Friday 23 October 2020

Masalah dekoder ASTRO DS830NA tak keluar jam

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki dekoder Astro. Masalahnya ialah indikator pada dekoder tak keluar jam iaitu '--:--' sahaja dan kadang-kadang padam terus setelah keluar perkataan 'Boot'.

Adapter Astro

Walaupun dekoder tidak memaparkan jam namun kerosakkannya bukan pada dekoder. Tiada kerosakkan ditemui apabila saya memeriksa papan litar dekoder tersebut.

Model: WT1202500

Menurut pemilik, dekodernya telah dibeli ketika Astro NJOI baru diperkenalkan iaitu pada tahun 2012 dan label pada adapternya juga tertera tahun 2012 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Keluaran tahun 2012...

Setelah adapter tersebut dibuka, jelas kelihatan sebiji kapasitor output dengan nilai 1000uF, 16v kelihatan kembung dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Setelah penutup adapter dibuka...

Kapasitor yang sama bersebelahan dengannya masih elok ketika saya keluarkan dari papan litar untuk diperiksa.

Rosak sebiji kapasitor output - 1000uF, 16v

Setelah kapsasitor yang rosak di atas diganti dan diuji, kini masalah tidak keluar jam pada dekoder astro tersebut telah lenyap dan ianya telah berjaya diselamatkan.

Dah ganti kapasitor baru...

Pemilik juga pernah rujuk kepada pihak Astro dan jawapan lazim mereka ialah dekoder telah rosak dan harus diganti dengan yang baru.

Kapasitor lama cuma tinggal 173uF sahaja...

Kepada semua yang sering bertanyakan kepada saya kenapa dekoder astro anda tidak keluar jam, ini merupakan penemuan terbaru saya dan anda boleh cuba tukar adapternya dengan kawan/jiran dahulu untuk kepastian.

Tested - ok

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Replies
    1. Mana-mana kedai membaiki barangan elektronik boleh buat. Kalau sendiri ada asas, boleh cuba buka periksa & tukar sendiri. Saya berada di Miri, Sarawak.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.