Sunday 31 October 2021

Lazada cancellation/returns & refund

Saya mula membuat pembelian melalui atas talian ketika berjinak-jinak dengan sukan binabadan lebih 15 tahun yang lepas. Ketika itu saya cuma membuat pembelian makanan tambahan (supplement) sahaja berikutan harga makanan tambahan di pasaran tempatan tersangat mahal.

Beli dari Lazada...

Beberapa tahun kebelakangan ini pula saya banyak membuat pembelian secara atas talian untuk barangan alat ganti elektronik. Ini juga berikutan banyak alat ganti komponen elektronik tiada di pasaran tempatan dan jika ada pun di pasaran tempatan, harganya kadang-kadang tidak masuk akal.

Setelah dibuka...

Hari ini saya kongsikan pengalaman sendiri mengendalikan masalah barangan yang dihantar rosak, cacat, tidak lengkap serta 'lain yang dibeli, lain yang dihantar'.

Barang dihantar cacat...

Baru-baru ini saya ada membeli sebiji magnetron untuk membaiki ketuhar mikro (microwave) melalui Lazada. Nombor rujukan magnetron yang saya tempah ialah 2M261-M1 namun ketika bungkusan diterima dan diperiksa, ianya sedikit cacat serta tidak sama seperti boleh dilihat ada gambar di atas dan di bawah.

Bukan magnetron 2M261-M1 yang dihantar...

Jika anda berada di situasi seperti ini, perkara pertama yang harus anda lakukan ialah menghubungi penjual untuk berbincang melalui laman sesawang Lazada. Biasanya penjual akan meminta kita untuk memulangkan barangan yang tersalah hantar dan membuat pembelian semula.

Perbezaan magnetron yang dihantar...

Jika penjual meminta memulangkannya, apa yang kita harus lakukan ialah klik butang 'cancellation/returns' di laman sesawang Lazada. Seterusnya cetak label, bungkus, tanpal label pada bungkusan dan hantar ke syarikat kurier seperti yang diminta.

Bungkus & hantar balik....

Untuk pengetahuan semua, kita tidak perlu membayar sebarang kos untuk 'cancellation/returns' seperti kes saya di atas dan akan mendapat kembali kesemua wang termasuk kos penghantaran setelah pihak Lazada menerima serta memeriksa bungkusan yang telah kita kembalikan.

Refunded

Selamat menuntut hak anda...

Saturday 30 October 2021

Xiaomi POCO M3 unable to turn on repair

Semalam saya dirujuk sebuah telefon bimbit berjenama Xiaomi model POCO M3 dengan masalah tidak dapat dihidupkan.

Setelah penutup belakang dibuka...

Pemilik memberitahu saya, dia telah rujuk di youtube serta membukanya dan berjaya menghidupkannya sekali.

Buka penutup mainboard/motherboard...

Menurutnya, apa yang dia lakukan ialah memanaskan processor telefon dengan menggunakan alat pengering rambut.

Buka penutup processor...

Masalah sama (tidak dapat dihidupkan) berulang dan beliau gagal menghidupkannya semula dengan memanaskan processor menggunakan alat pengering rambut.

'Reheat'...

Gambar-gambar di atas dan bawah menunjukkan cara-cara membuka papan litar dan saya lakukan benda sama iaitu 'reheat' beberapa biji chip seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

350°C

Saya menggunakan 'rework soldering station' dan melaraskan suhu pada 350°C seperti boleh dilihat pada gambar di atas selama kira-kira beberapa minit.

Pasang kembali penutup...

Setelah sejuk, saya pasangkan kembali papan litar serta semua yang telah dibuka sebelumnya dan percaya atau tidak, ianya boleh berfungsi semula dan masih boleh digunakan.

Pasang kembali apa yang telah dibuka...

Saya bukan pakar membaiki telefon bimbit namun ini adalah pengalaman baharu dan tidak pasti masalah sama akan berulang lagi atau tidak.

Testing...

Untuk pengetahuan semua, telefon bimbit yang saya guna ketika ini juga berjenama Xiaomi, model POCO M3 dan pernah saya kongsikan ketika baru dibeli di sini. Mudah-mudahan masalah sedemikian tidak berlaku pada telefon bimbit saya.

6% sahaja...

Selamat mencuba...

Friday 29 October 2021

3S Lithium 18650 battery pack balance (BMS)

3S Lithium 18650 battery pack balance atau BMS (battery management system) ini saya ambil dari bateri yang digunakan pada salah satu 'portable karaoke speaker' yang pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

3S Lithium 18650 battery pack balance

Bateri asal yang rosak telah saya buka dan digantikan dengan bateri lithium yang baharu seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.

8254AA

BMS ini menggunakan sebiji IC berlabel 8254AA dan anda boleh rujuk datasheet di sini untuk keterangan lanjut.

Cara menyambungkan papan litar BMS adalah seperti telah saya tandakan pada gambar di atas serta di bawah.

Untuk makluman semua, kesemua sambungan ada dilabel pada papan litar dan anda cuma perlu sambungkanya ke terminal bateri masing-masing iaitu:-

  1. terminal negatif (-ve)
  2. terminal 3.6v
  3. terminal 7.2v
  4. terminal 12v

Ini adalah merupakan salah satu cara untuk mendapatkan bateri voltan 12v dengan menggunakan bateri lithium dan ianya boleh dicas dengan menggunakan pengecas/adapter sehingga 15vdc.

11.49v

Selamat mencuba...

Thursday 28 October 2021

GL12-18W LED driver repair

Banyak LED driver yang telah saya baiki dan kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

GL12-18W LED driver

Hari ini saya kongsikan sebiji lagi LED driver yang tidak diketahui jenamanya dan digunakan untuk lampu 20W, model GL12W18W seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Output 1.457vdc sahaja...

Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah lampu LED tidak menyala dan meminta untuk diperiksa serta dibaiki (jika boleh).

Kapasitor rosak - 1nF sahaja

Pemeriksaan awal dengan mata kasar mendapati sebiji kapasitor dengan label 22uF, 100v kembung dan pemeriksaan pada voltan output cuma 1.457vdc sahaja.

output 0.216vdc (tanpa kapasitor)

Setelah kapasitor yang kembung saya keluarkan dari papan litar, bacaan voltan output pula cuma 0.216vdc sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor baharu...

Setelah kapasitor 22uF, 100v yang kembung telah saya gantikan dengan yang baharu, bacaan voltan output yang saya dapat ialah 89.2vdc seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan masih boleh digunakan semula.

Output 89.2vdc

Selamat mencuba...

Wednesday 27 October 2021

SIEMENS DM8 230R repair

Sebelum ini saya pernah membaiki benda seperti ini dan kongsikan di sini, sini dan sini.

DM8 230R

Baru-baru ini saya dirujuk lagi benda yang serupa dengan masalah hampir serupa. Menurut pemilik, ianya boleh digunakan namun kadang-kadang gagal berfungsi dan lampu merah tidak bertukar ke lampu hijau.

Kapasitor 4.7uF, 400v kembung...

Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, sebiji kapasitor 4.7uF, 400v kelihatan kembung dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Kiri - kapasitor baharu

Setelah kapasitor yang kembung tersebut saya gantikan serta diuji, ianya telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Siap...

Kerosakkan komponen terutamanya kapasitor seperti pernah dan telah saya kongsikan sebelum ini adalah merupakan 'wear & tear' dan perlu ditukar bila tiba waktunya.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Tuesday 26 October 2021

Baiki layar TV CRT LG 29FU1RLX-T1 kabur

Sebelum ini saya pernah dirujuk TV jenis CRT dengan masalah layar kabur dan anda boleh rujuk di sini.

Layar kabur...

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi TV dengan masalah sama namun model yang berbeza iaitu LG 29FU1RLX-T1. Masalahnya juga sedikit berbeza iaitu ketika baru dihidupkan, layarnya terang seperti biasa namun setelah beberapa minit selepas itu akan menjadi kabur seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah penutup belakang dibuka...

Berdasarkan pengalaman lepas, masalah sedemikian adalah disebabkan masalah gambar tidak fokus tepat pada layar.

Masalah pada CRT socket...

Ini disebabkan kerosakkan pada CRT socket atau juga dikenali sebagai 'picture tube socket' seperti telah saya tandakan pada gambar diatas dan di bawah.

Buka CRT socket...

Ada dua cara untuk membaiki masalah sedemikian iaitu:-

  1. buka CRT socket dan selengara (jika boleh diselengara)
  2. gantikan CRT socket yang baharu
Dah buka...

Cara paling mudah ialah gantikan CRT socket dengan yang baharu dan masalah yang biasa dihadapi ialah gagal mendapatkan alat ganti lagi di pasaran sebab telah pupus.

Siap...

TV ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah CRT socket telah saya tukar dan masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Monday 25 October 2021

FLUKE 92B ScopeMeter repair

Minggu lepas saya diberi sebuah multimeter analog serta sebuah lagi ScopeMeter oleh pemilik sebuah amplifier berjenama Luxman yang pernah saya baiki dahulu dan anda boleh rujuk di sini.

Kedua-duanya rosak dan multimeter analog telah berjaya saya baiki dan kongsikan minggu lepas di sini.

FLUKE 92B ScopeMeter

Menurut pemilik, ScopeMeter ini beliau beli ketika berkerja di Singapura pada tahun 80an dengan harga kira-kira RM5,000.00 dan jarang digunakan.

Setelah dibuka...

Ketika dirujuk kepada saya penutup luarnya telah rapuh seperti keropok serta banyak bahagian telah pecah. Ada yang pecah ketika saya cuba membukanya untuk membuat pemeriksaan.

Keluarkan skrin dari papan litar...

Setelah berjaya dibuka dan banyak yang pecah, saya dapati masalahnya ialah pada skrin dan polarizernya telah rosak teruk seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Kopek polarizer yang rosak...

Apa yang saya lakukan ialah kopek polarizer asal dan bahagian yang paling susah dibersihkan ialah gam yang melekat pada skrin serta berwarna perang seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bersihkan selebihnya yang masih melekat pada skrin...

Untuk pengetahuan semua, skrin ini dilekat polarizer pada bahagian atas dan bawah seperti TV LCD/LED. Kerja-kerja membuang gam yang melekat pada skrin harus dilakukan dengan penuh kesabaran serta berhati-hati sebab diperbuat daripada kaca dan nipis.

Bersihkan sehingga kelihatan lutsinar....

Saya lekatkan polarizer pada bahagian bawah dahulu dan apabila diuji, tiada paparan pada skrin selain lampu backlight yang berwarna putih sahaja.

Testing - tiada paparan tanpa polarizer...

Sebelum melekat bahagian atas, anda perlu cuba dahulu seperti telah saya lakukan pada klip video di bawah. Pusingkan polarizer sehingga warna perang kelihatan seperti asal ketika saya membukanya di atas.

Cara melekat polarizer pada skrin ialah seperti cara melekat cermin gelap pada kereta iaitu:-

  1. Potong polarizer mengikut siaz yang diperlukan
  2. Basahkan skrin dengan campuran cecair pencuci pinggan
  3. Tanpalkan polarizer pada kedudukannya dan buang gelombong angin/air (jika ada)

Skrin ScopeMeter ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Selamat mencuba...