tekan butang 3
Seterusnya apa yang anda boleh lakukan ialah menukar setting warna pada monitor tersebut. Caranya mudah dan ditunjukkan pada gambar di atas dan di bawah:-
  1. Tekan butang 4 dan lepas itu tekan butang 1
  2. Tekan butang 3
  3. Tukar warna R (red), G (green) & B (blue) mengikut citarasa anda.
5. Ubah warna R, G & B mengikut citarasa anda

Sebelum

Selepas
Selamat mencuba...

Sumber

Sunday, 28 April 2019

ROLLER GRILL GED 10 Waffle Maker repair

Hari ini saya dipanggil untuk membaiki sebuah mesin pembuat waffle (waffle maker) berjenama ROLLER GRILL, model: GED 10 yang telah lama tidak digunakan. Saya diberitahu ianya pernah dibaiki sebelum ini namun tidak boleh beroperasi dengan sempurna.
Jenama: ROLLER GRILL
Seperti biasa saya tidak akan menguji mesin yang bermasalah melainkan telah dibuka dan diperiksa. Mari kita buka dan lihat apa di dalamnya...
Bahagian bawah waffle maker
Setelah dibuka penutup bahagian bawahnya, apa yang boleh dilihat ialah banyak wayar dan kelihatan beberapa lampu indikator yang telah tertanggal.
Setelah penutup bawah dibuka
Saya juga mendapati bahawa bahagian pembuat waffle pada bahagian kanan tidak disambung dengan bekalan elektrik dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas.
Pandangan hadapan sebelum dibaiki...
Setelah diperiksa menyeluruh, tiada kerosakan pada bahagian pemanas dan berikut merupakan komponen yang telah didapati rosak dan perlu di ganti.
  1. 2 biji suis utama
  2. 2 biji mentol 220vac berwarna merah
  3. 2 biji mentol 220vac berwarna hijau
  4. sambungkan kembali bekalan eletrik kepada pemanas bahagian kanan.
Pandangan hadapan setelah dibaiki...
Gambar di atas merupakan pemandangan setelah komponen tertera di atas telah saya ganti dan sedang diuji.
Testing...

Tested - ok

Tested - ok
Selamat mencuba...

Saturday, 27 April 2019

CITIZEN SDC-9690 Calculator Repair

Mesin kira-kira atau juga dikenali sebagai kalkulator (calculator) banyak digunakan dewasa kini dalam urusan serta tugasan harian kita. Biasanya jika rosak tidak ramai yang memilih untuk membaiki tetapi sebaliknya memilih untuk membeli yang baru disebabkan harganya yang murah.
Jenama: Citizen
Hari ini saya di rujuk sebuah kalkulator berjenama Citizen, Model: SDC-9690 dengan masalah tidak berfungsi lagi. Ianya dibekalkan dengan dua kuasa (dual power) iaitu kuasa bateri dan kuasa solar.
Model: SDC-9690
Apabila saya dekatkan kalkulator tersebut kepada lampu LED, kalkulator tersebut juga tidak dapat dihidupkan. Seperti biasa sebelum membukanya, ramalan saya ialah kehabisan bateri dan kerosakan pada panel solar ataupun sambungan putus.
Jika dilihat gambar di atas dan di bawah, kalkulator ini sering terjatuh dan anda boleh melihat keretakan pada bucu kalkulator tersebut. Maka tidak hairan lah ianya rosak.
Mari kita buka dan periksa kenapa ianya tidak berfungsi. Setelah dibuka, benda pertama yang saya lihat ialah salah satu wayar (wayar berwarna putih) yang menyambungkan panel solar ke papan litar tertanggal dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
Wayer tertanggal...
Oleh kerana wayar yang menyambungkan panel solar ke papan litar tanggal maka tiada bekalan eletrik untuk menghidupkan kalkulator tersebut. Namun kalkulator tersebut juga dibekalkan dengan bateri, mungkin bateri tersebut telah rosak?
Bagaimana wayar boleh tanggal?
Setelah diperiksa, rupa-rupanya salah satu wayar yang menyambungkan bateri ke papan litar didapati putus seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah.
Seterusnya saya sentuhkan wayar tersebut ke terminal bateri dan kalkulator tersebut boleh berfungsi semula. Ini bermaksud bateri tersebut masih dalam keadaan baik. Apabila bateri tersebut diuji dengan multimeter ianya juga menujukkan bacaan voltan yang hampir sama dengan voltan yang tertera pada bateri.
Wayar yang tanggal telah disambung kembali...
Saya sambungkan wayer pada panel solar ke papan litar terlebih dahulu dan setelah disambung, kalkulator telah boleh dihidupkan. Ini bermaksud panel solar tersebut tidak rosak. Akhir sekali saya sambungkan kembali wayar pada bateri yang tertanggal.
Tested - ok
Kesimpulan saya tentang kerosakan kalkulator tersebut ialah, pada mulanya wayar pada bateri yang tertanggal dan kalkulator tersebut masih boleh digunakan dengan kuasa solar. Seterusnya wayer pada panel solar juga tertanggal dan kalkulator tersebut kehilangan kedua-dua (bateri & solar) punca bekalan kuasa dan tidak dapat dihidupkan langsung.

Selamat mencuba...

Friday, 26 April 2019

Panasonic TC-20S30K CRT TV repair (no power)

TV CRT ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini. Kali ini kerosakannya ialah tiada bekalan elektrik langsung termasuk lampu standby juga tidak menyala. Fius pada plug 3-pin serta papan litar masih berkeadaan baik.

Optocoupler & Transistor rosak...

Setelah diperiksa pada bahagian 'power board', saya cuma menemui dua komponen yang didapati rosak seperti bertanda pada gambar di atas.

Kiri: Optocoupler, Kanan: Transistor

Komponen tersebut mudah didapati di kedai elektronik dan harganya tidak sampai RM10.00. Kali ini saya kongsikan langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelak kemungkinan masih ada komponen yang rosak dan boleh memutuskan fius bila diuji.

Keluarkan fius & sambung mentol untuk periksa litar pintas
Kaedah ini dinamakan 'series test lamp' atau juga dikenali sebagai 'short circuit test lamp'. Apa yang perlu anda lakukan ialah:-
  1. Keluarkan fius utama pada papan litar...
  2. Sambungkan sebiji mentol filamen 60W atau 100W atau lebih pada kedua-dua terminal fius utama tersebut. (Rujuk gambar di atas)
  3. Bekalkan arus elektrik kepada TV tersebut dan mentol tersebut akan menyala...
  4. Jika tidak ada litar pintas, mentol tersebut akan malap/padam selepas itu seperti yang anda boleh lihat pada video klip di bawah.
  5. Jika masih ada litar pintas, mentol tersebut tidak akan malap/padam dan anda harus mencari lagi komponen yang rosak dan ulang proses dari 1 sehingga 4 di atas.

Semua berjalan dengan lancar dan mentol tersebut malap serta padam sejurus selepas beberapa ketika menyala. Setelah mentol tersebut malap/padam, lampu standby akan menyala, Dengan itu anda boleh membuka sambungan mentol tersebut dan masukkan fius untuk menguji TV tersebut.

Lampu standby akan menyala selepas mentol malap/padam...

Jika setelah mentol tersebut malap/padam tetapi lampu standby tidak menyala, anda kena cari lagi komponen yang rosak.

Tested - ok

Untuk makluman tambahan, anda perlu tunggu agak lama untuk menguji TV kerana PTC (positive temperature coeeficient) memerlukan masa untuk dipanaskan.

Tested - ok

Tested - ok
Selamat mencuba...

Thursday, 25 April 2019

Menukar Minyak Gearbox Perodua Kelisa/Kenari

Hari ini saya kongsikan mengenai minyak gear (gearbox) untuk kenderaan transmisi manual kereta Perodua Kelisa/Kenari.
Ikut buku panduan kereta anda...
Jika anda bercadang untuk menukar sendiri minyak gearbox, pastikan anda tahu bila dan apakah jenis minyak yang sesuai untuk kereta anda. Cara terbaik ialah baca buku panduan (jika ada) kereta anda.

Gambar di atas menunjukkan jenis minyak gearbox untuk kereta kelisa transmisi manual iaitu API GL3 atau GL4 dengan kelikatan SAE 70W - 90. Isipadu minyak gearbox yang diperlukan ialah 2.25 liter.
Transmisi manual - tukar minyak gearbox setiap 40,000km
Untuk pengetahuan semua kereta transimisi manual kereta kelisa perlu menukar minyak gearbox setiap 40,000km dan jika transimisi automatik pula, tukar setiap 80,000km.
Skru yang harus dibuka untuk membuang/mengisi minyak gearbox
Untuk menukar minyak gearbox anda boleh buat sendiri atau hantar ke bangkel dengan upah dalam lingkungan RM15.00 ke RM20.00 untuk menukar minyak gearbox sahaja.

Hanya dua biji skru sahaja yang perlu dibuka seperti ditandakan pada gambar di atas.

Saiz skru A = spanar nombor 17 & saiz skru B = spanar no. 24. Digalakkan supaya menggunakan spanar cincin untuk mengelak skru daripada rosak.
Pernah lihat minyak gearbox berwarna putih/jernih
Mula-mula buka skru di bawah dulu untuk membuang minyak lama, lepas itu buka juga skru di atas. Sebelum mengisi minyak gearbox yang baru, kuncikan skru di bawah dahulu dan isikan minyak dari lubang skru di atas sehingga penuh dan seterusnya kunci balik skru di atas. Itu sahaja...
Grade GL4 dan kelikatan 90
Kalau nak tahu gred minyak, baca label pada botol minyak gearbox. Minyak yang saya guna berjenama PENNZOIL, grade API GL-4 dengan kelikatan 90.
Minyak baru berwarna kuning...
Kini terdapat minyak gearbox grade API GL5 & GL6 di pasaran, Jangan mencubanya jika buku panduan anda hanya menyarankan pengunaan GL3 & GL4 sahaja. Ini disebabkan pemilihan minyak gearbox yang salah boleh memendekkan jangka hayat gearbox anda. Anda boleh merujuk artikel ini untuk pengetahuan lanjut.

Selamat mencuba...

Tuesday, 23 April 2019

TeleBest 210BC Telephone Repair

Penggunaan telefon talian tetap kini semakin berkurangan di kediaman pribadi atas sebab kini ramai atau mungkin boleh saya katakan bahawa setiap individu mempunyai telefon bimbit persendirian/pribadi yang lebih mesra pengguna.
Pandangan luar telefon
Namun di pejabat, telefon talian tetap masih lagi popular dan pada pandangan saya, telefon sebegini jarang rosak. Selama saya membuat kerja-kerja membaiki peralatan eletronik, masalah telefon yang sering dirujuk kepada saya ialah:-
  1. pemanggil boleh mendengar suara kita tetapi penerima tidak dapat mendengar suara kita.
  2. Butang nombor tidak berfungsi
  3. speaker telefon tidak mengeluarkan suara (speaker rosak)
  4. Tiada berfungsi langsung dan sebagainya
Jenama: TeleBest, Model: 210BC
Kali ini masalah telefon yang dirujuk kepada saya ialah penerima tidak dapat mendengar suara kita. Mari kita buka dan lihat apa yang menyebabkan masalah sedemikian...
Keypad telefon
Setelah dibuka, hanya sekeping papan litar sahaja dan ianya terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian untuk mendengar (speaker) dan satu lagi bahagian untuk bercakap (microphone) seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah.
Bahagian yang perlu diperiksa...
Memandangkan masalah telefon tersebut ialah penerima tidak dapat mendengar suara kita maka masalahnya sudah tentu pada bahagian microfon.
Bahagian yang bermasalah
Setelah diperhati dengan teliti kelihatan terdapat keretakan pateri pada sebiji kapasitor dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas dan di bawah.
komponen hampir tanggal akibat 'dry/cold solder joint'
Masalah sedemikian sering berlaku sebab telefon terjatuh dari kedudukan yang agak tinggi dan untuk mengatasi masalah sedemikian, anda cuma perlu paterikan semula bahagian tersebut.
Telah dipateri semula..
Dari pengalaman saya, telefon pejabat/rumah ini jarang rosak dan jika ada masalah ianya senang dibaiki namun ramai memilih untuk membeli yang baru.

Selamat mencuba...